Berkongsi Maklumat? Sila Berhemah! (^_^)

2:46:00 pm Yana Yani 22 Comments

UPDATE

Semalam ketika membelek helaian Kosmo!, aku tersentap membaca penemuan mayat seorang toddler yang dianggarkan berusia dua tahun di sebuah rumah kosong.

Mayat ditemui separuh bogel dan ada kesan darah. Mangsa dipercayai dibunuh.

Time baca tu kepala otak terus dok terbayangkan wajah Aisy. Nak tahu perkembangan lanjut, aku bertapa depan TV malam tadi tengok Buletin Utama.

Sayu hati bila mendengar berita yang memperincikan berita pembunuhan tu. Istighfar membayangkan kekejaman manusia yang mengalahkan binatang.

Mangsa disahkan sebagai Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah, dua tahun. Tadi aku tengok berita, laporan bedah siasat sudah diterima cuma belum ada conclusive.

Tiada bukti berlaku serangan seksual walau semalam media mengatakan sebaliknya.

Apa yang penting persoalan, kenapa manusia begitu kejam? Aku membayangkan kesakitan yang terpaksa diharungi mangsa sebelum kematian dia. BINATANG si pelaku!

Aku pandang Aisy. Membayangkan susuk tubuh mangsa lebih kurang Aisy. Masih belum mengerti antara salah dan benar, antara bahaya dan selamat. Mereka masih dalam dunia fantasi!

Macamana si pelaku boleh membunuh kanak-kanak yang masih belum mengerti apa-apa tu? Sebab dia SYAITAN? Orang camni patut di lupuskan dari muka bumi ni!

Berita tu juga ada mengatakan yang pihak polis masih lagi menyiasat tentang penyebaran gambar mangsa di laman sosial. Yang ni lagu satu SYAITAN!

Apa tujuan penyebaran gambar tu? Nak dapat Like terbanyak? Bangga bila ada orang comment? Atau bodoh tak bertempat?

Aku sebagai seorang Mama, amat MARAH dengan perlakuan tak berhemah ni. Walau hakikat sebenar tak tengok pun gambar yang disebarkan.

Pada si penyebar, sila bertanggungjawab sikit bila nak berkongsi maklumat tu. Jangan sibuk kejar popular dunia yang tak ke mana pun.

Apa yang pasti, si penyabar akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tertangkap dan didapati bersalah. Kan tak pasal-pasal! Serve you right!

So nasihat aku, befirkiranlah sebelum kita meyebarkan maklumat. Sekurang-kurangnya menghormati mereka yang mengenali mangsa. Think twice! Tak susah pun!

Image from joedigitalblog

22 comments:

  1. betul tu yana..kenapa kita perlu mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain..tak perlulah nak publish segala bagai..dah cukup menderitanya arwah takkala di perlakukan sedemikan..Allahhuakbar :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak faham kak
      manusia ni macam-macam, gila populariti tak bertempat
      sedih sangat saya baca

      dia tak berdosa

      Delete
    2. salam jumaat yana..
      akak beli wrap tu kat econsave je..harga 6 hinggit lebih..ada 8 pcs..:)

      Delete
    3. salam jumaat kak
      kat econsave aje ye, awat tak pernah nampak
      hehe....okay2
      nanti saya usha, mekasih kak =)

      Delete
  2. berita yang paling stress minggu ni bila terbaca.. nak2 lagi kita ada anak sebaya budak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah cik lekit
      saya terasa sebab kita ada anak lebih kurang umur tu

      apa nak jadi dunia hari ni

      Delete
  3. mmg sedih berita budak 2 tahun tu.... kejamnya manusia... mmg tak boleh nak bayang!! :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita rasa sedih sebab kita pun mak
      terbayang anak sendiri kan
      kejam mengalahkan binatang!

      Delete
  4. al-fatihah kepada adik syafiqah.. setuju sangat dengan entri yana ni.. tak seharusnya perkara yang mengaibkan begitu disebarkan sesuka hati.. cuba terkena pada saudara sendiri atau anak sendiri tentu kita marah.. jangan hanya nak mengejar trafik atau like sehingga sanggup membuka aib orang lain.. yang geramnya benda macam tu cepat je orang share dan re-tweet.. masalahnya ada segelintir orang malaysia ni selalu nak jadi orang pertama yang sebarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal budaya orang gila popular camnilah
      dia tak fikir natijah dia dok buat gitu
      tunggulah tindakan undang-undang nanti

      patit bagi hukuman setimpal sama macam si pelaku
      bila kita sebarkan, kita pun sama cam pelaku tu

      Delete
    2. salam jumaat yana.. semoga dihukum dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya itu..

      Delete
    3. salam jumaat aiza
      itulah harapan semua rakyat msia yang bersedih
      atas kelakuan kejam ke atas si kecil
      walau dia lepas hukum dunia sekalipun

      tunggu hukuman akhirat yang dia tak boleh lari!

      Delete
  5. walaupun alia lebih besar dari arwah adik tu,namun kathy bayangkan susuk tubuh tak jauh berbeza..sakit hati bila kenangkan mangsa di perlakukan dengan kejam oleh syaitan bertopeng manusia..manusia semakin hilang peri kemanusiaan.tidurlah biadadari kecil,di sana lebih baik buat mu. alfatihah :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan kak, kita yang ada anak ni
      memang terkesan dengan berita camni
      sebab membayangkan keadaan mangsa saat diperlakukan camtu,
      automatik teringat anak sendiri

      kekejaman yang melampaui batas kemanusian
      syurga sudah semestinya tempat
      insan yang tak berdosa ni

      Delete
  6. Dah lama tak singgah sini. Dah lawalah blog ni.

    Ya, setuju. Kita harus patuhi etika sebagai seorang blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak apa. tak adalah lawa mana pun cikgu

      bukan setakat etika sebagai blogger aje, tapi
      tanggungjawab sebagai ahli masyarakat

      Delete
  7. Siksa kematiannya,tp syurga tempatnya.al fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak, membayangkannya pun buat
      kita rasa sebak apatah lagi dia yang merasa

      betul, syurga sudah semestinya untuk insan tak berdosa ni

      Delete
  8. yeee yana....lieya mule2 tertengok org share pic adik tu....adoi yg share pun main share ajek...tekejut tgk pic yg sgt tragis tuh....yg pasti mmg tersentuh hati tgk kan yana....kenape laa dunia makin kejam...si pembunuh tu takde otak ke....tu laa payahnye kalo dah dibawah pengaruh dadah...nyawa org lain tak dipikirnyer....

    moga2 si pembunuh sial tu dpt pembalasan yg setimpal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan lieya, ish bodoh terlampau
      tak sensitif langsung, kalau kena pada diri sendiri camne

      saya bila tahu cerita ni memang rasa sedih, marah
      semua ada! tak selayaknya budak tu diperlakukan camtu
      walau apa bentuk kesalahan dia
      tapi kalau dah dipengaruhi dadah, apa pun boleh jadi

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...