Dulu Tak Suka, Sekarang Terpaksa! (^_^)

9:17:00 pm Yana Yani 26 Comments

Time anak dara, aku tak pernah kisah sangat pasal kerja dekat dapur. Especially bab memasak. Entah kenapa memasak aku memang tak suka buat!

Bila dah kahwin, memasak adalah kerja yang terpaksa aku lakukan. Yelah kalau tak masak, tak makan pula kan? Hehe! Mula-mula kahwin memang cabaran juga nak masak ni.

Tapi practice makes perfect! Sedap dengan tak aje! Hehe!

Untuk breakfast pagi tadi, rancangan asal nak masak Chicken Tortilla balut dengan wrap cam Kak Roha. Beriya dok tanya Kak Roha. Dah pergi Econsave belek benda tu pun.

But in the end, tak jadi buat! Teringat Encik Suami tak akan makan benda yang dia tak biasa makan. Hatta ayam masak kunyit pun dia boleh kata benda pelik.

Ni kan pula benda gitu. Confirm lah tak!

Tak mahu ambik risiko, aku masak aje sosej goreng. Sedap aje nampak dia makan. Yang penting, licin! Baru boleh senyum bangga! Hehe!


Untuk tengahari, aku masak asam pedas ikan yang satu masa dulu takut nak buat. Selama aku kahwin, berpuluh kali percubaan nak masak asam pedas ikan. Sekali pun tak menjadi!

Sampai ke satu tahap, aku give up! Tapi semangat tu datang balik, dan ianya menjadi! Wah bangga dok buat asam pedas ikan menjadi! Hehe!

Sejak dari hari tu, aku dah boleh berbangga!


Untuk Afif dan Aisy, aku gorengkan ayam. Diorang masih belum mampu makan benda pedas. Afif bila tengok aku goreng ayam dia kata, "Wah, Mama masak ayam goreng Upin Ipin!"

Hehe! Tiap kali masak ayam goreng mesti dia kata ayam goreng Upin Ipin. Mungkin sebab Upin Ipin suka makan ayam goreng macam dia.


Gorengkan sikit tempe untuk Encik suami. Sejak aku kahwin, tempe tak pernah sekali pun miss dalam setiap hidangan. Mesti kena ada! Kata Jawa kan! Hehe!


Untuk aku pula, sayur! Kalau tak ada sayur, rasa macam pelik! Hehe!


Alhamdulillah, rezeki kami hari ni. Walau aku bukan lagi pangkat expert macam orang lain. Tapi aku tetap berbangga menghidangkan makanan hasil dari air tangan sendiri. Tu yang penting kan?

Sedap tak sedap belakang cerita. Tapi kata orang kalau kita masak dengan kasih sayang, semua benda akan jadi sedap! Hehe!

-------------------------------------------

Petang tadi Angah ajak keluar. Dia belanja kitorang anak-beranak cendol dan laksa. Cendol dan laksa ni pernah masuk dalam JJCM TV3 tak lama dulu.



Ni pun bukan kali pertama aku ke sini. Suka rasa cendol dia! Dah lah sedap, harga pun murah! RM1.50 untuk semangkuk cendol biasa. Berbaloi!

Laksa dia pula RM3.50 semangkuk. Sebelum ni Afif dan Aisy tak pernah nak makan laksa. Tapi tadi tak cukup! Sedap kata diorang!

Ni yang buat Mama nak cuba buat laksa pula ni! Hehe!


