Dia Suka Sangat! (^_^)

11:36:00 am Yana Yani 2 Comments

Semenjak Afif dah sekolah ni, rasa makin sibuk pula. Tak terkejar nak buat semua benda. Mungkin baru awal tahun agaknya. Baru tengah nak adjust masa dan semua hal. Sooner or later okay la tu agaknya.

Berbalik kepada cerita Afif, semalam Afif secara rasminya pergi ke sekolah. Tapi berdasarkan taklimat hari tu, untuk dua hari ini sekolah hanya setakat pukul 10:30 pagi sebab orientasi sahaja.

Semalam susah juga nak kejutkan Afif, nasib baik Papa ada. Kalau tidak, naya juga! Tapi lepas dia dah mandi, dia ceria balik. Bila tengok aku dah hidangkan sarapan, dia tanya, "Ni apa Mama?"

"Keladi goreng tu!" jawab aku sambil menyapu bedak ke muka dia.

"Ee, tak mahu lah! Tak sedap!" jawab dia.

"Tak baik cakap macam tu depan makanan tahu! Tak nak tak apa, orang lain boleh makan nanti! Mama buat roti bakar nak? Nanti lapar dekat sekolah" bebel aku panjang lebar.

"Nak! Mama letak planta tau sama gula!" jawab dia.


Lepas aje dia sarapan, kami (aku, Encik suami dan Aisy) hantar dia ke sekolah. Tunggang motor, padahal jarak rumah dengan sekolah dekat aje!


Masa kita orang sampai, budak-budak lain dah sampai dah. Kelas pun dah penuh! Kami lambat lagi! Hehe! Tapi tak apa, mula-mula ni aje! Hehe! (Alasan!)


Aku dan Encik suami intai Afif dari luar tingkap kelas. Lega tengok Afif time dalam kelas tu. Tak buat perangai, happy aje! Seronok tengok dia macam tu. Paling kelakar bila cikgu tanya siapa nama dia.

"Ni siapa nama?" tanya cikgu sambil tangan dia membuka zip beg Afif. Lepas tu dia selongkar satu per satu barang dalam beg cuba untuk mencari klu siapakah nama Afif!

"Afif Haziq Fiqrullah!" kata cikgu tu dengan agak tergagap ketika membaca nama yang tertera pada kotak pensil Afif.

"Ya Allah nama! Susah cikgu nak sebut! Sampai terbelit lidah cikgu ni!" kata cikgu tersebut dengan senyuman terukir di bibir.

"Baru cikgu tau!" bisik Encik suami kepada aku disusuli dengan ketawa.

Masa aku nak tinggal Afif, ada seorang budak meraung sampai berlari keluar. Takut juga Afif buat macam tu, sebab biasanya benda macam tu boleh berjangkit. Tapi Alhamdulillah, dia okay aje! Kami pun tinggalkan dia dengan senang hati!

Aku tengah tengok TV bila aku dengar riuh rendah suara budak-budak.

"Afif rehat! Ayang nak pergi intai dia!" kata aku pada Encik suami.

Cuba cari mana Afif. Jumpa tak? Yang pakai baju putih, tengah leka main pasir tu!

Punyalah dekat jarak rumah, siap boleh intai lagi! HeheTak lama lepas tu aku pergi ambil dia dari sekolah. Parents lain pun ramai yang tengah dok tunggu anak masing-masing.

Aku tersenyum bila nampak kelibat Afif dicelah-celah kawan-kawan baru dia. Dia terus berlari ke arah aku bila nampak aku.

"Mama, Afif dah balik!" kata dia.

Suasan sekolah Afif time balik
 
Muka letih aje balik dari sekolah!

Sampai aje dekat rumah, dia kata dengan Papa dia, "Papa, tadi Afif baik dekat sekolah! Afif nak KFC Papa!" kata dia.

"Bolehlah Papa!" pujuk dia bila Papa tak bagi respon.

"Adik tidur tu, nanti adik bangun kita pergi ye!" kata Papa.

"Yeah! Afif nak makan KFC!" kata dia berulang kali. 

"Mama, Afif nak telefon Wan Mama!" kata dia pada aku. Aku call Mak dan menyerahkan telefon kepada Afif. Tak lama kemudian riuh aku dengar dia bercerita pengalaman pertama dia di sekolah dengan Wan.

So tengahari tu dapatlah makan KFC disebabkan Afif! Lama juga tak makan ni. So goodHehe!

2 comments:

  1. baik kat sekolah dapat KFC.. benda2 camni kdg2 blh jd pendorong utk budak2 yg br kenal sekolah sementara dia nak pandai fikir sendiri kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...tak juga cik lekit oi. biasa saya tak bagi anak-anak benda-benda macam tu. bila anak dah minta, tak sampai hati nak kata tidak. kali ni aje, pejam mata aje lah! (^_^)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...