Siapa Mustafa Kamal Ataturk? (^_^)
Siapa Mustafa Kamal Ataturk? | Sebelum ni aku ada cerita tentang ketaksuban aku membaca buku novel sejarah. Aku ambil masa lebih kurang tiga hari nak habiskan membaca buku setebal 400 muka surat ni. Dulu, kalau baca novel satu hari confirm dah habis baca. Tapi sekarang tak mampu especially komitmen terhadap keluarga perlu diutamakan. Payah nak fokus. Alright, buku yang aku maksudkan adalah Mustafa Kamal Ataturk: Penegak Agenda Yahudi hasil karya penulis novel sejarah nombor satu di Malaysia, Abdul Latip Talib.Buku ni diperkenalkan oleh Angah yang memang antara peminat setia Abdul Latip Talib. Hampir kesemua hasil karya Abdul Latip Talib ada dalam simpanan Angah. Aku mengetahui serba sedikit tentang Mustafa Kamal Ataturk ketika zaman belajar di IPT dulu apabila membaca serba sedikit azab yang dilalui pemimpin ini ketika dan selepas kematiannya. Pada ketika itu aku agak teruja untuk mengenali siapa pemimpin ini yang diazab sebegitu rupa oleh Allah SWT. Hanya sekarang baru aku berpeluang mengenali beliau melalui buku ini.
Pun begitu jujur aku katakan buku ini agak meleret-leret. Kalau tak kerana keinginan aku untuk mengenali siapa Mustafa Kamal Ataturk yang begitu kuat, mungkin buku ni tak akan habis aku baca. Ada juga beberapa tarikh dan peristiwa yang begitu mengelirukan terutama peristiwa 13 Mac yang kadangkala disebut 31 Mac. Apapun usaha penulis harus dipuji kerana menghasilkan buku seperti ini yang berkonsepkan novel sejarah dan sekurang-kurangnya mampu membuka mata muda-mudi pada zaman ini.
-----------------------------------------------
Siapakah Mustafa Kamal Ataturk?
Mustafa Kamal Ataturk merupakan seorang pemimpin Turki yang telah memusnahkan institusi khalifah Uthmaniah yang telah berkuasa selama 595 tahun dibawah kepimpinan 36 orang sultan.
Mustafa Kamal Ataturk merupakan seorang pemimpin Turki yang telah memusnahkan institusi khalifah Uthmaniah yang telah berkuasa selama 595 tahun dibawah kepimpinan 36 orang sultan.
Beliau dilahirkan pada 19 Mei 1881 dan meninggal dunia pada usia 57 tahun kerana menghidap radang hati dan pelbagai penyakit misteri pada 10 November 1938.
Antara tindakan beliau ketika menjadi pemimpin tertinggi Turki adalah:
- Azan dan Al-Quran ditukarkan ke bahasa Turki.- Kaum wanita diarahkan supaya mengamalkan berpakaian seperti kaum wanita Barat dan kaum lelaki dilarang keras memakai serban.
- Majid Aya Sofia dijadikan muzium dan menutup beberapa masjid lain dengan alasan masjid-masjid digunakan bagi menentang pemerintahan beliau.
- Sekolah dan Universiti Islam ditutup
- Hukum Islam digantikan dengan hukum Swiss
Selepas kematian Mustapa Kamal Ataturk, keranda timah yang menempatkan mayat beliau disimpan di dalam Muzium Etnografi di Ankara selama 15 tahun. Mayat Mustafa Kamal Ataturk kemudiannya disimpan di dalam sebuah bangunan di mana ianya tidak ditanam tetapi diletakkan di satu tempat khas.
Menurut cerita di dalam buku yang aku baca, mayat pernah beberapa kali ditanam tetapi keesokan harinya kubur itu berlubang dan keranda yang mengandungi mayat Mustafa Kamal Ataturk dimuntahkan keluar. Ulama Turki pada masa itu mengatakan bahawa bukan sahaja di bumi Turki, malah seluruh bumi ALLAH tidak akan mayat Mustafa Kamal Ataturk!
Readers semua boleh klik sini untuk bacaan lebih lanjut mengenai Mustafa Kamal Ataturk. Bagi aku blog ni memberi kupasan yang lebih menarik mengenai bapa sekularisme Turki ni. Apapun Mustafa Kamal Ataturk adalah seorang pemimpin yang perlu kita jadikan renungan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.
jangan lah hendaknya ada pemimpin di negara ini yang berkenan dengan cara pemerintahan atartuk
ReplyDeletesaya setuju. semoga ALLAH melindungi kita daripada pemimpin seperti itu
DeleteBetul la YY, saya pun perasan part tarikh tu kadang2 13 Mac, kadang2 31 mac. Pastu mmg meleret2 sikit sbb mmg penulis tu ckp yg dia tulis mengikut gaya novel, sbb namanyapun novel kan.
ReplyDeletemaksudnya kita baca buku yang samalah ye
Deletesaya ingatkan lyd baca buku berlainan
novel kalau dibaca agak menarik, tapi yang ni
terlalu meleret sebenarnya
tapi best jugalah baca =)