Karma? (^_^)

6:49:00 pm Yana Yani 0 Comments

Rumah yang aku duduki sekarang adalah rumah sewa dan sudah 6 tahun kami menyewa di sini. Alhamdulillah rumah ni walau tak sebesar mana tapi menjadi tempat kami berteduh dari panas dan hujan.

Tuan rumah kami juga amat memahami dan mudah bertolak ansur dalam banyak hal. Berbeza pula dengan orang sekeliling yang kami panggil JIRAN.

Ketika kami mula menghuni rumah ni, kami diuji secara mental dan emosi oleh mereka yang bernama JIRAN terutama sekali yang tinggal di sebelah kanan dan kiri rumah kami ni.

Sebenarnya aku tidak berniat membuka keaiban mereka, tapi apa yang berlaku beberapa hari lepas seolah-olah KARMA bagi mereka yang bernama jiran ni.

Kalau readers nak tahu apa maksud KARMA, sila klik sini sebab aku malas nak explain panjang lebar kang jadi meleret pula! Hehe!

Masa mula-mula menghuni rumah ni, aku tak bekerja dan hampir dua bulan selepas berkahwin aku memegang status penganggur. Dan aku boleh nampak dengan jelas setiap kelakuan jiran aku.

Bila diceritakan kepada Encik suami, dia akan kata "tak apa" atau "biarlah". Sampai satu ketika dia nampak dengan mata kepala dia sendiri barulah amarah dia keluar! Baru dia tahu!

Aku rasa semua orang akan marah kalau benda-benda seperti di bawah ni terjadi kepada mereka. Atau mungkin kami aje yang terlebih emotional!

Penyidai kami digunakan oleh mereka yang bergelar jiran dengan sewenang-wenangnya. Mentang-mentanglah rumah sewa kami tidak berpagar, hak kami DICEROBOH!

Ruang halaman depan rumah kami dijadikan stor, di mana mereka menempatkan pelbagai peralatan berkebun dan bertukang!

Bila kami tiada di rumah, parking kami pula digunakan oleh mereka tanpa keizinan. Sampai satu tahap Encik suami mengheret pasu-pasu bunga kami di depan rumah sebagai simbolik pagar ditutup!

Air paip yang terletak di luar rumah, digunakan untuk mencuci kereta mereka! Paling menyakit hati bila mereka renovate rumah, air tu digunakan juga.

Episod kemarahan Encik suami bermula apabila ruang halaman rumah kami digunakan untuk upacara korban ketika hari raya haji pada tahun pertama rumah tu kami sewa.

Entah dapat pahala ke tidak ibadah korban mereka yang terlibat kerana menggunakan ruang halaman rumah dan air tanpa keizinan kami, TUAN RUMAH!

Sejak dari itu bermulalah episod kami mempertahankan HAK kami! Tapi kami pula dipandang sebagai musuh seolah-olah kami pula yang bersalah.

Kerusi dan kayu tu diletakkan di depan rumah mereka sebagai tanda, NO PARKING! Mungkin baru sekarang mereka faham perasan kami dulu 
Paip ni diubah posisinya oleh Encik suami kerana kerap menjadi mangsa curi air. Pasu bunga juga terpaksa di letak di situ kerana ada orang tak cukup tempat simpan barang
Pasu yang ada di atas papan ni bukan milik kami tapi digunakan oleh mereka yang tidak mengenali HAK JIRAN. Tapi mungkin kerana hukum karma, semua pasu bunga tu pecah dan jatuh ke dalam longkang beberapa hari dulu

Mungkin usia kami yang muda ketika mula menyewa rumah, maka HAK kami diperkotak-katik oleh mereka ni yang layak kami panggil Makcik dan Pakcik.

Atau mereka tidak mengetahui bahawa dalam ajaran Islam, hak jiran perlu sentiasa dijaga dan tidak sama sekali menyakiti jiran selari dengan tuntutan agama supaya memelihara keamanan sesama jiran.

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud:-
"Barang sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia menyakiti jirannya"

Klik sini untuk bacaan lebih lanjut mengenai Konsep Jiran.

Dan hari ini aku mengingatkan diri aku sendiri untuk tidak sama sekali melakukan hal yang sama kepada jiran tetangga aku kerana JIRAN mempunyai kedudukan yang tinggi dalam ajaran ISLAM.

Hopefully jiran di tempat baru nanti lebih molek budi pekertinya! Insya-Allah

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...