Kebanggaan Sebagai Seorang Perempuan (^_^)

7:22:00 am Yana Yani 42 Comments

Tiada apa yang lebih membahagiakan dan membangga apabila seorang yang bergelar perempuan mampu memperolehi zuriat sendiri.

Macam aku sendiri disebabkan hyperthyroid yang aku hidapi, ada doktor yang pernah mengatakan bahawa aku mempunyai harapan yang tipis untuk mempunyai zuriat sendiri.

Tuhan aje yang tahu perasan aku apabila mendengar berita tu. Sebelum bercinta dengan Encik suami juga aku dah menerangkan bahawa aku mungkin tak akan mampu memberi dia zuriat.

Sekurang-kurangnya sebelum terbit rasa kasih dan sayang, dia nak tinggalkan aku, aku boleh menerima. Tapi siapa sangka kami akhir membina mahligai. Jodoh.

Kuasa ALLAH membuktikan dan mengatasi segala dakwaan manusia. Aku dikurniakan sepasang cahaya mata, seorang putera ketika perkahwinan baru berusia setahun.

Manakala seorang puteri pula ketika usia perkahwinan menginjak ke usia setengah dekad. Mereka berdua inilah yang menerangi jalan yang aku sangkakan suram.

Melihat mereka membesar di depan mata, memang satu moment indah yang sukar aku gambarkan. Hanya mereka yang bergelar ibu memahami.

Kalau boleh setiap moment yang precious tu nak dicapture supaya dapat disimpan di dalam memori sebanyak boleh. Sayang betul aku pada mereka berdua ni.


Mereka berdua ni sebenarnya agak akrab. Mana ada Abang, situlah ada Adik. Cuma masing-masing mempunyai karakter tersendiri yang menyebabkan mereka berdua unique.

Yang paling tua seorang yang cukup mematuhi rules. Bangun tidur terus kemas tempat tidur, baju atau pinggan kotor tahu mana nak letak. Teratur orangnya.

Yang muda pula seorang rules breaker. Mainan yang dia main, tak reti simpan. Sampah makan tak tahu buang dalam tong sampah. Botol susu minum pun campak mana dia suka.

Kadang disebabkan hal rumah bersepah pun boleh jadi satu pergaduhan antara mereka berdua.


Tapi dah nama adik beradik, elok balik. Mulalah buat pakatan sulit. Kalau dah buat pakatan sulit ni, memang masaklah aku dikerjakan. Panas juga hati.

Cuma aku jarang nak marah. Mungkin penyakit yang aku hidapi ni buat aku terasa bahawa mati tu dekat aje. Siapa tahu mungkin itu adalah waktu terakhir aku bersama mereka.

So why not I just enjoy that moment (^_^)


Cuma one thing for sure diorang tahu berkasih sayang. Nama pun adik beradik kan. Afif sebagai Abang Long mula menunjukkan kepimpinan yang kadang buat aku rasa nak menangis.


Harapan aku agar kasih sayang ni akan berterusan walau jasad aku tiada lagi di atas muka bumi. Dan aku akan terus berasa bangga menjadi mama pada mereka berdua.

Perasaan bangga ini tak akan pernah padam.


Buat mereka yang masih belum mempunyai zuriat, bersabarlah. Anggaplah ianya satu ujian dari Si Pecipta. ALLAH Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Mungkin rezeki kita bukan pada anak, tapi pada benda lain. Jadi usahlah bersusah hati. Ingatlah bahawa ALLAH tidak membebani seseorang manusia melainkan apa yang terdaya olehnya.

Ianya dinyatakan jelas di dalam Al-Quran iaitu di dalam surah Al-Baqarah, ayat 286. Tejemahannya adalah seperti berikut:

ALLAH tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia mendapat dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

42 comments:

  1. Alhamdulillah... Perancangan Allah adalah yg terbaik utk kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu maria
      ALLAH mengetahui apa yang terbaik buat kita

      Delete
  2. Replies
    1. saya kan kalau baca komen MKL ni rasa nak tergelak pun ada =)

      Delete
  3. terharu plak baca pasal kematian. kadang2 saya rasa pun kematian begitu hampir dgn saya.

