Gendang Sudah Dipalu! (^_^)
Semalam merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang menyaksikan 579 calon bertanding bagi 222 kerusi Parlimen dan 1,324 calon bagi 505 kerusi Dewan Undang Negeri (DUN).PRU-13 mencipta sejarah apabila mencatat jumlah calon Bebas paling ramai iaitu 190 orang. PRU kali ini juga menyaksikan tiada calon yang menang tanpa bertanding.
Menurut Kosmo! Parlimen Kapar di mana aku akan membuang undi nanti merupakan Parlimen paling ramai pengundi iaitu 142,419. Aku terpaksa dalam statistik juga!
Menariknya, Parlimen Kapar kali ini melibatkan pertembungan enam penjuru antara Sakhtivel Alagappan (BN), Manivannan Gowindasamy (PKR), Mohd Pathan Hussin (Berjaya) diikuti tiga calon Bebas iaitu Palaya Rengaiah, Norhamzah Suratman dan Mohd Nazri Abdul Aziz.
Jenuh aku nak memilih ni, meriah! Kang mulalah aku dok nyanyi dekat pusat mengundi, "Yang mana satu, pilhan kalbu!" Tapi kalau aku dok buat lagu tu, confirm kena halau! Hehe!
Anyway penyandang bagi kerusi Parlimen Kapar adalah S. Manikavasangam (PKR) dengan majoriti 12,297 pada PRU-12 yang lalu.
Bagi DUN pula, aku akan mengundi bagi DUN Sementa yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Md. Ghazali Md Amin (BN), Dr Daroyah Ali (PKR) dan Thuraisingam Subbarayan (Bebas).
Penyandang bagi kerusi DUN Sementa adalah Abd Rahman Palil (BN) yang menang tanpa bertanding pada PRU-12 yang lalu.
Apapun, siapa sahaja yang bakal aku pilih nanti adalah HAK dan SUARA aku. Ini semua untuk masa depan keturunan aku. Tiada siapa boleh menafikannya!
--------------------------------------------
Ketika orang lain sibuk dengan penamaan calon, kami sekeluarga pula sibuk dengan aktiviti hujung minggu kami iaitu makan bersama-sama! Hehe!
Time macam ni ajelah yang dapat berkumpul ramai-ramai sebab masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Syafie aje yang tak ada semalam sebab bekerja.
Dan macam biasa juga urusan masak memasak ni, aku "terkecuali". Hehe! Aku hanya terlibat time makan aje! Hehe! Tapi apapun semalam was great! The food pula marvelous!
Thanks Mak dan Angah kerana memasak masakan terhebat, at least pada aku lah! Hehe!
Ayam berempah versi Angah. Tak toleh kiri kanan dah dapat pegang drumstick! Hehe! |
Hasil air tangan Mak, TERBAIK! |
Makanan dah terhidang, apa lagi LAHAP! |
Satu-satu air tangan aku adalah air oren tu! Hehe! |
haha.. kelakar lah sis nie, siap nyanyi lagu yang mana satu pilihan kalbu, sah2 nanti kena hangkut duduk kat luar. :P sama lah kita org sibuk pi sokong time penamaan calon kita sibuk buat aktiviti lain :P sedapnya sis lauk2 nie meleleh ayaq liuq. slurppp.
ReplyDelete*Blog sis aida dah letak dalam bloglist april-jun 2013.. tq banyak2 sis sudi join bloglist aida :)
What an hanour! terima kasih daun keladi kerana singgah sini and add dalam bloglist! =)
Delete