Lelaki dan Gosip! (^_^)
Readers rasa lelaki pandai bergosip ke tak?Kebanyakan ahli psikologis kata lelaki lebih banyak menggunakan Intelligence Quotient (IQ) berbanding dengan golongan wanita yang lebih banyak mengguna Emotional Intelligence (EQ).
Disebabkan itu wanita lebih banyak melakukan apa sahaja aktiviti atau rutin harian mereka berlandaskan EQ semata berbanding lelaki.
Tapi sejauh mana kebenaran pendapat atau fakta tu aku tak dapat pastikan sebab aku tak pernah buat sebarang kajian mengenai benda-benda tu. Cuma bila apa yang berlaku hari ini pada aku mungkin mengiakan pendapat di atas.
"Wei, lama tak nampak si polan. Mana dia pergi, huh?" tanya Encik suami kepada rakan beliau.
"Ala dia tu takut bini! Terperuk dalam rumahlah tu!" jawab rakan Encik suami disusuli ketawa besar.
Aku yang mendengar hanya mengelengkan kepala. Tiba-tiba peristiwa yang berlaku pada hari raya yang lalu berligar ligat dalam kepala otak. Ia merupakan pencetus cerita pada hari ini.
----------------------------------------------
Kami ketika itu menziarah rumah si polan bersama beberapa rakan yang lain. Si polan memang dikenali kerana sikap beliau yang suka bercakap besar tapi malangnya, habuk pun tak ada!
Pun begitu Encik suami dan kawan-kawan beliau masih berkunjung ke rumah si polan atas semangat kawan. Orang lelaki ni bila dah jumpa geng bas sekolah dia orang, lupa dah anak bini!
Tapi tujuan sebenarnya lebih kepada mencari bahan cerita untuk digosipkan pada kawan-kawan yang lain. Ye, malang sekali si polan menjadi mangsa gosip kawan sendiri!
So pada hari tu, lepas dok borak-borak dalam rumah Encik suami dan kawan-kawan termasuk si polan keluar rumah untuk menghisap rokok. Bini-bini dan anak-anak ditinggalkan dekat dalam rumah.
Siapa sangka benda yang simple seperti di atas telah dijadikan bahan gosip. Cerita tentang isteri si polan menegur suami di depan kawan adalah gosip terhangat raya tahun tu.
Paling menarik walau sudah hampir setahun, pandangan mereka pada si polan masih sama. Jujurnya aku kesian dengan si polan tapi lebih kesian dengan isteri si polan.
Pandangan mereka ke atas isteri si polan jatuh ketahap terlalu rendah. Bagi mereka sikap isteri si polan lebih kepada "Queen control" Istilah yang paling ditakuti para lelaki.
So aku yang tak bertauliah ni nak bagi sikit nasihat kepada semua para isteri. Sekiranya kita mahu menegur suami kita walau mereka melakukan kesilapan, jangan melakukan di depan teman mereka.
Kalau tidak, anda mungkin akan menjadi seperti isteri si polan yang menjadi bahan gosip terhangat. Paling menyedihkan, suami kita tidak lagi dihormati dikalangan teman-temannya.
Maruah mereka tercalar disebabkan perbuatan kita yang mungkin lebih kepada EQ. Cuba seboleh mungkin menutup keaiban mereka. Lagipun itu memang tugas kita sebagai seorang isteri!
So, renungkanlah untuk kebahagian selamanya! (^_^)
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