    semoga yang belum punyai zuriat, bersabar la... insyaAllah, Dia maha mengetahui apa yang terbaik utk mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mati tu pasti LS, tak tahu bila dan bagaimana aje
      cuma bila ingatkan mati tu, kita akan lebih beramal =)
      tulah kan, ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita

      Delete
  4. Syahdu pula membaca entri Kak Yana pagi-pagi dalam pejabat ni.
    Betullah orang kata, "It's not what happens to you, but how you react to it that matters."

    p/s : lain betul sikap abang dengan adik yer.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...tak mau lah syahdu2
      betul sangat ler tu, setiap orang lain ujian dia =)

      p/s-memang lain sangat gee =)

      Delete
  5. rezeki tiap org tak sama kan..moga kita dapat mendidik anak kita hingga dewasa,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu memang pasti
      kadang kita nampak orang senang, tapi dia tak anak
      macam tu juga sebaliknya. ALLAH lebih MENGETAHUI
      aminnnn

      Delete
  6. Hmmm..sedih dan sayu membacanya. Kathy kerap juga marah anak² tapi bukan bermakna kathy benci dan tak suka,kathy cuma mengajar. Yg kelakarnya tu anak remaja yg lebih kerap di tegur berbanding anak yg kecil. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak memang macam tu kak, bukan kata marah tak sayang
      tak sayang hak yang bantai sampai mati cam paper arini
      tu memang bukan sayang, tu khianat anugerah ALLAH
      saya tak ada ank remaja lagi
      tapi saya adik yang meningkat remaja, so agak faham apa
      yang akak cuba sampaikan di sini =)

      Delete
  7. Alhamdulillah Yana.. sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Anak2 itu anugerah dariNya & menjadi tanggungjawab kpd kita sbg ibubapa utk sentiasa mensyukuri nikmat kurniaan itu dgn bimbingan yg sebaiknya kpd zuriat kita. Semoga Allah permudahkan segalanya & menetapkan kita semua di atas jlnNya yg lurus... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul KK, ALLAH mengetahui apa yang terbaik buat kita
      moga kita semua mampu memikul amanah yang diberikan
      amin

      Delete
  8. Kehendak Allah mengatasi segalanya....kita cuma merancang...Allah menentukan segalanya...

    Kun Faya Kun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu bunda
      ALLAH yang tentukan dan mengetahui segalanya =)

      Delete
  9. Sayu pulak rasanya baca entri ni...
    Betul tu Yana, rezeki setiap umat manusia di muka bumi Allah ni berbeza2... bagi yang dikurniakan anak, hargai dan didik mereka... Jangan dikhianati amanah dari Allah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak, ALLAH mengetehui apa yang TERBAIK buat kita
      apapun saya setuju sangat dengan pendapat akak

      Delete
  10. Rasa seribu satu rasa baca entry ni... Sweet sgt2, lagi2 bila tgk gambar mereka yg last tu....
    Insya Allah, semoga mereka terus akrab sampai bila-bila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka gambar yang last sekali tu,
      gambar candid tu, diorang tak perasan saya snap
      saya memang mengharapkan keakraban tu berkekalan

      Delete
  11. Assalamualaikum dan singgah petang sis...Diana sentiasa berdoa,bersabar dan berharap semoga satu hari nanti Diana di kurniakan zuriat...hargailah Anugerah dari Allah,sesungguhnya merekalah Anugerah Terindah dariNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt
      saya tak lalui macam apa yang diana lalui
      cuma saya berharap diana terus berdoa dan yakinlah bahawa
      ALLAH merancang sesuatu yang lebih baik untuk diana
      betul, anak merupakan anugerah ALLAH yang terindah

      Delete
  12. Alhamdulillah rezeki dr Allah...

    comey sgt aisy ni tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak, alhamdulillah
      moga kita tak leka dalam menggalas
      tanggungjawab membesarkan amanah ALLAH ni

      Delete
  13. Semoga Allah s.w.t permudahkan setiap perjalanan sis YY dan famili. Suka tengok gelagat si abang n adik tu. Moga-moga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Dan penyejuk mata buat ayah dan emak. Bila Allah nak bagi rezeki, tak ada siapa yang dapat menyangkalnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka sangat baca komen ni
      betullah kan, ALLAH lebih mengetahui

