Kami di Ahad Pertama Januari (^_^)
Biasanya kami seluarga memang tak pernah lekat dekat rumah tiap kali hari cuti. Ada aje aktiviti kami lakukan walau setakat ronda keliling taman perumahan tempat kami menyewa ni.So seperti kebiasaanya, kami berjalan lagi hari ni. Kali ni kami ke Giant Setia Alam dekat dengan Klang Sentral. Tapi bukan nak shopping! Saja cuci mata. Hehe!
Tapi tujuan sebenarnya hanya nak ambil gambar Afif di sini untuk daftarkan dia di sekolah agama rakyat bagi sessi 2015. Sekolah kebangsaan dah lama settle, sekolah agama aje belum.
Afif kena puji dengan photographer sebab pandai posing. Mana idaknya, hari-hari dia posing untuk blog Mama. Tu yang dah expert! Hehe!
On the way nak ke parking, kami nampak kedai cendol. Alahai tekak menggatal nak jamah cendol tu. Menyelerakan betul dok tengok orang lain hirup. Macam sedap aje!
Tapi time nak bayar, ambil kau dia punya harga! RM9.00 untuk dua mangkuk cendol biasa! Gila mahal! Confirm ini adalah yang pertama dan terakhir!
Nak bagi sejuk hati yang panas sebab beli cendol mahal, aku beli air mineral SeaMaster. Aku nampak ada contest yang perlu diupload di Facebook.
Tadi pergi tengok kejab, cadang nak hantar gambar Aisy ni. Tapi bila baca syarat-syarat yang pemenang dipilih berdasarkan Like terbanyak, aku surrender sebab wa tak popular babe! Hehe!
Berbalik kepada cerita aku tadi, lepas dah bayar harga cendol yang sama dengan sebungkus nasi ayam tu. Kami gerak pula ke rumah parent Encik suami di Kampung Sungai Serdang.
Belum pun matikan enjin kereta, Mak Encik suami ajak ke rumah Guril. Abang Encik suami. Kami kan kaki berjalan, so memang okay aje dengan pelawaan tu. Hehe!
Sebenarnya Guril baru aje dapat kunci rumah baru dia ni. So dia renovate beberapa tempat dalam rumah dia tu. Selain dari menyibuk, kedatangan kami hanya nak tengok progress sahaja.
Lagipun Mak Encik suami nak buatkan langsir untuk rumah baru Guril dan Eni ni. Boleh tahan luas rumah diorang ni kalau nak dibandingkan dengan harga yang dibayar tu. Worth it!
Anak-anak aku dan anak-anak diorang pula hanya bikin "ribut" aje dekat situ.
So gitulah cerita kami dj Ahad pertama Januari ni. Alright, time to sleep. Besok Afif akan memulakan sesi persekolahan dia untuk 2014 ni.
Tak sabar nak tunggu respond dia camne. Tahun lepas dia okay je. Klik sini kalau nak baca pasal tahun lepas punya. Moga-moga okay jugalah dia besok. (^_^)
anak-anak comel
ReplyDeletehehe...teima kasih daun keladi =)
Deleteassalam..terima kasih follow akak. done follow kembali...
ReplyDeletecomey la si aisy tu....
cendol tu memang nampak menyelerakan, tp harganya...wowww
salam, terima kasih kembali
Deletehehe, comel cam mama dia kan
tu la pasalnya, terkejut time bayar =)
wah kaki jln juga rupanya..hahaha..cam nak sama je kita..asal hari cuti lesap..malam baru balik...hihii..
ReplyDeletecomey je gegirl tu senyum anak beranak sama je kan...
woo mahalnya cendol... mmg tobat xnak beli dah laa kan kalau mahal sangat...
kita serupa...teringat lagu headwind pula...heh
Deleteanak abang ipar tu, baru 6 bulan
sama ke? akak bukan orang pertama yang kata gitu...hehe
tersangat mahal kak! taubat tak ke situ lagi
Pandai afif berposing ye..
ReplyDeletehehe...dah hari-hari practice
Deletemana idaknya =)
kak, nanti kalau mama balik kampung, kita boleh jumpa kat giant setia alam.. :)
ReplyDeletesungguh ke ni? no hal
Deleteroger-roger lah nanti ye =)
mahalnya harga cendol tu.. kalau sedap dan banyak takpe la juga kot.. semoga semua urusan bejalan lancar.. :D
ReplyDeletememang tersangat mahal aiza oi
Deletetu la pasalnya...tak adalah sedap sangat
rasanya boleh dapat lagi sedap dan murah dari yang ni
terima kasih aiza ye =)
sedap ke cendol tu yana? x pnh plak aku cuba...
ReplyDeletetak payah rasa lah sal oi...tak sedap mana pun
Deletebaik ko makan yang dekat seksyen 7 tu
dekat dengan i-City tu, lagi sedap
worth it! =)
tu la pasalnya diana, memang mahal gila
ReplyDeletetak ada yang special pun
biasa aje, entah apa yang buat dia mahal
ais tu dari gunung himalaya gamaknya =)
mak ai..letak emas permatagaknye dalam cendol tu ye sis..?model2 cilik dah afif dan aisy ni..
ReplyDeletehehe...tulah pasalnya!
Deletesaya memang terkejut tahap gaban jugaklah
time nak bayar tu!
hehe...model untuk blog Mama diorang =)
wah...tahniah..selamat maju jaya
ReplyDeletehehe...terima kasih =)
Delete