Keseronokan Berganda! (^_^)

10:39:00 pm Yana Yani 0 Comments

Wah, hari must be my lucky day! Mesti readers wondering apa yang seronok sangat kan? Okay, meh aku nak share things yang happen hari ni.

Anmum Club

Sebelum ni aku pernah cerita jerih payah yang terpkasa dilalui (cehwah ayat! Tak boleh blah!) Hehe! Klik sini kalau nak tahu apa kesnya.

Anyway last week 17 April aku received satu call dari Anmum Club. Caller tu kata barang yang aku nak redeem dah habis stock. Agak kecewa juga.

Tapi terima kasih pada caller tu sebab sudi layan karenah aku bila aku dok tanya barang lain apa yang aku boleh redeem based pada points yang aku ada.

So dia dok sebutlah satu-satu barang yang aku boleh redeem siap sebut macam mana condition barang lagi! Bila aku dah decide barang apa nak redeem, aku dengan excited tanya bila barang boleh sampai.

Dengan segala macam proses, dia kata lebih kurang 8 minggu baru boleh sampai. Tapi tub-tub barang tu sampai pada tangan aku hari ni! Wah, cepatnya! Tak sangka secepat tu sebab ingatkan lama lagi.

 Apapun thanks Anmum! Tak sia-sia jadi loyal customer!


Gintel

Siapa yang dok rajin baca blog aku ni mesti pernah terbaca pasal masalah sakit pinggang yang kerap menyerang aku. Disebabkan masalah tu aku sering cuti sakit.

So tadi tengahari lepas aku dapat parcel barang yang aku redeem, aku dapat message dari Encik suami. Dia kata dekat rumah dah ada kerusi urut! Wah, what a suprise!

Mungkin sebab dia dah penat bawa aku pergi urut, so sekarang dia bawa kerusi urut ke rumah. Settle! Hehe! Apapun terima kasih sayang!

Ni yang buat sayang lebih ni! Hehe!


Bloglist Froggie

Semenjak terjebak dalam dunia blog ni, aku rajin juga buat blog walking. Aktiviti yang tak pernah aku buat sebelum ni. Daripada situ aku dapat tahu pasal banyak benda dan macam-macam perkara.

Macam juga di dunia realiti, dalam dunia blog ni pun kita kena rajin bertegur sapa. Disebabkan tu kebanyakkan blogger akan buat giveaway atau bloglist untuk increase kan follower atau page viewers.

Aku tak pernah dan tak merancang pun untuk sertai mana-mana giveaway sebab antara syarat yang dikenakan adalah menulis tentang giveaway yang disertai dalam blog kita. Tapi tu depends!

Kalau tanya aku, tak rajin! Terasa diri dah tua, tak layak! (Sedar pun diri! Hehe!) Lagipun "Aku menulis, bukan kerna nama!" Cehwah, tiba-tiba teringat lagu Ramli Sarip pula! Hehe!

Tapi kalau setakat dia suruh aku tinggalkan link blog, memang aku tak pernah miss! Kacang sangat! Terbaru aku tersenarai dalam bloglist Dairi Si Froggie untuk bulan April sehingga Jun 2013.

Thanks dear, satu penghargaan kerana tersenarai!

---------------------------------------------

Dan begitulah kecerian yang aku lalui hari ni! Sungguh berganda! Hehe! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...