      Delete
  14. KM pegang kata-kata di atas Yana... KM pun fikir benda yang sama... Allah dah rancang semua ni sebaik-baiknya... jadi hanya bersabar dan berdoa.. kalau tak ada rezeki kat anak, mungkin rezeki kat tempat lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan KM, ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita

      Delete
  15. Kita merancang... Allah juga merancang... namun.... perancanganNYA adalah sebaik2 perancangan... :)
    Bersangka baik denganNya.... insyaallah... :)

    ReplyDelete
  16. Setuju! Perancangan allah adalah yg terbaik. Anak-anak adalah penyeri dlm rumah tangga. Sis Jm pun kekadang timbul perasaan cemburu dgn mereka yg dh berkeluarga dan mempunyai zuriat sedangkan sis calin suami pun belum malah kekasih pun tiada. Selama hidup tidak pernah merasai cinta dr seorang lelaki. Jadi berbalik kpd perancangan allah lebih baik jd sis redho

    ReplyDelete
    Replies
    1. syahdu pula hati baca komen JM ni
      saya teringat adik saya yang senasib dengan JM
      betul tu, percayalah, ALLAH tahu segalanya dan perancang yang terbaik =)

      Delete
  17. Tiada sapa yg boleh menolak ketentuan Allah kan YY.....sangat salute dan tumpang bangga dengan suami awak....okje doakan moga kasih sayang awak berkekalan hingga ke jannah....eh? Ni entri anniversary ke apa ni? Haha..

    Ibu mana yg tak gembira dan senang hati kalau tengok anak anak berkasih sayang antara sesama beradik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jodoh okje, saya juga tak menyangka dia boleh menerima
      betullah kan, setiap apa yang ALLAH rancang untuk kita
      itulah yang terbaik
      ni bukan entry anniversary, hujung tahun nanti baru cukup tujuh tahun =)

      kan OKje, kalau boleh nak tengok sampai kita tutup mata

      Delete
  18. Perancangan Allah untuk kita memang yang terbaik. Manalah kita tahu 10, 20 tahun yang lalu, hidup kita akan ceria dikurniakan anak-anak comel begini. Samalah macam saya. Saya ni kahwin lambat tau sebab tulah anak-anak kecil lagi. Kalau kahwin umur 25 tahun, tentu dah ada anak bujang sekarang ni. Tapi takpa, yang penting ada juga anak-anak buat penyeri hidup kami suami isteri.

    Saya pun rajin juga marahkan anak-anak walaupun setiap pagi bila bangun tidur, bila cium mereka nak pergi tempat kerja tu sentiasa aje berazam nak jadi ibu yang paling baik dalam dunia, tak mahu marah anak-anak walau besar mana pun salah mereka buat. Yalah, masa kita di dunia ni bukannya kita tahu berapa lamakan... bak kata YY, enjoy ajelah apa adanya walaupun pening kepala berserabut bila mereka dah buat pakatan macam tu. Kat rumah saya pakatan tu memang ohsem sangat. Dah kata, macam jaga 10 anak kekdahnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke? baru aje tahu MD kahwin lambat
      saya 25 tahun dah ada anak, insya ALLAH ketika saya berusia 50 tahun nanti
      Afif dah berusia 25 tahun, silap haribulan dah bercucu =)
      perancangan ALLAH tu yang terbaik

      nama pun manusia kan, tak lari dari kesilapan
      kadang saya terlepas juga marah, tapi saya jenis cepat sejuk
      lagilah dengan anak, tak lalu nak simpan marah lelama

      Delete
  19. akrab betul dua beradik nie.. tersentuh tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari pemerhatian saya sekarang
      memang diorang nampaknya akrab =)

      Delete
  20. Alhamdulillah. Semuanya kuasa Allah.
    Adik saya pun yang ada penyakit.... bergantung ubat was advised by her specialist not to get pregnant.
    But, she managed to give birth to a baby girl safely.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kan, takdir ALLAH tu kita tak tahu

      Delete
  21. Betul, hanya seorang ibu memahami.
    Memang setiap anak tu unik.
    Kena 'study' them.all sebab adakala kita tak terjangka apa impression dorang kat kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kita mak ni ada kuasa unik kan doktor
      kita boleh detect keistimewaan setiap anak =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...