Alahai Pemandu Bas! (^_^)
Malam Sabtu minggu lepas aku dan family bergerak balik ke kampung kelahiran aku di Kuala Lipis Pahang. Lebih kurang pukul 10 malam kami sekeluarga bergerak meninggalkan bandar Klang.Perjalanan pada malam tu mulanya agak smooth aje. Tapi segalanya berubah bila kami mula memasuki Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Entah kenapa hati aku rasa tak sedap bila memasuki highway tersebut yang sememangnya amat popular dengan cerita-cerita mistik selain daripada statistik kemalangan maut yang meningkat setiap tahun.
Tiadanya lampu jalan yang menerangi perjalanan kami menambahkan perasaan seram dalam diri aku yang sememangnya telah bersarang sejak dari mula memasuki highway tersebut.
Mulalah dok teringat cerita-cerita seram yang aku dengar selama ni. Berborak dengan Encik suami bagai tiada apa yang berlaku, tapi hati ni punyalah TAKUT tuhan aje yang tahu lebih-lebih lagi bila melihat jumlah kenderaan berat yang banyak pada malam tu!
Tiba-tiba muncul tiga biji bas double decker Sani Express di depan kami yang dipandu laju. Mereka seolah-olah sedang berlumba! Aksi tiga biji bas tersebut yang kerap menukar laluan, amat menakutkan!
Aku rasa lebih takut dengan bas tu dari cerita seram yang aku dengar sebelum ni. Aku beristighfar panjang bila melihat salah sebuah bas double decker tersebut hampir merempuh kereta yang berada di depan kami.
Encik suami yang pada mulanya bawa kereta smooth aje tiba-tiba memecut laju. Ada "bau" ketakutan dari cara dia bawa kereta tu. Lengan Encik suami aku cuit beberapa kali!
Sekali sekala aku tepuk peha dia sebab takut dengan kelajuan kereta yang dia pandu! "Yang, jangan laju-laju sangatlah! Anak-anak ni Yang!" kata aku mengingatkan Encik suami.
"Abang kena laju juga! Tak nak duduk sebelah dia orang, jadi lain nanti. Lagipun naik bukit ni, kena tekan minyak aje!" jawab Encik suami "menghalalkan" perbuatan dia.
Pada mulanya kami follow van Abah. Tapi disebabkan kenderaan berat yang banyak dan dipandu laju, kami terpisah! Disebabkan tu Mak kerap call, sebab risau!
Ketakutan dan kerisauan aku beransur kurang apabila mula memasuki simpang ke bandar Bentong. Tu adalah first time aku rasa takut melalui Lebuhraya Karak!
Bukan takutkan HANTU! Takutkan hantu yang bersarang dalam jiwa manusia yang lebih seram dari HANTU! Dalam kes aku ni, pemandu bas!
Pengguna jalanraya seperti kami terpaksa bergadai nyawa disebabkan sikap tak bertanggungjawab anda! Kami TIDAK MAHU menjadi atau menambah statistik kemalangan di HIGHWAY KARAK!
Kerjasama dan timbang rasa daripada semua pemandu kenderaan berat terutama pemandu bas yang aku dok aimed dari tadi, didahului dengan ucapan RIBUAN TERIMA KASIH!
P/S - Anda beringat, kami SELAMAT! (^_^)
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