Anak Dara Dah Pandai Mengikut (^_^)

6:46:00 am Yana Yani 46 Comments

Anak dara YY, Aisy yang YY panggil Aisyah sekarang ni dah cukup pandai meniru apa sahaja perbuatan YY dan ahli keluarga lain.

Kalau sebelum ni dia hanya berdiri di depan cermin memerhati YY bersiap ke tempat kerja atau ke mana sahaja, sekarang dia dah pandai minta dicalitkan lip balm dan juga perfume.

Apa yang YY pakai, itulah yang dia nak pakai juga.

Hati dia berbunga riang kalau dapat memakai apa sahaja barang yang serupa dengan YY. Macam baru-baru ni YY mula dok pakai bracelet.

Sebenarnya bracelet tu adalah barangan untuk perniagaan online Encik suami tapi disebabkan kurang mendapat sambutan, maka YY yang rembat!

Of course selepas mendapat keizinan Encik suami time rembat tu (^_^)

Benda tu ada banyak juga! YY pernah bercadang nak buat giveaway dan menghadiahkan gelang tu tapi takut orang kata dah buruk baru nak bagi, Tu yang YY aje pakai (^_^)

Berbalik kepada cerita Aisyah tadi, bila dia nampak YY pakai, dia pun nak pakai juga. "Adik nak yang - Adik nak gelang" kata dia bila nampak YY pakai.

So YY bagi juga dia pakai walau dalam hati takut dia tarik masuk mulut. Sebelum pakai dah bagi peringatan dekat dia yang benda tu bahaya. Dia hanya jawab, "Oteh - Okay"


Bila dah pakai, mulalah rasa bangga! Kalau boleh nak tunjuk dekat semua orang yang dia pakai benda yang sama dengan YY. "Mama, ama tan? - Mama, sama kan?"

Kalau sembahyang pula, dia lebih suka ikut Papa atau Abang dia. Maksudnya dia tak nak pakai tudung, dia pakai ketayap ataupun songkok.

Puaslah pujuk, dia tetap kata dia pakai ketayap. Kadang pakai sekejab aje tudung. Time orang lain tengah sembahyang dia boleh buka tudung.

"Anas ya! - Panaslah" kata dia sambil terus mencampak tudung. Lepas tu dia ambil balik suruh simpan. Padahal kita tengah solah berjemaah time tu. Jadi tak khusyuk nak solat sebab dia (^_^)

Macam tu juga bila kita rendahkan sikit sejadah dia, dia tetap nak sama level dengan Papa dan Abang dia. "Ayahlah! - Salahlah!" kata dia sambil membetulkan sejadah.

Gambar dekat bawah bukan time dia pakai ketayap. Kalau ada pun tak sempat snap (^_^)


Sekarang ni pula dia dah pandai nak keluar rumah pakai tudung. Kadang baju yang YY sarungkan tu tak menutup aurat, tapi dia tetap nak pakai tudung.

Pernah sekali tu dia pakai skirt atas lutut, tapi dia pakai tudung. Papa dia kata, "Ko pakai apa ni dik? Kok seksi betul!"

Dia jawab, "Atai dung ya! - Pakai tudunglah!"


Walaupun dia bukan pakai tudung tu sepanjang hari, tapi bila dia dah mula menunjukkan tanda-tanda untuk memakai tudung tiap kali keluar rumah, tak akan nak larang kan?

Cuma kami suami isteri kena cari baju yang lebih sesuai untuk anak dara ni. Dulu beli baju, main beli aje sebab asyik dok semat dalam hati budak kecik pakai apa pun cantik!

Sekarang dah tak boleh buat gitu. Anak dara dah pandai mengikut!

Manalah tahu dia bakal jadi hafizah kan? Sejuk perut Mama yang mengandungkan selama sembilan bulan dan hati Papa yang menyuapkan makanan (^_^)

Kena juga selalu beringat bahawa apa aje yang kami lakukan, ada insan kecil yang memerhati (^_^)

P/S - Malam esok final Piala Malaysia! Siapa bakal JUARA antara PDM dan JDT? YY semestinya menyokong pasukan negeri kelahiran, PAHANG! O ale-ale, ale-ale Tok Gajah ku! (^_^)
 

46 comments:

  1. comel nya anak dara akak. hehe. XD
    mesti banyak keletah ni :)
    moga jadi anak yg solehah. ameen.

    sorry kak baru sempat balas kunjungan dan follow akak balik.
    terima kasih sudi singgah blog saya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sangat keletehnya anak dara yang sorang ni
      insya ALLAH, amin =)

      tak mengapa, terima kasih follow sini ye =)

      Delete
  2. seronok tengok anak-anak kan.... bahagia sangat rasa...

