Mereka Seronok, Aku Bahagia! (^_^)
Sabtu adalah hari paling aku nantikan sebab boleh menghabiskan masa di rumah. Ditambahkan pula dengan telatah Afif dan Aisy yang menceriakan suasana.Walau kadang-kadang pening, tapi membayangkan kehidupan tanpa mereka adalah lebih sukar. Sebab tu kalau boleh aku nak berada disamping mereka sepanjang masa.
Lagipun hidup kita bukan menongkat langit kan? Hehe!
Hari ni macam biasa aku melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan Mama. Kelam kabut juga tadi tapi mujur anak-anak dah boleh diharapkan walau belum taraf sempurna.
Sekaranglah kena ajar supaya bila mereka besar nanti, mereka tahu apa yang perlu dilakukan sebab dah terbiasa. Betul tak?
Time aku tengah masak, Afif dengan style rambut pacak dia tiba-tiba datang dekat aku. "Mama masak apa? Wah, ayam! Afif nak tolong boleh?" kata dia.
"Panas ni, nanti terbalik" jawab aku tanpa menolong ke arah dia.
"Ala, Afif kan nak tolong Mama" kata dia lagi. Bila dah macam tu, aku bagi juga walau hati rasa takut. Biarlah dia rasa sekejab, kang tiba masa nak minta tolong tak mahu pula dia tolong kan?
Aisy pun sibuk nak buat juga bila nampak apa Abang dia buat. Tapi aku tak bagi sebab dia kecil lagi. Hehe! Biarlah dia menangis daripada aku yang menangis. Tak rela!
Merajuk sekejab orangnya. Hehe!
Petang pula macam biasa Encik suami ajak kami ronda-ronda ke Shah Alam. Entah berapa kali dok terpusing bandar Shah Alam tu.
At last Encik suami berhenti dekat Plaza Shah Alam. Cuci mata sekejab dengan sini. Lepas tu Encik suami dok beria tanya pasal Suzuki Swift. Macam nak beli aje! Hehe!
Terlanjur cerita pasal kereta ni kan, aku nak share satu rahsia. Aku tak ada lesen kereta! Lebih parah, drive pun aku tak reti! Kayuh basikal aje aku expert! Hehe!
Nak pindah rumah nanti aku kena juga pandu kereta. Mungkin sebab tu Encik suami asyik dok usha kereta aje kebelakangan ni. Korang rasa boleh ke idak aku drive nanti?
Lepas tu kitorang pekena roti canai dekat Restoran Pelita.
Singgah kejab dekat kedai lampu yang tak berapa jauh dari restoran tadi. Sambil tu berangan. Hehe! Suka dok tengok pelbagai keunikan lampu.
Harga dia pun "terlampau cantik" Ada satu patern yang aku tengok tu harga dia RM18,500! Baik aku beli kereta daripada beli lampu semahal tu. Hehe!
Sambil tu aku melayan anak-anak. Kang kalau diorang pecahkan, menangis aku!
Lepas tu kitoang balik ke rumah. Aku kena ratakan timbunan kain yang baru runtuh petang tadi. Hehe! Tak tahulah sempat ke tidak singgah blog korang.
Apapun selamat berhujung minggu korang! (^_^)
hehehe..nak di jadikan cerita,kathy pun tak pandai memandu juga sis..huhuhu..trauma..
ReplyDeletesep kak!
Deletesamalah kita =)
sedap nampaknya lauk sis masak tu..kari ke gulai..
Deletekari biasa aje kak, tak pandai amsak macam akak =)
Deleteseronoknya..kena g ambik lesen tu,boleh jd keperluan sekarang ni.hehee..saya ambik lesen pun dah tua tahun 2008.Dah ada lesen t,dapatlah suzuki swift tu..:D
ReplyDeletesaya takut sebenarnya dengar macam-macam cerita
Deletetapi bila dah darurat kena juga kan...hehe
insya allah kalau ada rezeki tu nanti =)
Yes..bila ank2 gembira ibubapa bahagia..teruskan xtvt ceria ini.
ReplyDeletewah. bagus afif dan aisy tolong mama nya memasak..
ReplyDeletelesen kereta tu boleh ambil nanti.. aiza ambil kereta auto saja lepas dapat lesen, hehe..
lampu hiasan sekarang ni mahal harganya..
afif dah besar sikit lagi boleh tolong mamanya melipat kain..
hehe...mood tengah rajin tu
Deletetulah aiza saya baru nak ambil ni, takut!
betul, mahal sangat. saje je survey harga
dia tak mahulah, biasa kalau si adik rajin nk menolong =)
nasib baik ada aisy, boleh tolong mamanya bila dah besar..hehe..
Deletejangan takut, insya-Allah boleh punya.. sebelum tu minta hubby ajarkan..
hehe...tulah pasalnya, mudahan sampai ke besar gitu
Deleteyes, yakin boleh...rakan muda!
tetiba teringat lagu rakan muda dulu plak...hehe
yakin boleh.. rakan muda.. hihi..
