Dah Mula Dah! (^_^)

11:30:00 pm Yana Yani 20 Comments

Semalam time aku tengah sedap dibuai mimpi, tiba-tiba terdengar suara halus Afif cuba mengejutkan aku. Aku masih dalam keadaan mamai, "Kenapa?"

"Afif lapar!" kata dia sambil meletakkan dagu dibahu aku yang masih dalam pembaringan.

"Lapar?" tanya aku minta kepastian sambil mencari telefon untuk melihat jam. Time tu jam baru menunjukkan pukul 5:30 pagi.

Aku gagahkan diri untuk bangun mencari sesuatu untuk dimakan si bujang. Dia pula membuntut dari belakang. Memang nampak lapar budak ni. Tak pernah dia buat macam ni.

"Nasi ada tak Mama?" tanya dia.

"Sekarang mana ada nasi, roti ada nak tak? Biskut pun ada ni. Afif nak yang mana?" tanya aku sambil mengeluarkan semua benda yang boleh dimakan.

Dia pilih biskut lepas tu terus berlalu ke bahagian ruang tamu. "Papa balik lama lagi ke Mama?" tanya dia sambil biskut disuakan ke mulut.

"Kejab lagi baliklah" jawab aku ringkas. Aku cari bantal dan baring disebelah dia. Mata terasa mengantuk. Afif pula masih sibuk dengan aktiviti mengunyah.

Tak lama lepas tu Encik suami yang bekerja shift malam, balik. Belum pun Encik suami duduk Afif tiba-tiba bersuara, "Papa Afif rasa macam nak demam"

Encik suami yang dapat menghidu niat Afif membalas, "Hari ni aje sekolah, besok dah cuti dua hari"

Aku yang mendengar terasa nak tergelak. Sekolah baru dua minggu Afif dah mula dah bagi alasan. Alahai, anak! Tak lama lagi akan keluarlah alasan tak munsabah dia macam sebelum ni.

Mujur dia tetap ke sekolah macam biasa tadi (^_^)


Aisy pula bangun pagi sentiasa berikan aku hadiah berbentuk senyuman. Ni yang buat aku sejuk hati walau tengah marah macam mana pun.

Senyuman tu yang menguatkan semangat aku untuk menempuh segala ragam di tempat kerja.


Aku akui most of the times memang pening dengan karenah dah ragam Afif dan Aisy. Tapi tanpa keriuhan mereka especially di waktu pagi, hari aku tak akan bersinar macam biasa.

Afif dan Aisy agak sukar nak bangun dengan hanya sekali panggilan. Disebabkan tu aku terpaksa jadi tarzan untuk mengejutkan mereka dari tidur. Tapi aku rasa seronok! Hehe!

Membayangkan kehidupan tanpa mereka adalah sukar!

Afif dan Aisy, Mama sentiasa mendoakan kebahagian kamu berdua di dunia dan akhirat (^_^)

20 comments:

  1. best dah ada anak.. aiza menumpang bahagia tengok anak orang je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya ALLAH aiza, ada rezeki tu nanti
      semuanya ada sebab =)

      Delete
  2. budak-budak kak, anak mama pun sama.. dulu masa tadika nak kejutkan sampai menangis-nangis... sekarang dah besar, senang sikit dah... :) dorang letih tu kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah mama, nak tunggu dia besar dan faham tu
      yang macam menguji kesabaran
      hehe...hopefully semua okay tak lama lagi =)

      Delete
  3. Replies
    1. hehe...saya pun tak tahu camne
      dia boleh fikirkan semua alasan tu

      Delete
  4. macam2 kerenah. Teringat zaman kecik2 dulu. Macam2 alasan sbb xnak pegi sekolah... tapi mak x percaya. Kena la gak pegi. Sama je perangai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya...hehe
      saya dulu agak rajin juga ke sekolah
      jarang bagi alasan, tapi tiba time anak
      seribu alasan dia boleh bagi =)

      Delete
  5. haha..tu baru level satu yana !..tunggu sat lagi kompom ada level 2 nya hehe :D
    biasalah tu..ragam anak bersekolah tu baru tadika..next year dah start tahun 1,sampai kepetang bersekolah apalah gamatnya pulak yek afif :)

    apa2 pon afif still nak pi sekolah kan! gud boy :)

    " have a nice weekand, yana! "

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ada pelbagai level ke kak, ni yang buat ngeri ni...hehe
      dia sekolah sampai petang ni kak
      memang sengaja nak bagi dia biasakan diri

      tak tahulah berapa lama dia boleh bertahan

      have a nice weekend kak =)

      Delete
  6. Karenah anak anak kan..walaupun kadang buat kita geram n nk mrh tp tuh la sbnrnye penyeri kite

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tanpa mereka
      tak akan ceria hidup kita =)

      Delete
  7. alahai..anak mama..macam2 ragam anak2 ni sis..

    ReplyDelete
  8. ooo ngelak tk mo gi skolah rupanye.. hahahaah...kiut nye dia ckp !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya, tak sampai sebulan dah start dah kuar alasan dia =)

      Delete
  9. amboi afif, dah pandai bagi alasan yea.... macam boleh geng je dengan abg faris... hahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu lah pasalnya
      macam mana entah dia boleh terfikir nak bagi alasan
      cam gitu...hehe =)

      Delete
  10. pandai afif ye..taknak pegi sekolah ada je alasan dia ye...hehehe

    itu la tak dapat nak bayangkan kalu sehari tanpa kerenah anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu la pasalnya kak
      memang ada aje alasan dia!

      kan kak...dunia ni lebih sempurna adanya diorang =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...