Afif Dah Boleh Diharap (^_^)
Sambil dok tunggu keputusan AJL 28 ni, aku nak cerita dulu apa yang berlaku hari ni. Anak-anak aku memang dah dididik sejak dari mula berjalan, lepas makan angkat pinggan ke sinki.Walau diorang tak basuh, aku tetap menggalakkan. At least diorang tahu tangungjawab diorang. Tadi macam biasa Afif dan Aisy angkat pinggan ke sinki.
Tapi aku dok pelik dengar pinggan mangkuk berdentum dentam. Aku fikirkan Aisy. Tapi tak akanlah, sebab sinki tu tinggi juga. Si Afif tiba-tiba berlari ambil kerusi.
"Eh, nak buat apa tu?" tanya aku ketika nampak dia menjinjit kerusi tersebut.
"Afif nak tolong Mama ni" kata dia pula tanpa langsung menoleh ke arah aku.
"Boleh ke ni?" tanya aku bila tahu apa yang dia cuba lakukan.
"Boleh! Afif kesian Mama. Afif nak tolong Mamalah ni!" kata dia sambil laju aje membasuh pinggan mangkuk yang boleh tahan berlonggok dalam sinki tu.
"Afif kena basuh bersih-bersih tau! Tak mahu ada kesan minyak ye" kata aku pula seolah-olah memberi arahan.
"Afif tahulah Mama. Tengok ni bersihkan?" kata dia sambil menunjukkan beberapa pinggan yang dia dah basuh.
Aku hanya tersenyum. Timbul sikit perasan bangga. Tak sangka dia dah boleh diharap walau dapur tu basah lencun jadinya. Hehe!
Tak apalah kan, janji dia nak menolong!
"Mama Afif dah siap tolong Mama! Lepas ni Afif nak color dinosaur boleh tak?" tanya dia sambil buku mewarna sudah pun berada dalam pelukan dia.
Anggukan aku dah buat dia excited semacam!
Aku biarkan dia dengan hobi dia tu. Sambil tu dok layan JJCM jab, tau-tau aje dia dah siap!
Boleh tahan juga dia ni! Rasa macam nak daftar dia dalam kelas lukisan pula lepas ni (^_^)
Tak berapa jelas? How about this?
Ni lah dia hasil bakat terpedam anak bujang aku yang sorang ni. Untuk makluman, warna yang dia gunakan tu adalah warna air! Tu yang dia kena minta izin. Hehe!
Apa yang pasti, sebagai seorang Mama tiada apa yang lebih bermakna apabila seorang anak tu mampu memberikan pertolongan walau hanya sedikit pun.
Dan apabila si anak bahagia dengan minatnya, Mama tetap menyokong dari belakang dengan harapan si anak akan berjaya di dunia dan akhirat!
Yang pasti, setiap anak tu mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri. Peringatan untuk diri sendiri, be proud for whatever have been granted to you! (^_^)
P/S - Seperti diramal, Hafiz menang lagi! (^_^)
tahniah....
ReplyDelete=)
Deletealhamdulillah.. itu lah harapan kita kaum ibu ni..
ReplyDeleteye betul tu
Deletesetiap anak ditaruhkan harapan
yang tinggi menggunung =)
Ank2 akk pn mmg di ajar lepas mkn pinggan letak sinki.tak basuh tak apa,tp kalau basuh lg bagus..hihii kurang sikit kerja mama..
ReplyDeletehehe...senang kerja kita kan
Deletelapang rasa dada =)
rajinnyer dia...pandai mewarna plk tuh, kaler langsung tk sememeh...
ReplyDeletetengok mood dia juga sebenarnya
Deleteni mood tengah rajin...suruh apa pun dia buat
dia memang minat mewarna zura =)
salam pagi isnin yana..
ReplyDeleteuntugnya mama afif kan ! dapat anak yg rajin tolong mama basuh pinggan..sonang cikit keje mama ye afif ! :)
akak pon didik anak2..angkat pinggan n basuh sekali selapas makan or minum..dan jugak selalu cakap kat anak kalau mak tak sihat suatu hari nanti..kan senang masing2 boleh buat keje..:)
alhamdulillah kak, minta berterusanlah
Deletebukan takat hari tu aje =)
ALHAMDULILAH.....AFIF MMG anak yg baik laa yana...bertuah yana tauuu..selalu boy ni kurang sikit nak buat2 keje gini....mmg sejuk perut yana tauuu heheeheheh...takpe laa basah2 tu mmg takleh nak elak tapi kerajinan afif ni mmg patut yana bangga tau......
