Sibuk Tapi Bahagia! (^_^)

11:16:00 pm Yana Yani 26 Comments

Minggu lepas aku terlalu sibuk! Tak terkejar dengan segala tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan seorang Mama juga seorang isteri di rumah.

Selasa lepas orang lain cuti, aku terpaksa bekerja sebab nak kena sipakan report yang dikehendaki client! Penat, tak seronok kerja time orang lain cuti! Tapi nak buat camne, terpaksa!

Lepas tu kelam kabut pula dok balut buku sekolah Afif. Terasa macam mencabar betul balut buku sekolah Afif kali ni sebab Aisy mengacau! Kesabaran pun tergugat!

Bila camtu, mula nak update blog pun rasa macam malas tahap maksimum! Mujur hari ni "bos kecil" bagi kami semua cuti! Dapat juga rehatkan fizikal dan mental yang stress sepanjang minggu ni!

Paling best boleh spend banyak masa dengan anak-anak. I like! (^_^)

Despite daripada segala kesibukan dunia ni, aku tetap rasa bahagia! Sebab apa? At least aku masih boleh mengomel pasal kerja, pasal anak-anak dan semua yang berkaitan.

Aku masih punyai segalanya! Syukur ALLHAMDULILLAH!

--------------------------------------------

Hari ni aku nak cerita aktiviti yang kami lakukan Ahad lepas. Rasanya belum lambat lagi nak cerita kan?  Hehe! (^_^)

Ahad lepas kami dok tengok perkembangan rumah yang kami beli hasil daripada titik peluh kami selama ni. Excited bila dok tengok rumah yang sudah siap 90%. Rasa macam tak percaya!


Yang pasti kami dah tinggalkan something sebagai harta dunia untuk dua permata hati ni.


Sebelum kami bergerak balik, kami bagi anak-anak naik "menatang" ni. Sorry aku tak tahu nama menatang tu apa. Tapi cer korang tengok keterujaan Afif dan Aisy tu. Priceless! (^_^)


Lepas tu kami ke Pantai Remis Jeram untuk ke sekian kalinya. Jujurnya sebelum ni agak jarang kami ke sini walau amat dekat dengan rumah parent Encik suami.

Aku bab berjalan memang suka! Walau setakat pusing keliling taman perumahan tempat aku menyewa ni. Janji keluar dari rumah! Lapang sikit fikiran! Hehe!

Yang pasti aku suka dok tengok kegembiraan anak-anak yang buat aku bahagia.


Orang yang excited sekali hari tu, of course Afif! Daripada hanya kaki sahaja yang basah sampai ke satu badan lencun! Papa dia terpaksa belikan baju baru untuk dia!

Kan namanya budak bertuah!


So itulah yang berlaku Ahad lepas walau agak lambat untuk aku share kan di sini. Apapun terima kasih kerana sentiasa berkunjung ke sini walau tiada entry baru!

Blog yang aku anggap sebagai dairi ni tak akan bermakna apa-apa tanpa kunjungan korang semua. Once again, TERIMA KASIH! (^_^)

26 comments:

  1. hai yana,pagii..:)
    macam tulah yana lumrah seorang wanita yg berkerjaya,ibu kpda 2 cahaya mata dan isteri kpda seorang suami,busy memanjang mmg tak lari dari kamus kehidupan,besar tanggung jwb tuuu :)
    anyway tahniah yana dapat beli rumah sendiri...then selamat bercuti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi kak roha!
      tulah kan kak, memang tak boleh lari istilah busy tu
      bagi seorang perempuan macam kita
      walau setakat jadi suri rumah aje, tanggungjawab tetap tinggi

      terima kasih kak, rezeki anak-anak=)
      selamat bercuti untuk akak juga

      Delete
  2. Time keje ank2 dok ngan sape? Alhamdulillah ada rezeki,akk pn x de rumah lg.msih menyewa.akk nk bli rmh taman ni kena fikir pjg sbb hutangnya hmpir 30thn menanggung.kami bkerja sdri x de income tetap.so..,kami kumpul duit dan alhamdulillah berjaya beli tanah 2 lot tanpa htg.skrg dok kumpul duit utk buat rumah pulk.insha allah jika ada rezeki utk kami.
    Pntai remis tu x leh wt mndi sbb kotorkn.lau bole mnd mst ank2 da sllu mtk ke situ.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang duduk dengan mak saya, mujur mak dekat aje
      tak apalah kak, rezeki masing-masing
      kita boleh bangga apa walau hanya rumah sewa
      tak ada dok menumpang rumah mak bapa
      patut berbangga tu, insya ALLAH adalah rezeki anak-anak tu nanti
      mak bapak saya pun mampu beli rumha bila saya dah 12 tahun

      memang kotor situ, tak bagi pun afif mandi
      tapi kalau dah terlompat-lompat gitu
      maunya tak basah...hehe

