Kesihatan Anak, Keutamaan Aku! (^_^)
Cehwah, title entry hari ini dah macam kempen pilihan raya pula! So apa lagi readers, vote lah aku! Hehe! Dak, sebenarnya nak cerita pasal kesihatan anak-anak aku ni.Siapa yang dok rajin terjah blog aku ni mesti tahu yang anak-anak aku agak kerap tak sihat. Sebagai seorang Mama aku cuba bermacam ikhtiar memastikan mereka sihat macam anak-anak orang lain.
Walaupun ada segelintir orang yang menuding jari pada aku yang berkata bahawa kesihatan anak-anak aku yang tak menentu disebabkan gen yang mereka warisi dari aku.
Aku akui terluka dengan kata-kata tu, tapi tak akan sama sekali tunduk dengan cacian mereka yang aku kategorikan sebagai "pandai cakap".
Ada juga orang mencadangkan untuk berubat cara kampung. Tapi sorry berlori, aku kurang percaya dengan cara ni. Bagi aku penyakit yang disebabkan virus tak akan baik dengan berubat cara kampung.
Aku tak akan sama sekali cagarkan nyawa anak-anak aku hanya kerana benda-benda ni. Kecualilah doktor sendiri yang menyarankannya sekiranya penyakit tu tak dapat diubati.
Anyway, sebelum ni aku ada terbaca dekat blog Lekat Lekit pasal anak dia yang sebaya Aisy jarang jatuh sakit. Dia kata dia bagi anak dia Scott's Emulsion. Agak kerap juga dia post entry pasal ni.
Sebab dah kerap dia post entry pasal tu, aku jadi TERPENGARUH! Lagipun no harm pun kalau cuba ye dak! Besides moto aku kan, kesihatan anak keutamaan aku! Hehe!
So mula-mula tu aku try botol yang paling kecil takut anak-anak aku tak mahu makan macam lain-lain supplement yang pernah aku beli sebelum. Anak-anak aku ni agak particular sikit bab rasa.
Suprisingly, dia orang suka pula! In fact Afif adalah reminder aku setiap hari. "Mama, nanti bagi Afif makan vitamin tau! Afif nak sihat!" kata Afif.
So sekarang ni dia orang dah consume botol kedua.
Apapun aku dah ikhtiar, selebihnya aku serah pada DIA yang Maha Kuasa. Lagipun setiap penyakit yang datang tu adalah dugaan dari Allah SWT untuk setiap hamba-Nya.
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