Kanak-Kanak Mangsa Politikus? (^_^)

11:26:00 pm Yana Yani 0 Comments

Dua hari lepas, badan tak berapa sihat. Mood nak menulis pun hilang bila tak sihat ni. Bila aku mengadu dengan Afif yang aku tak sihat, selamba aje dia jawab, "Mama makanlah vitamin macam Afif!"

Klik sini kalau nak tahu vitamin yang Afif maksudkan.

------------------------------------------------

Anyway, aku terbaca akhbar Kosmo! hari ini mengenai seorang kanak-kanak yang dipukul kerana menunjukkan sokongan kepada sebuah parti politik.

Aku tak tahu sejauh mana kebenaran cerita tersebut kerana umum tahu bahawa mana-mana media di dunia ini dikuasai oleh parti pemerintah.

Klik sini untuk bacaan lanjut.

Jujur aku katakan sesiapa sahaja yang melibatkan kanak-kanak dalam politik adalah mereka yang tergolong dalam golongan BANGANG tahap gaban!

Aku tak nampak kewajaran pelibatan kanak-kanak dalam politik. Aku rasa mereka adalah mangsa EKSPLOITASI! Pendapat kanak-kanak dalam politik adalah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling.

Lebih-lebih lagi parent mereka.

Malahan perkataan POLITIK itu sendiri adalah sesuatu yang ganjil bagi mereka. Wajarkah mereka diseret dalam benda yang mereka sendiri tidak faham maksud dan tujuannya?

Aku teringat tak berapa lama dulu seorang kenalan Facebook telah upload gambar anak dia yang berusia dalam lingkungan 6 tahun lengkap berpakaian parti politik, from head to toe.

Tindakan beliau tu telah dikomen beberapa kenalan lain yang menanggap beliau telah mengeksploitasi anak sendiri. Malangnya beliau tidak menerima teguran diberi.

Malahan lebih teruk mencaci pengomen dengan cacian yang tidak mencerminkan seorang yang beragama Islam dan berbangsa Melayu yang kaya dengan budi bahasa.

Ketika aku pulang dari kerja tadi pun, aku nampak ada seorang petugas sebuah parti politik menghulurkan beberapa barangan untuk kempen mereka.

Dengan bangga dia mengatakan, "Mama Afif dapat bendera Malaysia! Seronoknya!" kata dia sambil mengibarkan bendera tersebut dan menyanyikan lagu Negaraku .

Nampak? Anak sekecil Afif tidak mengerti apa-apa. Jadi cukup-cukuplah menjadikan mereka mangsa POLITIKUS! Mereka sepatutnya dilindungi dan bukan dieksploitasi!


P/S - Pendapat aku hanya sekadar pendapat!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...