DSM Berwajah Baru! (^_^)

7:00:00 am Yana Yani 34 Comments

Bermula awal minggu ni, Diari Seorang Mama (DSM) dah berwajah baru. Especially di bahagian banner dan footer. Mungkin ada antara korang yang perasan dan mungkin juga tidak.

Kali terakhir banner dan footer DSM bertukar adalah pada tahun lepas. YY pernah ceritakan keterujaan YY tentang banner dan footer baru tu di sini.

Faktor utama pertukaran adalah disebabkan gambar pada banner dan footer yang melibatkan Afif dan Aisyah dah lama. Seiring dengan peningkatan usia mereka, YY buat decision untuk tukar.

Warna tema YY masih kekalkan warna yang sama iaitu pink dan biru turquoise. Juga tak lari dari imej bunga sebab YY memang suka sangat dengan bunga!

Kali ni YY masih lagi menggunakan khidmat Cik Rose Cute. YY selesa berurusan dengan beliau. Rasanya kalau nak buat penukaran lagi, YY akan cari dia juga (^_^)

Untuk banner kali ni YY letak satu keluarga! Sebelum ni tak letak Encik suami. Hehe! Kali ni kita letak kesemua members dalam keluarga kecil YY.


Footer pula YY khaskan buat dua pertama kecil YY, Afif dan Aisyah. Ada banyak lagi gambar lain tapi hanya gambar yang bawah ni aje yang nampak kesopanan mereka. Hehe!



YY rasa itu ajelah bebelan YY untuk hujung minggu kali ni. Insya ALLAH kita akan jumpa lagi di lain entry. Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang! (^_^)

Salam sejahtera ke atas kamu semua (^_^)

34 comments:

  1. cantik ^^ colour pun tak too terang sangat hihi lembut lembut gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka color jenis gini
      nampak sejuk sikit dak =)

      Delete
  2. Cantik. Tak pandai saya nak buat seperti ini.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suruh orang buat ni pak mail
      saya tak pandai juga

      Delete
  3. Sesekali ubah penampilan, umpama memberi semangat baru... Macam pakai baju baru di hari raya! :)
    Sentiasa berbunga2 dihati bila singgah disini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan BM, baju baru, semangat pun baru!
      hehe...terima kasih BM
      nak buat camne, empunya blog jiwa bunga =)

      Delete
  4. comel!
    bunga2 lagi.
    blog sy jugak simple sangat2. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang suka bunga, tu yang ada bunga
      simple pun tak apa, yang penting contain =)

      Delete
  5. heheheh..memang cantik pun ..suka dengans entuhan CRC...berseri gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...selesa dengan dia
      kalau dengan akak saya segan =)

      Delete
  6. blog kak yana bukan saja cantik, tapi juga kemas & tak serabut mata ni nak memandang.
    kita rasa macam nak jugalah guna khidmat kak rose cute tu..
    dah boring hadap blog nun.
    hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah-wah, pujian ko ni buat akak rasa dilambung tau gee...hehe
      cubalah gunakan khidmat dia
      affordable kalau dibanding dengan orang lain =)

      Delete
  7. header nampak meriah..cantik sangt..:)

    ReplyDelete
  8. Yang lama pun cantik yang baru ni lagi cantik...soft pink n turqoise ...warna kegemaran bunda jugak...

    ha ha kita serupa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara jujurnya warna ni bukan kegemaran saya
      saya lebih suka purple atau hijau
      cuma bila cik rose buat, saya berkenan, tu terus kekal =)

      Delete
  9. klu letak org keayangan , setiap kali buka blog blh nampak kan ... sis blm ada ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH adalah tu nanti
      lagipun blog ni bertemakan kekeluargaan
      maka harus gambar mereka di letak bagi menggambarkan hubungan tu =)

      Delete
  10. Patut la nmpak lain.. Sejuk dan lmbut gtu...

    ReplyDelete
  11. Wahh.. semakin meriah. Alhamdulillah tahniah YY.. :)

    ReplyDelete
  12. saya suka, saya suka....
    Dah lama teringin nak make over blog.... Tapi entah bila lah tercapai keinginan tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya ni tak reti buat sendiri
      upah orang aje, senang! tinggal puas hati dengan tak aje
      tapi so far sangat berpuas ati dengan hasil kerja cik rose =)

      Delete
  13. dah perasan dah..yelakan anak2 pon dah besar,,mengikut peredaran masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu salah satu sebabnya
      tu yang rasa kena tukar =)

      Delete
  14. Yelah blog pun nak jugak tukar kulit ....hihi Jemulah kalau asyik kulit yg sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan OKje
      kira cam kita tukar baju baru lah kan =)

      Delete
  15. Sebelum ni dah perasan tapi sebab setiap kali mengomen pun asyik membebel sampai terlupa nak tanya ^_^ Saya pun memang berhajat sangat nak tukar semua tapi tulah, HD pun memanjang je tak free nak tolong isteri.

    Okey, ini je komen kali ni. Pendek tak, pendek tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dah agak dah
      HD pandai ke buat benda gini? saya ni upah orang aje
      saya tak pandai nak buat

      kalau dibanding dengan kebiasaan, kira pendeklah ni
      tahniah! hehe

      Delete
  16. Replies
    1. hehe...yang penting pembaca saya suka
      cantik aje, tak mesra pembaca, susah juga kan

      Delete
  17. Replies
    1. saya pun rasa gitu juga
      glad mimi sependapat dengan saya =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...