Mind Your Words! (^_^)
Tadi time tengah dok leka tengok berita, aku dengar bunyi kabinet dapur dibuka. Dalam kepala otak ni memang dah boleh agak kerja siapa.Siapa lagi kalau bukan Aisy. Ada aje kerja dia tau!
Dalam rumah ni tak ada ceruk yang dia tak pernah jelajah. Ada aje benda yang boleh dikerjakan. Kadang tak faham sifat explorer dia yang jauh berbeza daripada Abang dia, Afif.
Kalau berkunjung ke rumah orang, aku jadi malu sendiri. Yelah, orang mengata. Bila orang mengata, aku terasa! Macamana tak terasa. Anak!
Orang akan kata, jahatlah, nakallah! Any words yang buat kita sebagai Mama ni rasa tak sedap nak dengar. At least pada aku!
Buruk atau jahat camne pun pada mata kau, dia tetap anak aku!
Well, aku bukan manusia sempurna. Perasan marah dan kesal tetap akan wujud walau seboleh mungkin aku cuba menerima dengan cara yang positif.
Orang yang bercakap pun tak tahu nak tapis mulut. Aku rasa macam nak aje cakap, "Mind your words moron!"
Tapi tu lah masalah aku. Senyuman tetap aku ukirkan walau hati terguris. Macam dah jadi trademark! Hehe!
Sebab tu benda yang nak dicakapkan tak pernah sampai sebab hanya dicakapkan di dalam hati. Lagipun memikirkan mungkin akan ada hati yang terguris.
Aku rasa kalau aku yang terguris, aku boleh lagi handle. Hehe!
The fact is, mereka yang bercakap hanya mengenali insan kecil yang bernama Dayana Hanna Aisy ni secara zahir. Itulah silapnya mereka!
Insan kecil ni tak pernah lekang dengan senyuman. Bangun pagi, senyuman akan dihadiahkan kepada sesiapa sahaja yang mengejutkan dia dari tidur.
Begitu peka dengan keadaan sekeliling hinggakan perasan siapa sahaja yang tak ada di meja makan. Apa sahaja yang dibelikan untuk dia, pasti dia akan minta lagi satu untuk Abang dia.
Ada sahaja initiative untuk membantu walau kudrat dia tak sekuat mana. Yang pasti dia seorang yang amat manja dan penyanyang.
Teringat pula petikan lagu Boyzone
"And I could list a million things, I love to like about you, but they all come down to one reason, I could never live without you"
Mungkin the way mereka melihat adalah berbeza. Persetankan mereka sebab Mama lebih mengenali siapa sebenarnya Aisy! (^_^)
Assalamualaikum...slmt malam..hai aisy tak tido lagi ke... hihi..biasalah..anak macam macam nak geledah... dia nak tau semua..hihi.. pada saya..ok je..anak camtu bijak... kalau yg jenis dok senyap je... tu yg risau takut ada yg tak kena..kan...
ReplyDeleteapa pun org kata pada anak kita...kita sebagai ibu yg melahirkan...mesti akan terasa kan... gitulah..tapi akak pun sama..mulut tak menjawab...marah dlm hati je..ehe..
kita yg lbh kenal anak kita kan... siapa mereka nak nilai anak kita..hahhaah... fikir positiff je... janji anak kita sihat dan dan cergas..dah buat kita rasa bahagia...
:)
walaikumsalam wbt....selamat malam =)
Deletedah tido dah orangnya. selalu tak tido lagi
tu yang mama dia pun boleh mengadap laptop ni...hehe
entahlah kak, bila dah jadi mama ni
apa orang cakap atau buat pada anak, buat terasa sangat
saya tak kuat mana pun nak menangkis perasan, manusia biasa
hehe..aisy tolong mama masak ea..mama dok diam2..rilek je..:D
ReplyDeletesetiap anak2 ni yana tak sama dorang punya pe'el..dorang ni ada imaginasi tersendiri..kadang2 tak terjangkau dek akal kita yg dewasa ni...sapa yg tak sayang anak yana oiii...:)
saya tak tahan mulut orang kak!