ReplyDeleteberbakat jugak afif dlm mewarna yeak yana...kemas dan cantik pada lieya hasil tangan die tu...ye la di usia afif tu mmg kemas la tuh.....mesti tak lame lagi terrra melukis2 gak nieh...boy biase mmg suke la lukis2 ni kan...lukis robot laaa, ape la heheheeh...
moga2 jadi anak yg bijak, sihat dan terang hati yeak afif......
senyum lebar saya baca komen lieya ni
Deletemama mana tak bangga bila anak dia rajin menolong ye dak
mungkin sebab darah seni yang ada pada dia lieya
ramai juga kat gitu
tapi dia dah suka buat sejak dari kecil
mungkin dah terbiasa tu nampak elok dan kemas
amin lieya, tulah harapannya =)
Alhamdulillah...berkat didikan, kecil2 lagi dah ada rasa tanggungjawab dan mahu membantu. Satu lagi....Afif memang berbakat sebab bukan mudah mewarna guna water color...tapi hasilnya sangat mengujakan!
ReplyDeletekita bukan menongkat langit kan
Deletekena ajar juga dia berdikari dan feel sendiri
rasa tanggungjawab membantu
mula-mula dulu tak yakin dia boleh guna water color
takut jadi lain
tapi suprise juga dengan hasilnya
saya boleh galakkan aje =)
afif memang bijak...ada sikap suka membantu..setiap anak pasti ada kelebihannya..pandai dia mewarna yer?
ReplyDeleteanak sulung kot kak
Deleteada inisiatif untuk membantu
dia memang minat, kalau tak minat
tak jadi juga =)
alahai bagusnye anak bujang sorg nih...tolong mama die bsuh pinggan
ReplyDeletehehe...tiba time kerajinan dia datang =)
Deletealhamdulillah.. perkembangan yang baik tu yana.. tu menunjukkan dia dah ada sikap bertanggungjawab terhadap keluarga..
ReplyDeleteserius memang cantik hasil mewarna tu.. berbakat betul si afif tu..
alhamdulillah, saya yang jadi mama ni boleh rasa sikit lapang
Deletenak galakkan aje lepas ni, senang kemudian hari
dia minatlah aiza, lagi satu mungkin disebabkan
darah seni yang memang ada pada dia =)
anak lelaki selalu kurang rajin bab mengemas, tolong di dapur..alhamdulillah kalau Afif terdidik macam tu. Kita kenali kebolehan anak kita dan buat perancangan awal utk mereka...terbaik, senang hati bila tengok anak-anak rajim membantu...
ReplyDeletep/s ; @Yana Yani ; Waima tu adalah merupakan perkataan Arab yang bermaksud sama ada...sy selalu teringat PM Najib, kalau beliau beri ucapan mesti ada perkataan tu sekali sekala. kekadang boleh guna juga sama maksud 'walaupun'.
saya tak pasti orang lain, tapi adik lelaki saya
Deletecukup rajin menolong di dapur
malahan dia sama macam abah saya seorang
yang cukup hebat dalam bidang masakan!
semua tu hasil didikan mak abah yang saya cuba terapkan pada afif pula
p/s-oh gitu ye, saya baru first time dengar. macam pelik bunyinyer. nak cuba gunalah lepas ni. terima kasih untuk pencerahan tu PCL =)
blogwalking...tunggu entri terbaru
ReplyDeletehehe...tima kasih MKL
Deletetengah dok draf ni =)
rajin afif..dah pandai tolong mama ye,bagus tau.. mmg dr kecik ni lah kita nak ajar pun kan,dah besar senang la..
ReplyDeletekagum tengok afif mewarna, pandai tau..acik ni pun belum tentu dpt kaler mcm tu..hehe
ye betul tu kak! senang bila dah besar nanti
Deletetak payah tunggu mama bising =)
dia minatlah kak, kalau dah minat semua benda boleh jadi =)
jangan kata akak, saya pun fail...hehe