      Delete
    2. Betul la,akk pun tringin nk dok umah sdri.tp suami sllu ckp,bersyukur la..ada org rumah pun tak de,lg teruk dari yg kita ada.bila fikir mmg betul kan,kita je yg x rasa syukur.
      Biasalah,ank akk pun pntang g tepi pntai ni,mst nk main air.:D

      Delete
    3. hehe..memula dulu saya pun ada fikir gitu
      lepas tu bila compare diri sendiri dengan orang lain
      saya rasa bangga sangat
      lama-lama saya boleh terima segala yang dikurniakan

      akhirnya mampu juga beli rumah sendiri
      walau teringat dengan installment selama 20 tahun
      jenuh nak membayar tu...hehe

      Delete
  3. Alhamdulillah seronok aje kan tgk rumah dah nak siap...mesti xsbr nak duduk umah sendiri kan..leh deko2 ikut taste kite kan..anak anak bile bwk berjalan memg suke..anak anak sy pun suke kalo pegi pantai...nak main air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah merasa juga kan =)
      memang tak sabar nak pindah dah ni, tapi mungkin
      nak renovate sikit sebelum masuk =)

      budak kan, tak sah kalau tak sentuh air =)

      Delete
  4. mmg seronok la kalau dpt beli aset hasil dari duit bekerja kita....
    seronoknya afif main air pantai... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok! rasa bangga pun ye =)
      tulah pasalnya mamat seorang ni =)

      Delete
  5. alhamdulillah yana dah beli rumah sendiri.. aiza je masih menumpang di rumah saudara, hehe.. sukanya afif dan aisy dapat naik jentolak tu.. air laut kat situ napak keruh ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah aiza, rezeki! insya allah adalah rezeki aiza nanti
      memang sebab dia tak pernah naik
      jentolak ye nama dia tu, nape saya tak tahu...hehe

      betul, kotor air situ. tak boleh buat mandi
      kalau takat nak kutip kerang, boleh aje =)

      Delete
  6. Seronoknya.sis ada rumah sendiri.memang budak2 kalau ke pantai suka sangat main air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak kathy, rezeki anak-anak
      tu lah kan, keterujaan diorang lain bila nampak air...hehe

      Delete
  7. seronoknya tengok rumah baru.. tahniah ye...

    ReplyDelete
  8. anak-anak kalau dah jumpa pantai, macam tu lah ragamnya.. =3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betullah tu
      tetiba jadi macam orang kesawanan =)

      Delete
  9. wah.. x lama lg dah boleh duduk la rumah tu yana...

    eh.. aku g pantai remis hari sabtu... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! tunggu kunci aje lepas ni! excited bangat ni =)

      aku hari ahad...hehe

      Delete
  10. saya yang surirumah ni pun kalau dapat keluar rasa maca dunia ana yang punya. kalau org lain hari2 mengadap kerja kat opis.. housewife ni hari2 mengadap benda dalam umah dari pagi membawa ke malam.. tp dapat seminggu jenjalan awal tahun ni rasa puas jugak walau letih.. ke sabah.. cameron.. kedah & sekarang masa untuk basmi habuk2 kat umah setelah seminggu tak terbiar. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah cik lekit, saya setuju. saya tak menidakkan kerja sebagai suri rumah
      memang tensen kalau takat mengadap benda yang sama setiap hari
      sekali sekala berjalan memang boleh merangsang minda...hehe

      wah, seminggu berjalan sampai 3 negeri! dahsyat!
      tak apa penat, yang penting seronok! =)

      Delete
  11. alhamdulillah...dah ada rumah sendiri,akak dah tua2 ni belum beli lg..hehehe inshaAllah dlm perancangan juga, moga dipermudahkan urusan nti.

    betul tu...klau dpt keluar sekejap pun jd la,tenang rasa fikiran..kdg2 en.somi nak isi minyak pun tetpa nak ikut

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak, rezeki anak-anak =)
      tak apa, slow-slow. ALLAH dah tentukan rezeki untuk setiap
      antara kita. lambat dengan cepat aje =)

      kan kak, rasa tenang sikit
      hilang stress! =)

      Delete
  12. Salam Yana. Mohon mesej pada Kak Azie di FB: Azie Azah. Email Kak azie dah corrupt kot.. Nanti Kak Azie soh Ika belikan thermos tu. Ada diskaun la bila guna nama dia as staf...

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...