So begitulah ceritanya! Yang penting setiap benda yang dilakukan dengan kemahuan dan kesungguhan, pasti akan berjaya! Sekurang-kurangnya, itu yang aku percaya! (^_^)

Selamat berhujung minggu! (^_^)

26 comments:

  1. bila selalu masak kita akan lebih expert dalam menyatukan bahan2 perasa dalam masakan.. saya dulu masak la jugak masa bujang tp masakan berat2 tu jarang la.. tp bila dh kawen asben request apapun even benda tak pernah masak tetap masak dengan bantuan en google

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah cik lekit! saya pun banyak kali juga gunakan
      bantuan cen google
      sekarang insya allah boleh, en google kan ada!
      hehe, jadi dengan tak aje =)

      Delete
  2. sedap tu sis..air tangan sendiri lagi bagus..sebab terjamin kebersihannya...patut kulit sis cantik,suka makan sayur kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...camne tahu sedap ni
      rasa pun idak lagi...hehe
      tapi tulah kan, air tangan tu yang penting! =)

      Delete
    2. tengok pun dah tau..kathy suka roti sosej tu sis..

      Delete
    3. wah dahsyat! tengok pun dah tahu
      hehe...saya tak berapa pandai cam akak
      tapi setakat nak bagi kenyang boleh lah =)

      Delete
  3. betul tu.. selalunya permulaan mesti kena paksa diri, lama-lama mesti dah terbiasa dan sebati dengan diri kita..
    bagus yana memasak sendiri untuk family, ikhlas dan penuh kasih sayang tu..
    aiza yang bukan orang jawa pun suka tempe, dulu ada seorang kawan masa belajar orang jawa klang.. setiap kali balik lepas cuti semester mesti minta dia buatkan sambal tempe+kacang+bilis kering tu.. sedap hingga menjilat jari.. hehe..
    laksa penang tu kegemaran adik aiza.. selalu mak aiza yang masakkan tu, aiza tahu makan je.. hihi.. bolehlah yana masak laksa tu lepas ni kalau afif dan aisy dah suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tersangat betul aiza lagilah nak biasakan diri dengan tekak encik suami
      saya dibesarkan dengan makan pure melayu
      trapi encik suami, jawa! memula susah sebab dia nak masakan jawa
      tapi sekarang, alhamdulillah bolehlah sikit-sikit penuhi permintaan dia

      eh aiza suka ye, mak mentua saya ada jual tu
      kalau nak boleh pos..hehe =)

      Delete
  4. aduuhh ada ayam goreng,..nyum nyum

    ReplyDelete
  5. Ada orang kata, anak gadis yang tak suka memasak or tak pandai memasak, bila dah kahwin dia akan jadi pandai. Nampaknya betullah tu. Hehe.. Yeah, I don't have to worry about it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab apa pandai, terpaksa!
      cer kalau tak dipaksa, tak jadi juga
      hehe =)

      Delete
  6. Akk mmg x reti masak.hihii yg simple2 je boleh la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji anak-anak dan suami sudah biasa
      dijamu dengan air tangan kita kak
      tu lagi penting
      tak kisahlah pandai ke idak =)

      Delete
  7. hehe..betul tu yana!! mencuba haa tu yg penting..sodap tak sodap belakang kira hehe..
    sedaplah tu yana buat, kalau tak manakan licin dibuatnya.. yeorr dak? :)
    akak pon suka makan laksa..jjcm laksa n cendol tu kat mana yana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dah selalu cuba tu yang jadi sedap!
      dia suka makan sosej, tu yang habis!
      dekat sek 7 shah alam kak
      kedai dia tepi jalan aje =)

      Delete
  8. nak tak nak kena jugak, akhirnya kitalah masterchef di dapur sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betul tu
      mastefchef untuk dapur sendiri lah kan
      nak suruh orang lain rasa cam tak ada keberanian pula =)

      Delete
  9. huwaaaa cendol.... cendol...ahad lepas gi carik cendol tp gerai tk buka plk...terliur nye tgk gmbr ni... cendollllllllllll

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari kat tempat sama ke?
      sek 7 shah alam?
      biasa dia buka aje kan

      Delete
  10. ayam goreng memg sebijik mcm upin ipin punye..hehehe

    ReplyDelete
  11. tempe...akak suka tempe, betul tu yg penting rajin masak,sedap ke tak belakang cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sejak dah kahwin ni, memang tiap-tiap hari
      makan tempe kak =)
      ye, memang kena masak!
      practise makes perfect kan =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...