Deletetapi sekarang tengah sedaya upaya untuk menangkis
sifat sensitif dan emosional tak bertempat tu
selagi kita dan anak² tak menyusahkan orang lain,biarlah apa orang nak kata sis..sedangkan orang berkata benar tentang kesilapan anak kita terasa,apatahlagi jika tak benar. manusia sekarang kerap terlupa untuk melihat kebaikan orang,selalu saja di cari kelemahan..
ReplyDeletehehe, saya rasa saya ni masih lagi terlalu keanak-anakan
Deletemenangani benda gini
betul kak, cuma sedikit sebanyak benda tu memberi
impak pada diri saya ni
orang yg lebih matang fikiran tak akan mudah melabel ank sekecil aisy itu....apatahlagi perkara yg negatif..apapun,sis sabar yer?ujian Allah tu..
Deleteentahlah kak, cuma setiap kali berjumpa
Deletebenda tu yang serapkan pada minda anak saya
dahlah selalu jumpa! adeh! tension!
taoi sekarang saya rasa mcam dah boleh terima
saya percaya hidup ni macam roda
nanti berbalik pada dia juga
Biasala kan. Mulut orang. Yang pe ting kita didik anak kita. Budak2 kecik biasalah nakal2. Tu tanda otak ligat berfikir. InshaAllah bila dh besar sket dh pandai duk diam. Anak akak dua2 hero, lagila cergas. Sabor je la yer.
ReplyDeleteterima kasih kak, tak berapa tahan orang bercakap aje
Deletesensitif saya ni ye
saya pun kena belajar kawal emosi ni
apapun terima kasih tuk peringatan tu =)
Jangan risau. Bersyukur. Bersyukur kita ada anak. Anggap saja yang bercakap tu sekadar nak menguji kekuatan mental.
ReplyDeleteSemoga Aisy.menjadi anak yg cemerlang.
betul kata akak.
Deletetiba-tiba saya bermuhasabah diri
tak terfikir benda gitu bila emosi lebih menguasai
terima kasih atas peringatan tu =)
Kalau akak memang malu dgr org ckp mcm tu kat anak.tu la lau nk pergi rumah org da pesan awal2,jgn itu ini.nnt mama malu.kalau buat j6gak nnt pergi mana2 tak bole ikut.
ReplyDeleteyang si abang saya boleh cakap gitu sebab dah berakal sikit
Deletesi adik yang susah sikit
dia belum faham walau camne pun saya marah
mungkin masa akan menentukan
assalam,
ReplyDeletesalam hujung minggu...alahai, dia nak tolong mama yer...
biasalah, anak2 seusia ni...semua dia nak mencuba...normal lah tu...
nanti mama takder kerje pulak kan... hehe
walaikumsalam wbt
Deletesalam hujung minggu bunda, hehe...memang tuklah kerja dia
saya sedang cuba mendidik diri sendiri bunda
tak tahu setiap anak tu berbeza
mulut orang memang macam tu yana.. selagi tak kena kat diaorang bolehlah mereka bercakap.. anak-anak tengah membesar memang dia nak explore semuanya, kalau dimarah jadi trauma pula nanti..
ReplyDeletetu lah aiza
Deletesaya tak berapa nak tahan
sekarang tengah belajar nak buat pekak aje =)
terlebih rajin ya anak dara mama sorg nih...selongkar kabinet dapo mama, pastu biorkan bersepah dgn muka tk bersalah.. hahaahaha
ReplyDeletehehe...tu lah zura wei
Deletehobi dia gamaknya =)
sama la kita..marah dan berkata-kata dlm hati je...org pun selalu ckp anak akak degil..sentap iolls tau,jgn la ckp mcm tu,dia budak2 kot byk benda dia nak explore..
ReplyDeletesep kak!
Deletememang sentap gila kalau orang cakap gitu kan =)