Macam Itu Rupanya! (^_^)
Hari ini aku ada appointment di Klinik Kesihatan Bukit Kuda. Ini adalah first time aku kena buat check up dekat sini sebab sebelum ni aku kena ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah.By the way untuk maklumat readers, aku merupakan penghidap hyperthyroid. Aku disahkan menghidap penyakit ni sejak berusia 13 tahun tapi sekarang aku hanya perlukan pemantauan sahaja.
Lain kali aku akan cerita in details tentang sakit yang telah aku hidapi sejak 17 tahun yang lalu. Hari ini aku nak cerita pasal benda lain dulu. Apakah ia? Jeng jeng!
Time pemeriksaan, doktor kata aku punya jantung berdenyut agak laju walau ujian darah menunjukkan hormon tiroid aku berada pada paras normal. So dia suruh aku buat ECG test.
ECG kalau dalam bahasa gempaknya adalah electrocardiogram. Ia digunakan untuk mengenalpasti masalah jantung. So aku pun pergilah ke bilik di mana ECG test akan dilakukan.
Time tengah nak buat test tu, tiba-tiba cik nurse tanya baik punya soalan, "Puan dah puan ujian pap smear?"
Adeh! Macam mana boleh keluar soalan cepu emas ni. Aku memang seriau kalau dengar perkataan tu. Nak tipu, berdosa pula. Nak tak nak terpaksa juga aku jawab dengan jujurnya, "Belum"
"Belum? Puan dah berkahwin kan? Ada anak?" tanya dia bertubi-tubi.
Sekali lagi dengan jujur aku jawab, "Saya dah ada dua orang anak, sekali pun tak pernah buat pap smear"
"Tak apa. Lepas ni kita buat terus ujian tu" kata cik nurse sambil membetulkan alatan ECG di dada aku.
"Tapi saya dah lambat nak masuk kerja ni" kata aku memberi alasan.
Alahai, kena juga ke ni! Habislah aku! Terus teringat cerita kawan-kawan yang pernah melaluinya. Cuak tahap gaban dah ni!
Kebanyakan antara dia orang kata sakit! Ada yang pernah kata lepas aje buat test tu, terus tak boleh jalan. Darah pun keluar banyak katanya.
Semua cerita-cerita tu buat aku rasa sesak nafas. Takutnya tuhan aje yang tahu!
Bertambah takut bila aku nampak dia keluarkan alatan untuk buat ujian pap smear especially yang macam mulut itik tu, terasa macam nak demam!
"Sakit tak?" tanya aku ingin kepastian. Cik nurse hanya menjawab dengan gelengan kepala.
Ikutkan hati nak lari aje! Tak toleh belakang dah kalau aku dapat lari! Tapi malangnya tak ada jalan nak lari. Nak terjun tingkap, macam tak worth it pulak!
So nak tak nak, aku kena face juga! Nafas aku tarik sedalam mungkin. Tapi sekali lagi cuak bila nampak dia angkat mulut itik tu!
"Puan jangan kepit! Kangkang luas sikit" kata cik nurse .
"Okay, siap! Boleh bangun" kata cik nurse lagi.
"Macam tu aje ke?" tanya aku pada cik nurse dengan muka blur. Sesungguhnya aku tidak merasa apa-apa pun! Bila dia masukkan "menatang" tu pun aku tak perasaan. Habis yang kata sakit tu, tipu aku ke?
"Ye, tak sakit kan?" jawab cik nurse.
"Bukan apa, selama ni orang kata buat pap smear tu sakit. Saya takut! Rupanya tak terasa pun!" kata aku sambil tergelak kecil.
So moral of the story, pergilah buat pap smear! Tak sakit pun! (^_^)
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