Bila Benda Baru (^_^)

9:38:00 pm Yana Yani 35 Comments

Aku seorang penggemar redemption program especially bila benda tu memang barang kegunaan aku dan keluarga. Dalam dompet aku pun penuh dengan segala reward cards. Hehe!

Cuma yang paling kerap aku buat penebusan adalah Anmum Club. Awal tahun lepas aku dapat catogue untuk redemption. Dapatlah redeem beberapa barangan time tu.

Dah nak masuk hujung tahun aku diberitahu program penebusan dilanjutkan sehingga penghujung 2013. Kebetulan hujung sudu dah banyak, bolehlah buat penebusan.

So aku redeem barang dekat bawah ni. Kira cam free walau hakikatnya habis beribu ringgit untuk benda camni aje! Hehe!

Kalau nak suruh aku beli jenama ni, memang kirim salamlah! Hehe! Fakta yang tak boleh dinafikan! Especially dalam ekonomi cam sekarang ni!

Berfikir juga nak membeli barangan yang tidak perlu! Lagilah bila boleh dapat lagi murah walau tak brandedkenapa nak membazir ye dak? Hehe!

Nak dijadikan cerita, barang penebusan tu aku dapat tadi. Excited budak berdua tu bila aku dok buka bungkusan sebab diorang memang tahu mesti ada something untuk diorang.

Sambil buka aku dok explained, "Mainan ni Adik punya ye. Tapi kalau main sama-sama lagi bagus!"

Dua-dua mengangguk tanda faham.

Tapi sekejab aje sebelum benda "baru" tu jadi bahan rebutan. Maklumlah benda baru! Pening sekejab nak leraikan pertelingkahan tu. Dua-dua sayang ni, macam mana?

Rasa menyesal pula dok redeem satu barang aje. Fikirkan bolehlah berkongsi. Rupanya, tak!

At last, dengan nada marah aku dok kata, "Kalau nak rebut cam gini, simpan! Biar dua-dua tak dapat! Habis cerita!"

Afif akhirnya mengalah walau muncung dia panjang mengalahkan hidung Pinocchio. Aisy pula bila tahu kemenangan memihak dia, happy!


Walaupun mengalah, Afif masih tak berapa puas hati. Dia jerit dekat Adik dia, "Adik ni jahat! Abang tak mahu kawan Adik sampai bila-bila!"

Aisy pula selamba aje kata, "Tak yeh!"

"Drama swasta" ni berlanjutan beberapa ketika sebelum aku nampak Afif perlahan-lahan menghampiri Adik dia. Aisy pula dengan rela menghulurkan beberapa bentuk kepada Abang dia.


Tak lama lepas tu aku nampak Afif dah berjaya menopoli benda baru tu! Ewah! Hebat kau ye siap boleh buat peace lagi!


Aisy pula mudah bosan dengan sesuatu barangan tu. Biasa tak lama pun dia excited sebelum dia beralih kepada periuk belanga aku. Adeh!

Menyusu aje dia tak pernah bosan! Hehe! Entah bila boleh ceraikan dia dengan botol susu tu.


So itulah dia cerita aku dan anak-anak aku! Bila dikelilingi mereka, suasana tenang pun jadi ribut! Despite dari segala karenah mereka, sayang aku tak pernah berbelah bagi.

Merekalah segala-galanya bagi aku dan juga penyebab untuk aku meneruskan kehidupan dan bercita-cita! Terima kasih ALLAH atas anugerah yang tak ternilai dengan segala harta di dunia ni (^_^)

35 comments:

  1. Seronok melihat keletah mereka...hehehe Biasakan beli satu jer, biar mereka belajar berkongsi. Jika tidak nanti, mereka biasa nak sorang satu...pening tu! Gaduh budak2 biasanya tak lama...tapi kalau berlarutan/lama payah juga ye...kena bertindak segera!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga tu kan...memang pening juga memula tu
      tapi lepas tu bila dah berdamai
      amanlah sekejab...hehe

      Delete
  2. seronok dorg dapat mainan baru hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya, terlebih seronok
      sampai jadi rebutan =)

      Delete
  3. Biasa mmg mcm tu,sama lah akk,kalau berebut saya ambik simpan terus,semua tak dapat main.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang saya practise kan sekarang
      menjadi juga sebab diorang belajar
      untuk berkongsi =)

      Delete
  4. comey arr barang tuu..nampak sesuai tuk aisy.. tapi mmg arr bebudak memula je berebut kan main masa memula dapat..dh lama... tak diperdulikan pon...kita lak rasa menyesal... redeem brg tu untuk anak ke untuk diri sendiri..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal comellah redeem...hehe
      tapi memang betul part tu, mula-muka kan baik lagi
      dah lama, dibuang pun tak heran

      mesti untuk anak kak wei...hehe

      Delete
  5. seronok tgk 1 happy family.. semoga keluarga anda kekal bahagia selama.. :-)

    ReplyDelete
  6. comel barangnya..oklah tu sis...biasa budak² berebut.anak² kathy yg besar² ni pun selalu usik alia,kacau barang mainana dia yg baru..apalagi menangis la ank dara tu..hehehehe..pening kepala sekarang sis,kathy tak boleh update entri baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab comel redeem..hehe
      biasa benda baru memang jadi gitu, tunggu jab lagi
      tak ada siapa nak peduli pun
      hehe...kesian alia kena sakat

      nape tak boleh update ye
      pelik juga tu

      Delete
  7. samalah akak yana..kalau takat nak membeli..mmg kirim salam jelah hehe..
    lain kali tebus dua sekali hehe..baru adil kan aisya dan afif :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu lah kak. time gini aje baru boleh
      nampak gayanya gitulah kak =)

      Delete
  8. comel2 barang2 tu...sapa punakan berebut hehe..
    salam kenal dari akak...follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu la pasalnya
      terima kasih singgah ye kak =)

      Delete
  9. mula-mula dapat mesti excited.. elok juga yana ajar mereka share macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...barang baru lagipun
      tulah kena ajar gitu kalau idak haru!

      baru 2 dah pening aiza wei! kalau tambah lagi camne ni? =)

      Delete
  10. happy la dua beradik tue dapat mainan baru yer..lepas nie kena beli sorang satu la utk elak depa dok berebut.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, bukat takat happy aje
      berebut! hehe =)

      Delete
  11. akak tak pernah redeem apa2 lg..hehehe

    seronok jugakan dpt mainan mcm tu,klu nak beli sendiri mmg tak beli la akak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya ni memang dah jadi hobi kak!
      lagipun tujuannya nak bagi anak happy aje =)

      Delete
  12. comeynya... mesti excited dak 2 orang tu mula2 dapat... hehe...
    Anak2lah penghibur kita... biarlah cam ribut pun... satu hari nanti kita akan terkenang balik saat2 membesarkan diorang... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu la pasalnya
      kan kak, merekalah segalanya
      pasti dok teringat semua ni suatu hari nanti =)

      Delete
  13. untungnya dpt brg mainan nih..mahal nih kalo nak beli kan..untung dpt free...

    ReplyDelete
  14. wahhh seronoknya ^_^ dapat mainanan baru.. dulu acik tak merasa macam gini..dulu hidup susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala acik, kalau kamu cite pasal dulu
      akak pun tak merasa juga

      lain dulu dan sekarang, tapi kasih sayang tetap sama =)

      Delete
  15. Replies
    1. kenapa mama diorang pula yang perasan ni
      hehe =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...