Kami di Sabtu Pertama Januari

11:30:00 pm Yana Yani 20 Comments

Hari ni bangun pagi aku melakukan urusan seharian aku sebagai seorang isteri dan Mama. Dari jauh aku macam terdengar bunyi lagu yang kuat dipasang.

Aku fikirkan ada kenduri so aku malas nak ambil pusing sangat. Encik suami yang baru bangun tidur terus kata, "Eh, Afif sekolahlah hari ni!"

"Sekolah? Kenapa Ayang tak tahu?" tanya aku.

"Abang lupa nak bagitau. Dia sekolah hari ni. Suai kenal"

Patutlah aku dengar bunyi lagu nasyid dengan orang berucap. Rupanya ada hari suai kenal. Kelam kabut aku bersiap. Dah lah aku kena siapkan tiga orang termasuk aku. Bayangkanlah suasana kelam kabut tu.

Dekat setengah jam juga masa yang diperlukan. Hehe!

Nasib baik kami bukan orang yang terakhir sampai sebab aku nampak ada lagi parents lain baru datang lepas kitorang. Lega! Hehe!


Afif dia seronok aje sebab dia memang asyik dok tanya bila nak sekolah. Mungkin dia kebosanan time cuti sekolah panjang hari tu.

Isnin nanti baru dia start sekolah. Jangan buat hal sudahlah! Bukan boleh percaya budak seorang ni!


Lepas tu kami pergi ke kedai cermin mata ambil cermin mata yang aku tempah lebih kurang seminggu yang lalu. Kalau korang perasan kebelakangan ni aku tak pakai cermin mata.

Nak dijadikan cerita, cermin mata aku yang sebelum ni masuk dalam lubang tandas dekat tempat kerja. Tragis betul kematian dia. Hehe!

Aku suka pakai jenis Transition. Sejak dari mula aku diistiharkan rabun, memang pakai jenis ni aje. Suka sebab cermin dia akan bertukar color bila kita berada di tempat tertentu macam panas etc.

Harga dia boleh tahanlah mahalnya. Tapi bila memikir tahap kesilauan aku semakin teruk kebelakangan ni, aku beli juga. Sebulan juga mengumpul duit. Hehe!

Lepas tu petangnya aku ke rumah Mak lagi. Encik suami tak ada. Daripada aku mati kutu dekat rumah, baik menyemak dekat rumah Mak ye dak? Hehe!

Lagipun aku memang dah plan nak buat kek dengan Angah.


Dulu time anak dara, aku rajin juga buat biskut dengan kek ni. Tapi bila dah kahwin tak ada kesempatan dan peluang nak buat. Lagipun sebab utamanya tak ada kelengkapan.

Tu yang tiap kali nak buat kek or biskut, menempek dekat rumah Mak. Lagipun Angah sifu aku. Dia kalau bab masakan memang pangkat terer kalau nak dibanding dengan sesiapa dalam rumah ni.


Afif jadi pemerhati Dia jadi teruja pula bila tahu Mama dia nak buat kek. Mungkin sebab dia tak pernah nampak aku buat kek dekat rumah. So bila tahu aku nak buat, dia pelik!

Dari mula sampai habis aku buat kek ni dia dok perhati aje. Pandangan dia tu penuh dengan rasa minat. Aku bagi dia tabur chocolate rise atas kek. Bangga gila dia dapat buat kerja tu.


Siap aje kek yang dibuat, kami bedal! Hehe! Korang tengok ajelah ye. Tapau sikit untuk Encik suami. Dia peminat kek coklat. Lagipun siapa yang tak suka kek coklat dak?


So gitulah yang terjadi pada kami di Sabtu pertama Januari ni. Nothing much, but this is our life. Lepas ni nak terjah blog korang pula (^_^)

20 comments:

  1. wah.. sedapnya kek coklat.. nak sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap! meh lah sini
      ada banyak lagi tu =)

      Delete
    2. yeke...samalah kita
      tapi makan banyak-banyak jadi muak pula =)

      Delete
  2. haha kecoh seketika di pg sabtu :p
    tengok yana buat kek coklat moist..teringin juga nk membuatnya hihi :)
    yana..cemin mata tu..mati tragis smpt mengucap tak bhahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang kecoh yang amat kak.
      saya jadi tarzan jab time tu...hehe

      buatlah, senang aje nak buat pun.
      pakai tepung gandum aje ni, tambah soda bikabonat dengan
      baking powder, pastu tadaaaaa =)

      terburai perut saya baca komen akak ni
      tak sempat nak dengar dia mengucap ke idak
      saya dengar bunyi cepelup aje...hehe

      Delete
  3. Wah.. sedapnya kek coklat. Akak mmg slalu fail buat kek. Asik mendap je. Huhu.. selamat tahun baru yer yana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat kek ni bahan dia kita kena pastikan
      betul sukatan dia
      biar lebih, jangan kurang...

      aiceh bercakap cam chef pula...hehe
      selamat tahun baru tuk akak juga ye =)

      Delete
  4. Skurang kurangnye ari sabtu nih bermakna n terisi kan..sedapnye kek tuhh..adoiii meleleh air liur..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya, ada juga benda buat
      dari tak ada apa-apa kan

      meh sini, ada banyak lagi dalam peti ais tu =)

      Delete
  5. Terbayang betapa kelam kabutnya masa tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang tersangat kelaman labut time tu BM oi
      terpaksa jadi tarzan jab...hehe

      Delete
  6. assalamualaikum yani...sedapnya tengok kek tu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt kak
      hehe...cer rasa, lagi sedap =)

      Delete
  7. sama la sis..kathy pun pakai spek transition..bergaya sikit..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ye?
      saya sekali dah pakai, memang nak pakai jenis ni aje
      tak mahu dah jenis lain walaupun lagi murah.

      betul-betul, memang bergaya! =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...