Selamat Datang November 2014 (^_^)

8:27:00 am Yana Yani 42 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Diari Seorang Mama (DSM). Hari ni YY lambat sikit bersiaran sebab hari ni punya entry "live" (^_^)

Kebiasaannya YY auto-published aje sebab tak sempat nak duduk mengadap laptop. YY kalau menaip satu entry aje ambil masa lebih dari satu jam. Tu yang auto-published aje.

Kalau ada banyak masa tu, YY akan buat lebih entry dan schedule kan aje dia ke hari yang YY nak. Senanglah sikit. Bulan lepas buat pertama kalinya YY berjaya published entry setiap hari!

Satu pencapaian yang YY amat bangga! (^_^)

Anyway pejam celik kita hari ni kita dah memasuki bulan November bersamaan dengan 8 Muharram 1436H. Oh ya, besok siapa nak dapat ganjaran lebih, bolehlah berpuasa sunat (^_^)

Semalam masa nak approvedkan komen, YY perasan "nombor cantik", cepat-cepat YY print screen sebab nombor macam tu hanya akan muncul sekali aje (^_^)

111111 pageviews dan 111 followers!



YY juga nak gunakan kesempatan ni untuk ucapkan ribuan terima kasih buat mereka yang sudi meninggalkan komen di DSM sepanjang Oktober yang lalu.

Di sini YY senaraikan sepuluh pengomen terbanyak sepanjang Oktober. Korang boleh check blog diorang dibahagian side bar under "Gorgeous Blog List"


Pada pengomen yang berjaya mengekalkan kedudukan mereka di dalam senarai top 20 bermula 1 Ogos 2014 sehingga 30 Julai 2015, akan ada ganjaran menanti.

Sebahagian dari yang tersenarai di top 20 ni, blog mereka YY letakkan juga dibahagian side bar under "Awesome Blog List" yang lelain dah fall under Gorgeous Blog List.

Bolehlah korang pergi intai nanti ye (^_^)


Juga sebagai tanda penghargaan, YY senaraikan blog list top 40 juga di bahagian side bar under "Lovely Blog List". Ada masa nanti korang intailah ye. Nak sebut semua cam ramailah pula (^_^)

Tak lupa juga buat yang hanya memilih untuk menjadi silent reader. Terima kasih bebanyak, kunjungan korang tetap YY hargai.

Untuk bulan ni YY harap YY dapat kekal rentak yang hampir sama dengan Oktober. YY akan cuba pastikan DSM akan mempunyai satu entry pada setiap hari. Teruskan menyokong DSM.

Last but not least, TERIMA KASIH buat korang semua! Selamat berhujung minggu (^_^)

P/S - Tok Gajah pasti akan benamkan Harimau Selatan malam ni! O ale-ale, ale-ale Tok Gajah ku! Bersemangat nak tengok bola malam ni! (^_^)

42 comments:

  1. Cantik pulak figure 111 yang banyak tu YY.
    Elok juga keep track boleh dijadikan kenangan..

    ReplyDelete
  2. terima kasih YY..selamat berhujung minggu

    ReplyDelete
  3. Yesh..kathy tersenarai la..tqvm sis.. :)

    JDT..kibarkan bendera semangat merah biru mu.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...terima kasih tuk kak kathy juga
      wah, penyokong tegar JDT ni =)

      Delete
  4. Salam... Terima kasih singgah rumah kak zai.
    Selamat berhujung minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak zai, tak ada masalah
      selamat berhujung minggu =)

      Delete
  5. tok gajah ? semangat jdt kuat mlm ni ... heh heh heh

    ReplyDelete
  6. kalau kita nekad mesti menjadi..kan?/saya pun bulan 10 la paling banyak update blog sebab nak dapatkan semula mood blogging tu..kalau tak buat macam ni memang tau nak guling2 je ..tau nak tidur siang je...ejhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, saya sebenarnya tak sangka juga
      tahu-tahu pecah rekod...hehe

      Delete
  7. Woww...ramai betul yang datang komen sini.
    Memang pengikut setia ni:)
    Neway, harap 1 day I can be 1 of them.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah
      tapi kalau banding dengan doktor
      saya jauh sangat ketinggalan =)

      Delete
    2. Ishhhh..taklah.
      Saya ni pasang-surut.
      Ikut luck juga:)

      Delete
  8. Alhamdulillah... Masih diberi ruang dan peluang utk terus hidup dibumi pinjaman Allah...

    ReplyDelete
  9. JDT... JDT hehee.. Tahniah YY. Alhamdulillah, tersenarai juga. T kasih & tahniah juga kpd rakan2 yg lain.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi sorang penyokong JDT ni =)
      terima kasih tuk KK juga ye

      Delete
  10. Tahniah buat yg tersenarai.... Entah bila la boleh masuk top commentor ni....
    kebetulan pula bilangan pageview dan followers semua dgn huruf satu... Mmg patut printscreen :)
    tak pandai pula nak komen pasal bola... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama NB pun ada juga sebenarnya dalam top 40
      saya print screen sebab list tu terlalu panjang
      cantik kan figure tu, sekali seumur hidup, maka harus dijadikan kenangan =)

      saya satu ketika dulu, tersangat hantu dengan bola
      sekarang dah kurang sikit, tapi still ada juga minat =)

      Delete
  11. Alhamdulillah tersenarai..hehehe tq yana

    ReplyDelete
  12. wah...ramai pengomen tegar kat blog ni nampaknya.. tahniah.. lawa nombor 111111 tu, sempat perasan ya.. baguslah ...tahniah buat semua yang tersenarai

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, ada pengikut setia =)
      kebetulan sebenarnya. tapi sebelum tu ada juga dok perasan dah menghampiri
      angka cantik, dah niat nak print screen, sekali ada...terus! =)

      Delete
  13. Cantik nombor tu, semua pun 1. Memang bukan selalu dapat begitukan.Tahniah! Eh, tahniah untuk diri sendiri juga kerana masih mengekalkan kewibawaan kuat mengomel di blog orang lain selain blog sendiri. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tahniah dan terima kasih buat MD
      atas kesetian ye
      tak kisahlah mengomel panjang mana pun, saya suka =)

      Delete
  14. alhamdulillah..welcoming november... ;-)
    November dalam ingatan ;-)

    ReplyDelete
  15. Saya tak fahamlah kak Yana ~.~'
    Tapi tak pe, bloglist ke tak bloglist ke yg penting saya tetap suka datang sini baca entri kak Yana. Pastikan tulis yg best2 ye kak Yana! Hehehe ^_^

    p/s: kita pon suka buat entri autopublish, buat masa sekarang alhamdulillah baru dapat catchup dgn target kan ^_^ cantik nombor tu. taknak buat tikam ke.. ahahahahahaks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang ko tak paham dik wei, cer bagitau
      alahai, cerita pasal keluarga sendiri aje pun, mana nak datang best
      kadang-kadang aje merapu meraban cite bab lain =)

      haram wei, main tikam-tikam ni =)

      Delete
  16. Terbenam JDT... huhuhuhu.... :D Tahniah penyokong Tok Gajah...

    ReplyDelete
  17. Tahniah buat mereka yg tersenarai termasuklah diri sendiri.....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu, terima kasih buat OKje dan yang lelain =)

      Delete
  18. ai akak pun ada..terima kasih yana..

    ReplyDelete
  19. woww..daebak..mereka mmg rajin tinggalkan komen...Tahniah

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...