Deletep.s: salam maulidur rasul.. bersama kita berselawat ke atas baginda rasullullah saw.. :D
hehe...mudalah sangat ye =)
Deletep/s - salam maulidur rasul aiza
selamat bercuti esok.. 3 hari cuti tu..
Deleteterima kasih singgah aiza walau tanpa entry baru
Deleteapapun selamat bercuti untuk aiza juga! =)
semoga anak2 rajin tolong mama dia smp besar yerk...
ReplyDeleteinsya allah...hehe =)
Deleteseronok melihat anak-anak kita gembira, mama terasa sangat...suka, hepi... nyawa kita ni mereka semua kan..
ReplyDeletetulah pasalnya mama
Deletetengok diorang happy, kita lagilah happy kan
masak apa tu cik abang...nak chikit...
ReplyDeletehehe...entah lah dia bunda
Deletebest kan.. dapat luangkan masa dgn family.. i like!!
ReplyDeletehehehe belajar la drive keta eh... senang... bila nk pindah rumah barunya?
hehe...betul-betul
Deletedapat luangkan masa dengan diorang memang terbaik!
nampak gayanya kenalah sal oi, dah siap dah
tunggu kunci
uiss rajin nya abang afif tolong mama masak ea ?..mama masak apa tuuu..macam gulai jee..:)
ReplyDeletepi amik lesen dulu yana..karang encik hubby belikan suzuki swift baru sedap drive hehe :D
hehe...tiba time dia nak menolong
Deletekalau idak tak adanya!
hehe...memang nak kena ambik ni =)
ala sukanya rajin tolong memasak.. suka tengok keluarga bahaiga ini ,,semoga di rahmati Allah
ReplyDeletetiba time dia rajin tu...hehe
Deleteterima kasih, amin =)
nampak macam sedap je ayam dlm kuali tu.
ReplyDeletedon't worry kak, saya pon tak pandai drive. hehe.
but, you have too sebab kak dah berfamili..
salam perkenalan =)
hehe...bolehlah dibuat makan =)
Deleteyeke, samalah kita. sep sikit!
looks like i have to
salam perkenalan =)
sep sikit je? banyak2 taknak? sampai lebam pon takpe.
Deletemwahahaha =3
agak2 la wei sampai lebam
Deletetak cun nanti...hehe =)
Satu keperluan tahu memandu...mungkin berguna satu hari nanti. Belajarlah dan ambil lesen dahulu.
ReplyDeletetulah pasalnya BM
Deletesaya perlu juga belajar =)
Skang nih memg kne belajar memandu...dlu sy mcm tuh jugak xnk blaja tp ble pikir balik..amik ajela
ReplyDeleteye saya sedar pasal tu
Deletetapi baru sekaranglah, dulu tak ada rasa pun
hehe =)
amboi afif....rajin tolong mama yeak...skill dah ade tu...mane tau nanti besar jadi chef tersohor kan......haaaaaa...main laa mulut aunty lieya ni yeak heheeh boleh aunty lieya tumpang glemer gitu ekekeekekek.....
ReplyDeletehehe...dia memang minat masak sajak dari baby lagi
Deleteperiuk belanga saya memang dia kerap jadikan permainan
tak macam budak lelaki lain
tulahkan, manalah tahu! =)
Ya, betul tu.... bila mereka seronok, kita rasa bahagia sgt... rasanya sekrg mmg dah jd keutamaan para isteri kena pandai drive sendiri.. xpe, pelan2 belajar...
ReplyDeleteSalam perkenalan... ^__^
kan, merekalah sumber inspirasi kita!
Deletehehe...saya memang terpaksa juga belajar ni!
apapun terima kasih singgah sini ye =)
saya selalu bagi je kalau anak2 ckp nak tolong... bila dorang dah rasa dorang tak minta2 lagi... at least bg mereka rasa macam mana buatnya...
ReplyDeletemak aiii pengsan tgk rege lampu tu...!! 18k?!! aduyai....
tulah kan, saya tak mau jadi cam seorang member
Deletedia dah tua tapi semua kerja rumah dia yang buat
bayangkan nak iron baju pun mak juga buat
padahal dah 28 tahun!
tak rela saya!
tu la pasalnya, kira murah jugak tu
baru ni saya jumpa RM35,400
pengsan!
bagus sebenarnya ajar anak2 menolong dr kecik,tp kena pantau la kan, biar dorg pandai dan rajin menolong nanti...
ReplyDeleteakak lesen ada tp lepas bersalin anak kedua tak bawa kereta sampai skrg, tu ada ura2 en.somi nak suh drive sdiri pegi keje nanti..dah mula ketar lutut dah ni...hehehe
hehe...itulah niatnya kak
Deletepennting didikan awal, kalau idak suffer kemudian hari =)
yeke, tapi sekurang-kurangnya
dah ada lesen...hehe =)