Kenapa Mama Tak Sembahyang? (^_^)

11:35:00 pm Yana Yani 26 Comments

Semalam semasa aku tengah leka menonton rancangan kegemaran aku, Majalah 3. Afif tiba-tiba bertanyakan soalan yang buat aku pening nak bagi jawapan.

"Mama, kenapa Mama tak sembahyang?" tanya dia yang duduk disebelah aku.

"Mama cuti!" jawab aku bersahaja.

"Afif tahulah Mama cuti. Tapi kenapa tak sembahyang?" tanya dia lagi bersungguh-sungguh.

Aku biarkan soalan tu tanpa jawapan. Sambil tu dok fikir macam mana nak explain. Ligat kepala otak aku dok cari idea. Malangnya tak jumpa!

"Kalau kita cuti pun, kita kena sembahyang tau!" sambung dia lagi.

Wah, dah macam ustaz cara dia bercakap! Macam mana nak jawab ni? Then aku jawab, "Mama perempuan, orang perempuan memang cuti tiap-tiap bulan"

"Yelah, tahulah cuti! Tapi kita kena sembahyang tau!" tambah dia lagi.

Adeh! Aku tak boleh jawab dah! Aku pula yang pening dengan soalan dia  ni. Aku pandang Encik suami yang baring di bahagian ruang tamu. Kot lah dia boleh buat "pertolongan cemas"

Dan-dan aku pandang aje dia, dia tutup mata! Macam tahu-tahu aje kita nak minta tolong. Nampak gayanya terpaksalah aku "berjuang" berseorangan menjawab soalan bombastic anak dia ni.

Belum sempat aku bagi jawapan, tiba-tiba dia jerit. "Mama apa tu?" tanya dia dengan penuh curious sambil tangan dok tunjuk ke arah TV.

Dalam hati aku kata, "Argh, Selamat!"  (^_^)

---------------------------------------

Gambar dekat bawah ni tak ada kena mengena dengan cerita di atas. Just nak share dengan korang minat mendalam anak aku dalam bidang lukisan dan mewarna.

Darah seni yang memang diwarisi daripada Aki dia tu memang dapat dilihat dengan jelas kebelakangan ni.  Untuk pengetahuan, Abah aku seorang pencinta seni lukis.

Abah tak pernah dapat pendidikan asas dalam seni lukisan, dia melukis pun didorong oleh minat yang mendalam dalam bidang tersebut. 

Satu hari nanti aku akan share gambar lukisan Abah pada korang. At this moment, aku nak share gambar Afif yang sedang tekun mewarna dalam pelbagai aksi.

Check it out! (^_^)

 

Nak tengok tak hasil lukisan Afif? Tadaaa (^_^)

26 comments:

  1. Kena terangkan juga... Jgn sampai dia tanya org lain pula. Tanyalah kpd yg berpengalaman cara menjawabnya.
    Afif memang berbakat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tahu camne nak menjawabnya BM
      tanya dekat mak, dia suruh saya pretend sembahyang

      hehe...mungkin dah ada dalam darah dia =)

      Delete
  2. susah juga kalau tiba-tiba anak bertanya macam tu.. mungkin kena terangkan hal yang sebenar dengan cara yang ringkas dan mudah dia faham.. contohnya bagitahu pada afif keistimewaan wanita di dalam islam dan salah satu keistimewaannya adalah tak boleh sembahyang pada setiap bulan.. aiza cadangkan je, anak pun takde lagi ni.. hihi..
    wah.. kusyuk betul afif mewarna.. semoga dapat dikembangkan lagi bakat dia dalam bidang lukisan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya aiza, pening juga sebab kita tak terfikir kan
      tiba-tiba tanya gitu, ha ambik kau!

      susah sebab dia belum usia yang faham benda gitu
      jab lagi bulan posa pula
      kena belakon ni

      Delete
    2. mungkin betul kena berlakon juga sehingga dia mula faham..

      Delete
    3. tulah pasalnya...hehe
      ambil pengajaran ye aiza =)

      Delete
  3. sebab tu if kita x boleh solat mak2 duduk juga kat tikar sejadah spy anak ingat maknya solat.. yg ni ustaz ape eh yg ckp x ingt dgr ceramah la ni.. byk sgt ustaznya.. rasanya ustaz kazim kot.. sbb apa kena duduk juga kat tikar sejadah?? sebb nilah.. spy anak x tny soalan yg mcm ni yg kita pn x tau nk jawab mcm mana.. kalau kita jawab anak pun x fhm lg.. so duduk je atas sejadah tu & menampakkan pd anak2 yg kita solat setiap hari... hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah sal, kena praktikkan cam kau cakap
      mak aku ada kata gitu juga
      tapi yelah kan, aku manusia biasa. lupa!

      bila dia dah tanya, ambik kau!
      terkebil-kebil nak menjawab
      apapun terima kasih, next month aku kena berlakon ni =)

      Delete
  4. Salam kenal..sya snggh blog kak kathy..sya folo blog yana yani..pandai afif mengaler ni..cntik ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal, terima kasih follow sini

      hehe...bakat semulajadi tu =)

      Delete
  5. hehehhe..pandai afif..wah,soalan cepu emas dari afif sampai tak terjawab mama dia..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh kak! saya pening time tu
      sebab tak terfikir dia nak tanya gitu
      ambik kau! bila dia tanya. baru tahu terkebil-kebil!
      hehe =)

      Delete
  6. memang cam tulah yana, kalau anak dah bersekolah..ada jek soalan cepumas yg tak terlintas dek fikiran kita hehe :D

    berbakat besar adik afifi dalam bidang melukis..cantik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan, saya tak terfikir dia tanya gitu
      soalan pun tak pernah standby
      sekarang apa saya pakai pun dia tanya
      kenapa pakai gitu, pening juga kan =)

      terima kasih, nak asah lagi tu. manalah tahu kot jadi pelukis

      Delete
  7. soalan maut tu... memang maut...

    kagum tengok lukisan tu. Macam bukan budak2 nyer level

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang maut sungguh!

      mungkin sebab minat kot dia boleh buat sampai gitu
      tapi color kita bagitaulah yang mana sesuai
      cuma bab color memang 100% air tangan dia

      Delete
  8. Pening kepala jugak kan nak jawab bile anak tny nape kite x solat

    ReplyDelete
    Replies
    1. pening sangat! lagipun time tu
      tak terfikir jawapan nak bagi =)

      Delete
  9. cantiknya pandai afif mewarna...mmg berbakat ni

    kalau akak pun mungkin taktau jawapan apa nak bagi kat anak kalu ditanya soalan mcm tu...hehehe
    hari tu dia tnya kenapa dia takde masa akak kawin pun dah pening nak terangkan...hahaha sudahnya senyap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. keturunan gamaknya...hehe =)

      adeh time tu pening nak jawab kak
      sebab tak terfikir tau, lainlah kalau kita dah standby

      Delete
  10. Anak saya pun selalu tanya soalan mcm tu,mmg blur nk jwb.
    Cantik lukisan tu,afif lukis sdri ke..pndainya warna pun x comot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...pening sebab kita tak terfikir dia nak tanya gitu
      warna saya ada advise tapi memang semua dia
      yang warna sendiri. 100% =)

      Delete
  11. cuti pada fikiran dia 'bercuti/jalan2' kut...
    hehe..mama tak solat pun dia tahu..anak yg soleh,,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kebetulan memang saya tak bekerja hari tu
      dia perasan sebab biasa kami bergilir solat
      tiba hari tu dia tgk saya tak buat langsung
      tu yang tanya soalan bombastic tu =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...