Kami di Ahad Pertama Januari (^_^)

11:59:00 pm Yana Yani 20 Comments

Biasanya kami seluarga memang tak pernah lekat dekat rumah tiap kali hari cuti. Ada aje aktiviti kami lakukan walau setakat ronda keliling taman perumahan tempat kami menyewa ni.

So seperti kebiasaanya, kami berjalan lagi hari ni. Kali ni kami ke Giant Setia Alam dekat dengan Klang Sentral. Tapi bukan nak shopping! Saja cuci mata. Hehe!


Tapi tujuan sebenarnya hanya nak ambil gambar Afif di sini untuk daftarkan dia di sekolah agama rakyat bagi sessi 2015. Sekolah kebangsaan dah lama settle, sekolah agama aje belum.

Afif kena puji dengan photographer sebab pandai posing. Mana idaknya, hari-hari dia posing untuk blog Mama. Tu yang dah expert! Hehe!


On the way nak ke parking, kami nampak kedai cendol. Alahai tekak menggatal nak jamah cendol tu. Menyelerakan betul dok tengok orang lain hirup. Macam sedap aje!


Tapi time nak bayar, ambil kau dia punya harga! RM9.00 untuk dua mangkuk cendol biasa! Gila mahal! Confirm ini adalah yang pertama dan terakhir!

Nak bagi sejuk hati yang panas sebab beli cendol mahal, aku beli air mineral SeaMaster. Aku nampak ada contest yang perlu diupload di Facebook.

Tadi pergi tengok kejab, cadang nak hantar gambar Aisy ni. Tapi bila baca syarat-syarat yang pemenang dipilih berdasarkan Like terbanyak, aku surrender sebab wa tak popular babe! Hehe!


Berbalik kepada cerita aku tadi, lepas dah bayar harga cendol yang sama dengan sebungkus nasi ayam tu. Kami gerak pula ke rumah parent Encik suami di Kampung Sungai Serdang.



Belum pun matikan enjin kereta, Mak Encik suami ajak ke rumah Guril. Abang Encik suami. Kami kan kaki berjalan, so memang okay aje dengan pelawaan tu. Hehe!

Sebenarnya Guril baru aje dapat kunci rumah baru dia ni. So dia renovate beberapa tempat dalam rumah dia tu. Selain dari menyibuk, kedatangan kami hanya nak tengok progress sahaja.

Lagipun Mak Encik suami nak buatkan langsir untuk rumah baru Guril dan Eni ni. Boleh tahan luas rumah diorang ni kalau nak dibandingkan dengan harga yang dibayar tu. Worth it!

Anak-anak aku dan anak-anak diorang pula hanya bikin "ribut" aje dekat situ.


So gitulah cerita kami dj Ahad pertama Januari ni. Alright, time to sleep. Besok Afif akan memulakan sesi persekolahan dia untuk 2014 ni.

Tak sabar nak tunggu respond dia camne. Tahun lepas dia okay je. Klik sini kalau nak baca pasal tahun lepas punya. Moga-moga okay jugalah dia besok. (^_^)

20 comments:

  1. assalam..terima kasih follow akak. done follow kembali...

    comey la si aisy tu....
    cendol tu memang nampak menyelerakan, tp harganya...wowww

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, terima kasih kembali

      hehe, comel cam mama dia kan
      tu la pasalnya, terkejut time bayar =)

      Delete
  2. wah kaki jln juga rupanya..hahaha..cam nak sama je kita..asal hari cuti lesap..malam baru balik...hihii..
    comey je gegirl tu senyum anak beranak sama je kan...
    woo mahalnya cendol... mmg tobat xnak beli dah laa kan kalau mahal sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita serupa...teringat lagu headwind pula...heh

      anak abang ipar tu, baru 6 bulan
      sama ke? akak bukan orang pertama yang kata gitu...hehe

      tersangat mahal kak! taubat tak ke situ lagi

      Delete
  3. Pandai afif berposing ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dah hari-hari practice
      mana idaknya =)

      Delete
  4. kak, nanti kalau mama balik kampung, kita boleh jumpa kat giant setia alam.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh ke ni? no hal
      roger-roger lah nanti ye =)

      Delete
  5. mahalnya harga cendol tu.. kalau sedap dan banyak takpe la juga kot.. semoga semua urusan bejalan lancar.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tersangat mahal aiza oi
      tu la pasalnya...tak adalah sedap sangat
      rasanya boleh dapat lagi sedap dan murah dari yang ni

      terima kasih aiza ye =)

      Delete
  6. sedap ke cendol tu yana? x pnh plak aku cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah rasa lah sal oi...tak sedap mana pun
      baik ko makan yang dekat seksyen 7 tu
      dekat dengan i-City tu, lagi sedap
      worth it! =)

      Delete
  7. mahalnya cendol..ada apa dalam tu yang mahai sangt??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasalnya diana, memang mahal gila
      tak ada yang special pun
      biasa aje, entah apa yang buat dia mahal
      ais tu dari gunung himalaya gamaknya =)

      Delete
  8. mak ai..letak emas permatagaknye dalam cendol tu ye sis..?model2 cilik dah afif dan aisy ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya!
      saya memang terkejut tahap gaban jugaklah
      time nak bayar tu!

      hehe...model untuk blog Mama diorang =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...