Kerap Demam? (^_^)
Bermula dari hujung tahun lepas, anak-anak aku memang agak kerap tak sihat. Terutama sekali demam! Penyakit yang disebabkan oleh virus ni memang sering menjangkiti anak-anak aku.Ramai orang kata anak-anak aku tidak mempunyai antibodi yang kuat sebab itu virus mudah menyerang mereka. Yang tu aku boleh terima lagi.
Yang lagi jahat mulut tu kata, "Sebab Mama dia dulu selalu makan ubat tu pasallah anak selalu sakit!" Tu pula statement yang nak kena penumbuk!
Percayalah bahawa tak ada sesiapa pun yang ada anak dalam dunia ni yang nak tengok anak dia sakit. Kalau boleh nak tengok anak tu sihat memanjang!
Aku juga berusaha bermacam cara bila anak tak sihat, risaunya TUHAN aje yang tahu! So baru-baru ni, tapi sebenarnya tak berapa nak baru pun! Hehe! Aku beli termometer!
Pada sesiapa yang ada anak, benda ni memang wajib ada! Sebabnya suhu badan budak-budak ni sukar nak jangka. Kejab panas, kejab lagi sejuk.
Sebelum ni aku ada jenis Digital Ear Thermometer, tapi yang tu aku buat redemption dari Kelab Anmum. Tak lebih dari setahun, dah tak boleh pakai! Tak tahu apa sebabnya.
Nak beli benda yang sama, tak berkemampuanlah pula! Harga paling murah pun RM200 ++. Disebabkan aku perlukan segera termometer ni, so aku beli yang murah dulu. Kemudian baru beli yang mahal tu!
Untuk makluman, semua ni kita boleh beli dekat farmasi aje. Yang jenis Forehead Thermometer tu berharga RM8 ++, yang ni aku bagi Mak sebab tak reti nak guna! Hehe!
Yang lagi satu tu, RM14++. Yang ni boleh letak dekat bawah lengan atau bawah lidah. Tapi untuk bacaan lebih tepat adalah di bawah lengan.
So bila dah ada ni, senang sikit nak jaga anak. Bila boleh bagi ubat dan sebagainya. Lately, anak-anak aku sihat Alhamdulillah. lega sikit. Harap-harap sihat aje memanjang!
Oh ya, terlanjur dah bercerita pasal Kelab Anmum tadi, nak cerita lagi excitement pasal ni! Minggu lepas aku ada buat redemption untuk ke sekian kalinya. Baru hantar borang sebenarnya! Hehe!
Scoops tu dah berzaman aku simpan. Ada antaranya time Afif dulu. Kalau tak ada lagi banyak, tapi aku dah gunakan buat redeem susu yang merupakan juga antara salah satu program anjuran Kelab Anmum.
Ingat tahun ni pun nak buat benda yang sama, tapi kali ni punya redemption program menarik minat aku! Pula tu tak lama, sampai bulan 6 ni aje! Nak redeem barangan Fisher Price tu! Hehe!
Nanti dah sampai aku update eh! Excited sebenarnya! Hehe!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