    ReplyDelete
  3. Assalam, Yana...
    Haa, anak dara dah pandai tu... tulaa kan Yana, anak-anak kecik ni dia sentiasa memerhati perlakuan kita dan satu hari dia akan ikut... kena selalu berjaga ngan tingkah laku sendiri,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak nurul =)
      tulah kak, sekarang apa aje nak ikut
      lepas ni memang selalu nak kena beringat =)

      Delete
  4. pandai aisyah bertudung..aisyah saya dah pandai pilih baju nak pakai..pilih gaun bunga2 saja..huhu..
    saya sokong JDT!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab pilih baju pun aisyah saya dah pandai
      cuma yang baru ni pakai tudung lah =)

      orang johor memang kena sokong JDT,
      mar, sori to say, tok gajah akan benam arimau selatan =)

      Delete
  5. besar2 mcm tu mmg fasa mengikut org..mcm anak sy jugak 18bulan...pantang dia perati je org buat ape pastu dia ikut...dia tgk org panjat, dia panjat...dia tgk org jerit, dia jerit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak saya ni dah besar, dah nak masuk tiga tahun
      dia perhati dan lepas tu practice apa yang dia nampak

      Delete
  6. Puan Yana Yani,

    Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa cerminan mereka.

    ReplyDelete
  7. Jap, nak komen menyongsang!

    Oh, Pahang nak lawan JDT ek? Saya bukan peminat bola tapi disebabkan saya ni Johorian, haruslah nak sokong negeri sendiri takkan nak sokong negeri orangkan! Gi ler tengok malam esok lepas tu kasi tau siapa menang. Saya hujung minggu sibuk ^_^

    Budak sebaya Aisy ni memang banyak keletah. Seronok melayankan. Kadang tu tengok muka je nak gelak. Apatah lagi bila mereka start 'berborak'. Memang bantai gelak tahan perut boroi jelah ^_^ Gambar yang last tu memang tak boleh blah. Seksi tu, Aisy. Jangan bawa fesyen ni sampai ke remaja ye. Kecikbesarkecikbesar nanti makcik-makcik tengok anak dara pesen gini.

    Bab solat tu, saya pun selalu gak tak khusyuk bila ada si kecil solat sama. Dia punya Allahu Akbar sikit punya kuat, kumat-kamit ntah apa-apa pun sikit punya ohsem, sampai kita kat sebelah ni rasa lain macam sungguh! Yang penting, baca doa makan masa berdoa lepas solat. Itu memang tak boleh tahan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kita ni bola minat juga menengoknya
      okay, nanti saya update =)

      hehe...tulah kan, teringat aje dah buat saya gelak
      kalau dah besar buat gitu, memang ada yang kena sebat =)

      bab solat, anak saya pun penah baca doa makan
      adeh, macam orang tak cukup napas ketawa...hehe

      Delete
  8. Betullah orang kata kak yana, yg anak-anak scan + copy + paste apa yang kita buat & pakai.
    Jadi sementelah perasaan aisy utk belajar ni membuak-buak, kak yana maybe boleh start pakaikan dia pakaian yg menutup aurat.. no skirt skirt lagi dah.. kat kampung saya which is my cousin is tok guru himself, cucu-cucu dia yang baya aisy ada dlm 3 orang. memang seusia tu mereka dah pakai tudung & baju kurung yg tutup aurat. tak macam saya kecil2 dulu.. hehehe ^_^

    cuma bab solat tu maybe ambil masa sikit kot. budak2 kan, kita solat kat depan, depa boleh pulak bising kat belakang2. kadang2 jadi imam kat anak buah bila depa bercakap2 sambil marah2 orang tu cara salah ini salah kita pun jadi nak tergelak.. tak khusyuk solat disebabkan depa.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasalnya, memang nak mencari baju untuk dia pun
      tapi tulah, tengah gawat sikit sekarang, tu yang sarung apa yang ada aje =)

      bab solat akak tak paksa, tapi kalau dia nak, kita ajak aje sekali
      tapi kalu afif dah sampai peringkat akak kena ajak juga
      dia dah besar
      betullah tu, kalau sembahyang dengan budak kecil, memang tak boleh khusyuk

      Delete
  9. tq follow blog KA< dh follow sini juga.. kalau free2 msti KA dtg terjah sini nnti2 yer ..anak2 mmg mengikt mak bapak nyerlah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih KA follow blog saya ni =)
      ha'a kan KA, anak tu macam acuan pada parent diorang

      Delete
  10. Replies
    1. hehe...minta maap kak ye
      tak tahu camnelah boleh terdelete komen akak =)

      Delete
  11. anak saya terbalik pulak dah..Si mikhail kalau nak sembahyang mesti nak pakai telekung kakak dia..hahahha...kalau kita kiblat belah nun dia pusing belah ni sebab nak ngadap kita..sabar je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mikhail tu sebab dia ada kaka besar atas dia
      dia meniru sama macam aisyah yang meniru abang dia =)
      dulu diorang sembahyang gitu juga =)

      Delete
  12. Terhibur kan tengok keletah anak2 sebaya ni...macam2 perkara baru dorang nak lakukan dan nak tiru...

