Reaksi Wan Bila Cucu Cedera (^_^)

11:50:00 pm Yana Yani 23 Comments

Petang tadi ketika tengah hanyut dengan kesibukan kerja, kononnyalah kan! Hehe! Handphone aku tiba-tiba berbunyi. Jarang handphone ni berbunyi.

Tengok paparan di screen. SMS daripada Mak yang berbunyi lebih kurang, "Long si bujang ni balik dari sekolah habis muka dengan badan bercalar balar. Dia tak mahu cakap sebab apa!"

Sentap juga bila baca SMS gitu. Bercalar macamana pula? Aku minta dia MMS gambar Afif. Nak pastikan juga sebab apa. Lagipun bunyi SMS Mak tadi macam dia tengah "angin"

Sekali tengok, memang aku rasa dia jatuh.


"Yeke jatuh ni? Mak rasa marah betul! Tengok tangan ni dah macam kena cubit! Ya ALLAH cucu Wan! Sakit dia ni! Pergi tanyalah Long apa diorang buat pada cucu Mak ni!" kata Mak.

"Nanti Along tanyalah. Mak bagi dia rehat dulu. Nanti dia dah rehat baru dia boleh cerita pasal apa" kata aku pula cuba menenangkan Mak yang marah semacam bila tengok cucu cedera.

Aku telefon pula Encik suami nak pastikan cerita sebenarnya sebab dia yang fetch Afif. "Dia jatuh tadi, kawan dia tolak. Cikgu ada jumpa Abang tadi" jelas Encik suami.

Encik suami boleh jawab lupa bila aku tanya kenapa tak beritahu Mak! Dah tak pasal-pasal orang tua tu risau semacam bila tengok cucu gitu.

Tadi sebelum Afif tidur aku buat investigation. "Afif jatuh macamana tadi?" tanya aku pada Afif yang sedang leka dengan sticker Boboiboy.

"Afif main gelungsor, lepas tu Muhammad tolak! Afif jatuh, lepas Afif menangislah! Sakit! Lepas tu kawan Afif yang nama dia Shukri, bagitahu dekat Cikgu Alia" jelas Afif dengan panjang lebar.

"Lepas tu?" tanya aku yang macam tak sabar nak tahu kesudahan cerita

"Lepas tu Cikgu Alia marah Muhammad lah! Muhammad pula yang menangis. Semua kawan-kawan tengok aje kitorang menangis" kata Afif siap dengan aksi.


Aku belum ada cucu lagi, tapi majoriti yang aku dengar kata sayang anak dengan cucu ni lain sangat! Sayang dia lain macam sikit katanya.

Malahan aku sendiri pernah diberi warning sama ada dari Mak mentua aku atau Mak aku sendiri supaya jangan marah atau pukul cucu diorang depan diorang.

Sakit hati bila tengok cucu dipukul katanya. Mungkin sebab tu Mak tak boleh terima hakikat kenapa Afif cedera dan dia masih percaya Cikgu terlibat sama.

Nak buat macamana ni? (^_^)

-------------------------------------------------


Aisy pula macam biasa sibuk dengan rutin "mengemas" dia. Lagilah tadi pergi belanja barang dapur, memang banyak sangatlah kerja dia!

23 comments:

  1. Bunda pun tak ada cucu lagi...tak tau macam perasaannya ...

    buat apa tu cek kak...tolong mama ke.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bunda belum ada cucu lagi ye

      cik kak tu memang rajin sepanjang masa =)

      Delete
  2. Sayang anak tangan2kan...sayang cucu manja2kan. Bija jadi macam ni...payah juga kan.
    Yang penting, afif cuma cedera sikit dan biasalah nakal budak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya BM, saya pun pening dibuatnya
      saya dah explain tapi dia masih dengan pendapat dia

      Delete
  3. memang sis..nenek lebih syg cucu dari anak dia sendiri..akan datang kita faham juga perasaan tu kan?hehehehe..teruk juga nampak muka afif tu kan?moga segera hilang kesan calar tu..rajin anak dara sorang tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak...banyak orang juga saya jumpa gitu
      cuma pning camne nak explain
      tak adalah teruk sangat kak, cuma afif kata dia dah tak handsome =)

      aisy memang rajin sepanjang masa =)

      Delete
    2. kalau nak disiplinkan anak memang susah kalau duduk dgn nenek datuk diorang..sebab nenek datuk akan backing je cucu mereka..

      Delete
    3. camne kak, terpaksa
      biarlah diorang yang jaga
      terjamin sikit keselamatan diorang

      Delete
  4. wahh sayangnya neneknya... untung sangat ..acik tak merasa ada nenek..

    ReplyDelete
  5. fuhh ingat cikgu yg buat yana..berderau lieya bace tau...dah le yana baru up entry pasal kes cikgu denda murid merepek meraban tu kan .....biase mmg camtu laa yana, cucu lain disayang nyeeee....mmg nenek atau atuk manje kan cucu abis-abisan....lagi2 tgk dah bercalar gini mau tak risau neneknye....

    ewah2 anak dare sorang tuuuu...kemain rajin dieeee...byk betul projek die yeak heeheheheh...sakan nampaknye mengemas ni...in sha Allah boleh harpa besar nanti ni yana...rajin di dapur gituuuu heheehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam saya pun terkejut juga bila dia bagitau
      tapi malas nak buruk sangka...hehe
      ish, sayangnya dahsyat betul
      kita pula yang jadi serba salah

      yang tu memang rajin sepanjang masa
      amin! mudah-mudahan =)

      Delete
  6. Mungkin cucu x ramai..tu yg syg sgt..kalau cucu sulong sama la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkinlah, tapi mak mentua saya
      dah ada 7 cucu termasuk anak saya
      pun camtu juga perangai nya

      Delete
  7. apalah yg si aisy buat tu..auntie tengok macam nak masak sardin jew..:)

    kebiasaanya macam tulah yana..nenek sayang cucu melebihi anak sendiri..kenapa akak ckp mcm tu...
    because terjadi pda akak :)
    mak akak penah merajuk..disebabkan akak marah cucu dier ( ank akak yg sulung)..2,3hr jugak baru ok semula hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...yelah tu agaknya

      memang sayang sangat kak wei
      pening kita dengan cara layanan diorang

      Delete
  8. jangan calar sikit, membebel si atok... hihihi

    ReplyDelete
  9. untungya jadi cucu kesayangan wan dia... heheheh

    amboih... kemain rajin lagi mengemas brg dapur tu.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah namanya cucu, ye sayang bangat...hehe

      yang seorang lagi tu terlebih rajin kak =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...