Tibanya 2014 (^_^)

3:17:00 am Yana Yani 15 Comments

Alhamdulillah kita semua masih bernafas dan dapat mengorak langkah ke tahun 2014 Masehi. Semoga tahun ni lebih baik daripada tahun sebelumnya. Insya Allah!

Dulu time zaman sekolah rendah (kalau tak silap), ustazah aku pernah tanya satu soalan yang sampai sekarang aku tak tahu jawapan. Even kalau tahu pun, aku lupa!

Dia tanya, "Kalau kamu semua tahu tarikh lahir kamu dalam kalendar Masehi, kamu mesti tahu bila tarikh lahir kamu dalam kalendar Hijrah. Siapa boleh bagi jawapan?"

Aku tak dapat bagi jawapan time tu. Yang aku cuma tahu aku dilahirkan pada 5 Syabaan menurut cerita Mak. Tahunnya tak tahu! Tapi check dekat sini baru tahu. Hehe!

Korang mungkin boleh cuba juga. Next time, bolehlah pula kita sambut hari lahir dalam kalendar Hijrah instead of Masehi kan (^_^)
-----------------------------------------------

Tadi Encik suami ajak kitorang keluar. Rancangan asal nak tengok bunga api. Tapi dia ajak kitorang singgah dulu dekat Uptown Shah Alam.

Tak buat apa pun dekat sini, window shopping aje! Hehe! Tapi tadi ada live band. Dahsyat suara budak yang perform tadi. Kata Anis, dia orang taman kami.

Tapi aku tak kenal punHehe!


Lepas tu kami singgah makan dekat salah sebuag kedai di sekitar Uptwon Shah Alam ni. Aku nak share dengan korang gambar Aisy tengah makan yang pada aku comel. Hehe!

Selalu kalau dekat kedai makan, aku suapkan makanan ke mulut Aisy. Tapi tadi dia tak mahu aku suap, kononnya nak suap sendiri.


Lepas aje makan dengan hasil suapan sendiri, tenaga dia jadi luar biasa! Hehe! Aktif semacam aje tadi. Terpaksa letak dia dalam stroller. Kalau tak, tak menang tangan nak monitor dia.

Afif yang kurang menyerlah tadi sebab dah mengantuk. Biasa dia memang tidur awal sebab jarang tidur petang. Asyik dok tanya bila nak tengok bunga api.


Aisy pun dah pandai shopping you all! Pening nak melayan dia memilih!


Acu pun pening dok layan anak saudara dia yang sorang ni. Hehe!


Afif jealous pula bila aku dok asyik snap gambar Aisy. Dia tutup muka adik dia macam nak kata, "Mama, sudah-sudahlah tu!"


Tak lama lepas tu kitorang keluar dari Uptown Shah Alam. Dalam perjalanan tu nampak percikan bunga api daripada i-City.

Aku ada snap gambar, tapi tak begitu cantik. Segan pula nak share. Hehe!

Berhenti kejab dekat dengan pintu belakang UiTM Shah Alam sebab nak tengok bunga api. Afif dah tidur time ni. Tadi bukan main beria nak tengok bunga api!

So gitu ajelah ceritanya. Eh, dah pukul 3 pagi rupanya! Time untuk tidur!

Chow korang! (^_^)

15 comments:

  1. Kalau ikut kalendar hijrah...umur dah lebih dr sekarang, hehe

    ReplyDelete
  2. rajin yana jalan2 diambang tahun baru....sonok budak2 dpt tgk bunga api....

    pandai betul aisy makan yeak....bersungguh hah tgk die makan..senang hati kan kalo anak jenis pemakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...hobe kitorang memang berjalan aje
      kalau hujung minngu memang tak lekat dekat rumah..hehe

      tulah, kebelakangan ni dan eksyen.
      tak mahu saya suap, konon dah besar sangatlah tu =)

      Delete
  3. WAH jln2 sakan ko ye ditahun baru.. aku duk umah jela.. paling2 pun g umah mak aku ngan MIL.. hehehe

    ReplyDelete
  4. wow..kathy lahir 29 rabiul akhir la sis...seronoknyer jalan2 yer..btw,selamat tahun baru 2014 sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...saya 5 Syaaban
      memula tahu dulu rasa teruja, tapi sebab dah terbiasa
      dengan tarik dan tahun Masehi, lupa je

      memang seronok kak oi, lagipun memang hobi berjalan =)

      Delete
    2. ye la sis..apa salahnya berjalan2,apatahlagi dengan hubby dan anak2..

      Delete
    3. tu lah, bila dengan keluarga berjalan
      rasa seronok tu sukar nak digambarkan

      beza kalau keluar dengan orang lain =)

      Delete
  5. assalamualaikum yana...selamat tahun baru yer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt kak
      selamat tahun baru untuk akak juga ye =)

      Delete
  6. bagus aisy dah nak suap makanan sendiri, mula-mula memang macam tu.. hehe.. malam tahun baru aiza melepak kat rumah je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya
      rasa kelakar pun ada juga tengok dia bersungguh tu

      saya jarang ada dekat rumah
      ada aje aktivitinya =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...