    Tak apa...kalu yang baik2 tu apa salahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan bunda
      ada aje aksi yang buat kita rasa bahagia =)

      Delete
  13. hihi comel sgt! seronok tgk perkembangan anak2 kan...lau boleh semua dia nak explores...

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur baya ni kot
      semua benda dia nak tahu =)

      Delete
  14. Sbb tuh sy kalau belikan anak anak baju msti cri seluar pnjg n lengan pnjg..kalo t shirt lengan pendek ngn suar paras lutut beli biat pakai kt rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak mempunyai pemikiran seperti mimi
      saya fikir usia ni pakai apa pun cantik =)
      akan saya usahakan selepas ni =)

      Delete
  15. Hehe..pandai da aisyah ye? Nak satu bracelet boleh? Hehe..

    JDT di hati ,menang atau kalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia tak bagi wooo
      sayang tu harta dia =)

      masa saya reply komen ni, JDT kalahlah kak

      Delete
  16. Semakin membesar semakin mengikut langkah mama.
    Semoga menjadi anak solehah.

    ReplyDelete
  17. Comel je dia org solat... seronok tengok.. :)

    ReplyDelete
  18. ala, ini yang jeles ni.. tapi kalau nak beranak lagi, rasa dah malas.. nak melayan yang dua tu dengan penuh kasih sayang je rasanya sekarang... best tengok orang yang ada anak perempuan, macam YY, macam Nas, macam ramai lagilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh dua ketul aje dah malas?
      saya ni walau dah sepasang, ada hati nak lagi =)
      saya suka kalau ahli keluarga ramai, baru meriah katanya =)

      Delete
  19. Ye ar.....dah tentu mak org Johor mestilah sokong Johor walaupun tumpas....huhu...sedih mak tau!
    Ibu bapakan idola bagi anak anak...termasuklah pengasuh....hihi.....so apa pun perbuatan kita mereka akan tiru ....so watch out your step! Eh? Ada kaitan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak apalah OKje
      tumpas pun, tumpas bermaruah =)
      betullah tu OKje, apa kita buat memang ada aje yang memerhati
      sama ada kita sedar atau tidak aje

      Delete
  20. comey je aisyah!
    kak, elok juga dedahkan dia dengan pakaian yang menutup aurat. kita ajar dia cara pakai tudung, tegas dengan dia apa yang boleh pakai, apa yang tak boleh pakai. mungkin dia tak faham lagi. jadi kita la yang kena provide baju yang menutup aurat.

    penting sebenarnya ajar benda2 macam ni di usia diaorang masih kecil. bila dia dah besar nanti, takde la kita pening nak suruh pakai itu pakai ini. for sure time tu diaorang dah pandai memberontak. sy risau sebenarnya. zaman sekarang pun dah macam macam, itu belum lagi zaman anak2 sy nanti. serius, sy sangat takut

    sy nak cakap lebih2 pun, sy tak kahwin lg. terpulang pada masing2 macam mana nak besarkan anak2 sendiri. cume sy prefer benda2 macam ni diajar dari diaorang kecil. baru senang nak lentur. btw, aisyah kecil lagi. sy suka tengok gambar2 dia. semua comel je. be a gud girl ok aisyah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dinafikan akak agak culas bab gini kerana memikirkan dia masih lagi kecil
      pada usia ni akak rasa pakaikan apa cantik
      cuma tak sangka dia begitu cepat mengikut

      pemberontakkan berlaku apabila mereka dipaksa melakukan perkara yang mereka
      tak rela, insya ALLAH kalau mereka paham tak akan berlaku benda gitu
      tak mengapa farhana, tegurlah kalau rasakan itu betul
      akak tak pernah kata farhana atau sesiapa yang tegur salah, tapi akak sedari akak salah
      good thing is, akak dah mula menyedari kekhilafan diri =)

      Delete
  21. alahai.comelnya dia
    ibu bapa adalah idola itu yg mudah anak anak mengikut
    kena latih sikit sikit lama lama nanti aisyah dh terbiasa pkai tudung kan..
    smga dipermudahkan hendakNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, saya setuju
      parent ni adalah role model anak-anak

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...