Bila Guru Dijatuhkan Hukuman (^_^)
Beberapa hari ni heboh di media massa dan elektronik mengenai dua orang pelajar yang dijatuhi hukuman kerana tidak membuat kerja sekolah.Hukuman yang majoriti masyarakat beranggapan tidak rasional apabila dua pelajar terbabit digantung lonceng di leher dan disuruh makan rumput.
Mereka juga dikatakan dirotan atas kesalahan yang sama. Lebih mengeruhkan keadaan guru yang menghukum berbangsa lain dan pelajar yang dihukum juga berbangsa lain.
Malahan pelajar lain yang melakukan kesalahan sama, berbangsa sama dengan guru terbabit tidak dihukum.
Atas alasan ni, ada mulut-mulut atau yang terlebih bijak cuba menjadikan ianya satu isu yang lebih extreme.
Pada pendapat aku, tindakan guru terbabit lebih kepada menjurus kepada emosi yang terlampau. Sekiranya pertimbangan sewajarnya dilakukan, perkara ni tidak perlu dijadikan isu.
Malahan dalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama, sebarang tindakan yang bakal diambil perlu mengambil kira pelbagai sudut. Especially, sensitivity!
Ramai yang berpendapat hukuman ke atas guru terbabit terlalu ringan jika dibandingkan dengan trauma yang dihadapi oleh dua pelajar terbabit. Tamatkan sahaja perkhidmatan dia, habis cerita!
Guru memainkan peranan penting dalam mendidik jati diri seseorang individu. Malahan guru dianggap sebagai role model terbaik bagi setiap pelajarnya.
Dalam dunia serba kebendaan hari ni, tanggungjawab dan cabaran yang terpaksa diharungi oleh guru adalah amat berbeza daripada zaman parent kita.
Kalau dulu parent menyuruh anak dirotan sekiranya nakal atau sebaliknya. Sekarang terbalik! Hari ni cikgu rotan, besok dah keluar news disusuli dengan laporan polis!
Cuma dalam kes di atas, situasinya pasti berbeza sekiranya guru yang menjatuhkan hukuman adalah seorang yang berbangsa Melayu dan si pelajar pula berbangsa lain.
Diskriminasi ke atas bangsa Melayu yang sememangnya wujud sama ada disedari atau tidak oleh Melayu itu sendiri. Aku cakap camni, kang ada pula yang kata aku racist!
Tapi ada aku kisah! Racist pun racist lah!
------------------------------------------
Ketika di sekolah menengah, aku merupakan salah seorang pengawas sekolah. Aku pernah menyaksikan seorang pelajar yang sering dihantar oleh ibu dia ke sekolah.
Depan ibu dia bukan main lagi! Bila ibu dia balik, dia terus keluar dari kawasan sekolah.
Ketika tu kami sebagai pengawas tidak mempunyai authority menghalang pelajar tersebut keluar dari kawasan sekolah sekiranya loceng belum berbunyi.
Kami hanya mampu memandang sepi perbuatan dia. Tapi bila dia dikenakan tindakan disiplin kerana tidak datang ke sekolah untuk tempoh tertentu, si ibu menuduh cikgu menganiaya anak dia.
Aku saksikan sendiri peristiwa tu di depan mata.
"Cikgu ingat saya tak tahu yang cikgu sengaja nak aniaya anak saya? Semua benda yang anak saya buat salah!" jerit si ibu dengan bola mata yang amarah.
"Saya yang hantar dia tiap-tiap pagi. Balik pun saya yang jemput! Macamana cikgu boleh kata dia ponteng?" sambung si ibu sambil lengan baju disingsing seolah-olah mahu bergaduh.
Si anak di sisi hanya tersenyum bangga dengan perbuatan ibu dia. Sementara cikgu pula terpaksa mengeluarkan segala "bentuk perisai" untuk mempertahankan diri.
Aku pula hanya mampu melihat "kerosakan" yang dilakukan oleh si ibu. Malahan ibu yang sama pernah melarang kami mencatit nama anak dia kerana lambat datang ke sekolah.
Contoh yang pernah aku lihat di depan mata satu masa dulu menjadi satu pengajaran berguna pada aku bila mudahnya anak "dirosakkan" dengan cara yang kita tak perasan.
Peringatan untuk diri sendiri! (^_^)
P/S - Berpuluh kali aku dok olah entry kali ni (^_^)
pagi yana..
ReplyDeleteakak sependapat dengan yana..tentang hukuman tak rasional ' seperti ' melibatkan perkaumam..tak salah menghukum atas kesalahan yg dilakaukan..tapi biarlah berpatutan, jika suatu hukuman tu dah macam manyamakan manusia seperti haiwan..mmg patut pon ibubapa ambil tindakkan..
then..kes ibu yg telah ' merosakkan ' anak sendiri..nampak nah ibu tersebut tidak arif dengan situasi anak sendiri ..zahirnya mmg ibu tersebut menghantar dan juga mengambil anaknya sediri..dan pada hakikatnya, seolah-olah ibu tersebut melepaskan tanggung jawabnya hanya pada pihak sekolah :)
sekadar pandangan, tidak ada kena mengena hantara hidup dan mati hehe...:)
sebenarnya sama ada kita sedari atau tidak
Deleteianya tetap menjerumus kepada kontes perkauman
yang penting hukuman terhadap guru itu terlalu ringan!
kenapa tukar sekolah je..risau nnt murid sana yg terima pula denda yang buka bukan dari cikgu terbabit.. ..alahai nak jadi isu perkauman... cikgu pon kena stabilkan emosi..bkn mudah nak jadi cikgu kalau xder jiwa cikgu..
