Fantastic Day! (^_^)

11:35:00 pm Yana Yani 4 Comments

Bersempena cuti hari pekerja hari ni, aku relax betul! Seronok sungguh rasanya! Sebabnya hari ni dapat spend banyak masa dengan family tercinta! Terbaik!

Pagi kami dimulakan dengan breakfast dekat restoran favourite kita orang. Memang biasa makan dengan sini, tapi hari ni full house! Ramai sungguh manusia!

Walaupun dekat sini popular dengan tagline "macam-macam ada" tapi biasanya aku dan Encik suami makan nasi lemak goreng ayam aje. Afif pula suka sangat order roti telur.

Tak pernah order benda lain selain dari favourite kita orang tu. So jangan tanyalah apa rasa menu yang lain ye, sebab memang tak pernah rasa yang lelain tu.

Favourite aku dan Encik suami
Ni favourite Afif!
Sempat lagi tersengih time makan!
Orang lain sibuk makan, Aisy sibuk practise berjalan
Ni lah restoran yang selalu menjadi port favourite kami
Lepas aje breakfast, kami pergi pula ke Econsave Klang Utama. Apa lagi? Shopping! Tapi lebih kepada shopping barang dapur aje! Shopping jugalah kanHehe!

Lagipun ni aktiviti sebulan sekali aje. Lagi pula sekarang tengah awal bulan, memang wajib! Econsave pun full house hari ni! Penuh dengan manusia, sampai berjalan pun boleh berlaga bahu! Punyalah ramai!

Paling tension time nak bayarlah sebab long queue

Abang sibuk pose, Adik sibuk mengemas!

Dekat rumah dok lepak aje, tak sentuh langsung kerja rumah! Wah bahagia sungguh rasanya! Kalaulah hari-hari macam ni bukan ke seronok? Hehe!

Masuk aje petang, barulah ada mood nak ke dapur! Itu pun buat untuk minum petang aje. Sebab "terlebih" rajin maka terhidanglah roti goreng sardin!

Roti goreng sardin versi Mama Afif dan Aisy

Lepas siap aje makan petang, kami sekeluarga pergi ke pasar malam pula! Kalau tengahari tadi shopping barang kering, kali ni shopping barang basah pula! Shopping aje hari ini! Hehe!

Malam pula round Shah Alam, baru aje balik ni pun. Bercadang nak lepak dekat dataran Shah Alam, tapi Afif dengan Aisy dah tidur pula. Penat agaknya sebab berjalan aje hari ini!

Apapun I had a very fantastic day today! Especially bila dapat spend masa dengan dia orang! Memang best! Begitulah cuti hari pekerja aku!

Besok kerja! Uwaaahhh, MALASNYA!

4 comments:

  1. mama ni cam budak sekolah jer, tk nmpk cm mak org pun.. hihihhih...

    ReplyDelete
  2. bestnya cuti camni, asyik g jln2 jer...hehehehe...

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...