Sotong Punya Pasal! (^_^)
Hari ini lepas aje melawat adik ipar aku di hospital, aku dan Encik suami terus balik ke rumah. Ni kali kedua kami melawat Faiz yang dimasukkan ke wad sejak Isnin lalu kerana masalah pundi kencing.Rancangan asal nak singgah ke Aeon Bukit Raja selepas balik dari melawat Faiz, tapi penyakit malas mula datang ditambah dengan bunyi perut yang mula menendangkan rentak rock!
Dalam kepala otak dah bayangkan nak masak sambal sotong!
------------------------------------------
Semalam time Encik suami beli sotong jenis ni di pasar malam berhampiran rumah kami, aku dah buat muka kelat sebab membayangkan azab yang bakal aku lalui ketika membersihkan sotong tu nanti.
"Beli yang besar sikitlah Yang, susah Ayang nak bersihkan nanti" rayu aku kepada Encik suami sambil buat muka kesian menagih simpati.
"Tak mahulah! Abang suka yang jenis ni. Sedap sikit!" kata dia tanpa langsung menoleh ke arah aku. Pada aku tak ada bezanya sotong kecil ke besar, sotong juga! Cuma yang besar senang nak bersihkan.
"Susah nak bersihkan nanti, kecil sangat!" rayu aku lagi.
"Ala, bersihkan gitu-gitu pun tak apa!" kata dia selamba.
Nak tak nak terpaksalah juga aku melayankan karenah Encik suami. Balik dari pasar malam aku terus bersihkan semua barang basah yang dibeli. Senang nak masak, tinggal campak aje nanti!
Hampir satu jam aku mengadap sotong tu semata-mata nak bagi dia jadi putih berkilat! Kembang tekak membayangkan kalau ia dicuci setakat gitu-gitu aje seperti yang diperkatakan Encik suami.
So hari ni aku tinggal sediakan semua bahan-bahan untuk masak sambal, lepas tu campak aje sotong dalam kuali! Settle! Jimat masa! Kalau tak, tak makanlah jawabnya!
Lepas tu masak sikit sayur. Tekak aku tak boleh "jalan" kalau makan nasi setakat ada lauk aje, mesti kena ada sayur! Baru masyuk!
Lebih kurang pukul 9:30 malam kita orang dah duduk mengadap rezeki. Sekarang ni dah kenyang sangat sebab tu sempat lagi post entry ni. Erk, Alhamdulillah!
Bagi rezeki malam ni hadam dulu, lepas tu bolehlah beradu! Nak tengok Adam dan Hawa sekejab lagi. Entah kenapa aku dah jadi ketagih tengok cerita ni walau ia hanya ulangan!
Apapun selamat malam semua! (^_^)
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