ReplyDeletetulah yang kebanyakan orang berpendapat
Deletemungkin atas desakan, hukuman tu akan dipertimbangankan balik
saya setuju pendapat akak, kalau emosi tak stabil
payah kalau memilih guru sebagai pekerjaan
walau apapun kesalahan pelajar,janganlah dihukum sampai mcm tu sekali,kesian kat budak tu,kalu mcm ni pny hukuman mmg cikgu tu nak kena la,tp kalu hukuman biasa je sekadar nak mengingatkan xpe la,perlu la berpatutan...kesian kot buat mcm tu
ReplyDeleteanak-anak ni perlu dipantau juga,jgn la lps dah hantar ke sekolah terus lps mcm tu je,kena tgk gak betul; ke anak tu msk sekolah lps kita hantar...risau gak kan sbb kita pun ada anak,harap2 dpt lah akak ni didik anak2 dgn baik
saya setuju kak, setahu saya kementerian pendidikan
Deleteada mengeluarkan standard operasi untuk jenis tindakan
yang boleh diambil
yang ni memang terlalu extreme, tapi cikgu tu
kena tukar sekolah aje! cer dia buat dekat murid lain pula
hukuman tak agak2, memalukan jer..lebih baik dia rotan je budak tuh..
ReplyDeletetu lah, en suami saya kata
Deletecikgu tu ada agenda tersendiri bila hanya
menghukum dua pelajar tu dengan cara begitu
tapi tidak pelajar lain
wallahualam
tertarik dgn tulisan yana pagi nie...tapi pada lieya laa byk lagi bentuk hukuman yg boleh diberi....mcm tulis balik kesalahan tu satu muek surat...tak siap homework bagi la hukuman tambah lagi 2 muke surat kerja rumah...ini di jadikan murid2 ni lembu...merepek laa hukuman tu..cube kalo kene kat anak sendiri..haa tau mengamok! ehh kan lieya dah emo ni hahahahahaha
ReplyDeletebetul lieya, cikgu ni adalah masalah emosi kot
Deletekalau anak dia sendiri yang kena
dia akan pastikan cikgu tu akan dapat pegang title cikgu lagi
diorang kan HEBAT benda gitu
kadangkala bidang perguruan bukan pilihan.sebab itu dia tension semacam kot?pengajaran di sini,kita jangan paksa anak pilih kerja yang tidak bersesuaian dengan jiwa dan minat dia..takut mendatangkan masalah emosi pulak..
ReplyDeletetapi saya rasa itu bukan alasan untuk dia melakukan
Deletependeraan emosi yang terlampau
saya rasa dia cukup matang untuk memikirkan natijahnya
kecuali dia berniat lain
wallahualam
yg tak elok,dia memalukan budak² tu depan kawan² dll....sekarang dua² tanggung akibat.. :(
Deletetulah pasalnya
Deletebila nafsu mendahului akal
errmm.. mama pernah 2 tahun menjadi guru sekolah rendah, adakalanya, memang menguji kesabaran dengan gelagat mereka. Mama juga pernah rasa naik geram dengan perbuatan mereka.... mungkin cikgu tu dah lama pendam kot dengan perangai budak tu, tapi kot ye geram, jangan bertindak di luar batasan, akibatnya merugikan diri sendiri. belajar bersabar lah sikit...
ReplyDeletemama bekas cikgu rupanya, saya baru tahu
Deletebetul pada usia begitu memang menguji kesabaran
tapi hukuman yang diberikan melampau
ia boleh buat pelajat terbabit mengalami gangguan jiwa
Memang x masuk akal hukumannya tu,akk x kisah kalau anak di rotan kerana x siap kerja sek.tp kalau kena mkn rumput mcm tu,wajib marah..hihii ank akk manusia bkn binatang,
ReplyDeleteSetakat kena tukar sek,x patut je kan.buang je terus.
saya pun rasa kalau setakat dirotan
Deletemasih boleh diterima sebab memang hakikat pelajar
terbabit bersalah. tapi makan rumput?
i mean, seriously? dah lah aibkan budak tu
tu memang penderaan emosi, kena buang aje sepatutnya!
itulah semoga di ambil iktibar apa yang berlaku ini
ReplyDeleteharap-haraplah =)
Deletecikgu kalau nak mendidik pun biarlah betul2... sedih!
ReplyDeletetu bukan namanya mendidik kak
Deletetu namanya penderaan emosi