Part III: Kami di Pulau Pinang! (^_^)

9:01:00 pm Yana Yani 14 Comments

Entry kali ni adalah kesinambungan cerita perjalanan aku dan family ke Pulau Pinang baru-baru ni. Ia juga merupakan entry terakhir untuk cerita ni.

Siapa yang belum ada kesempatan baca sebelum ni, boleh baca Part I, Part II dan juga mengenai makanan yang sempat aku jamah di Pulau Pinang, di sini.

Alright, let's start! Lepas aje turun daripada Bukit Bendera, kami meneruskan perjalanan kami mencari nasi kandar yang popular di sini.

Itupun kitorang sesat dekat bandar Georgetown untuk ke sekian kalinya. Tak jumpa langsung Penang Road yang sering disebut-sebut. Tak tahu berapa kali keluar masuk jalan yang sama.

Tanya dengan orang yang pelbagai bangsa barulah jumpa. Apa yang mengagumkan aku, orang Pulau Pinang begitu peramah dan juga mesra. Tak rasa kekok di sini.

Daripada pukul 3 petang sampai ke pukul 5 petang baru jumpa nasi kandar yang menjadi idaman. Lepas dah kekenyangan. Kami meronda sekitar Penang Road pula.

Yang pasti kena beli jeruk madu Pak Ali walau hakikat sebenarnya aku tak makan jeruk pun. Aku makan time mengandung aje. Beli pun sebab buat syarat. Hehe!


Dekat sini kami adalah juga beli beberapa cenderamata sebagai tanda kenangan kami pernah menjejakkan kaki di Pulau Pinang ni.

Contohnya macam key chain, t-shirt dan apa lagi entah. Lupalah pula. Maklumlah aku ni tak berapa nak muda dik oi! Hehe!


Lepas tu kami terus gerak keluar dan sekali lagi melalui Jambatan Pulau Pinang yang antara mercu tanda di sini. Encik suami ajak bergambar dekat sini.

Aku mulanya takut tau nak berhenti sebab situkan dikategorikan highway. Tapi lepas nampak ada ramai juga orang lain berhenti, aku pun turutkan aje.


Gambar dekat atas ni kiranya gambar terkakhir yang aku ambil dekat Pulau Pinang. Besoknya kami dah gerak balik ke Klang. Apa yang pasti aku seronok dekat sini walau keletihan yang teramat.

Perjalanan balik kami smooth aje walau kenderaan keliling agak banyak. Mungkin mereka juga dalam perjalanan balik selepas bercuti atau baru memulakan perjalanan pergi.

Kami berhenti sekejab dekat R&R Tapah. Lagipun dekat sini memang port pilihan sebab dia agak luas dan mempunyai kelengkapan yang pelbagai berbanding R&R lain.



Lepas tu kami sambung balik perjalanan pulang kami. Sambil tu kami layan syok sendiri dalam kereta. Apa lagi kerja kami, posinglah! Hehe!


Time sampai dekat mana entah, hujan lebat gila! Aku pesan Encik suami suruh pandu kereta perlahan-lahan sebab hujan lebat sangat.

Lampu pun aku suruh pasang takut pemandu lain tak nampak.


Sampai dekat rumah hujan lebat ni. Agak takut jugalah.


Highway yang kami lalu ni, (highway apa entah) dia bagi tiket masa mula-mula masuk tol aje. Kita hanya perlu bayar tol bila sampai ke destinasi terakhir.

Mula-mula kitorang sampai Pulau Pinang hari tu, agak terkejut dengan charge tol yang perlu dibayar. Bila balik ni, kitorang dah standby amount yang mencukupi.


Apa yang pasti percutian kami di Pulau Pinang menambahkan satu lagi cerita menarik dalam kamus kehidupan kami.

Pengalaman yang manis lebih-lebih lagi bila ianya bersama keluarga tercinta! (^_^)

P/S - Percutian seterusnya, TERENGGANU! Can't wait!

14 comments:

  1. wahh seronoknya ^_^ jalan-jalan di pulau pinang ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...seronok!
      anyway, thanks singgah ye =)

      Delete
  2. wah..nak ke terengganu pula lepas ni yer?bestnyer sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..insya ALLAH ada rezeki
      kami pergilah hujung bulan ni =)

      Delete
  3. aiza pun bukan penggemar jeruk.. kalau ada makan, tapi kalau takde tak pernah mencari, hehe.. best lepas ni ke terengganu pula.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang tak makan jeruk agak lama juga
      sebab rasa ngilu bila makan
      kenapa nak makan benda yang menyakitkan...hehe

      ye insya ALLAH hujung bulan ke sana =)

      Delete
  4. Kalau pi Penang xbawa ole2 jeruk memang xsah namanye...
    Bukan main seronok anak2...mesti nak pergi jalan lagi tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah BM, beli sebab orang kata kena beli...hehe
      memang diorang seronok sangat
      tu yang priceless =)

      Delete
  5. wah..seronoknya.masing2 senyum lebar...hihi

    ReplyDelete
  6. Pergi pulau pinang kalo xbeli jeruk memg tak sah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak tahu
      dengar cerita orag aje
      tu yang beli walau hakikatnya tak makan pun
      bagi dekat orang aje =)

      Delete
  7. wah best tu dpt berenti kt jambatan..angin kuat tak ??.. lm dh tak g peneng nih..
    jeruk buah pala... ke tu..ehe..wajib beli tu kalu g peneng
    hai.. dok klang kan..nnt bg no phone..
    leh wasap ehe..mn tau sll je terserempak tapi tak kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. angin kuat gila kak izan, aisy dah jadi macam marilyn monroe
      sebab gaun dia asyik mengerbang aje
      tak tahulah kak jeruk apa, saya main beli aje
      tak belek sangat pun

      boleh! malangnya saya tak ada applikasi whassup
      handphone murah aje kak =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...