Anmum Supporter! (^_^)

11:11:00 pm Yana Yani 1 Comments

Baru hari ini ada kesempatan nak update blog ni setelah beberapa hari bercuti di kampung kelahiran aku di Kuala Lipis, Pahang. Next entry aku akan cerita aktiviti aku dan family di sana. So tunggguuu!

Hari ini aku akan sibuk sikit, maklumlah hari pertama bekerja dalam minggu ni. Hehe! Sebelum pergi kerja melayan anak-anak dulu. Lagipun Encik suami kerja shift pagi minggu ni, so kena uruskan sorang-sorang!

"Mama, Afif sakit pingganglah!" kata Afif sambil memegang bahagian pinggang dia.

"Macam mana pula Afif boleh sakit pinggang ni?' tanya aku sambil menyuapkan roti ke dalam mulut Aisy.

"Tak tahulah. Ada kahak kot!" kata Afif selamba.

"Bertuah!" bisik hati kecil aku. Sejak bersekolah ni, Afif memang rajin bagi excuse semata-mata tak mahu ke sekolah! Pening juga kepala ni kadang-kadang.

Anyway time hantar Aisy ke rumah Mak pagi tadi, aku nampak sampul surat di atas meja yang tertera nama aku. "Wah, Anmum Club!" kata aku sendirian.

--------------------------------------------------

Aku begitu excited bila dapat sampul surat dari Anmum Club setelah sekian lama tak dapat apa-apa berita dari kelab ni. Bertambah teruja bila isi di dalam sampul surat dikeluarkan.


Jujurnya aku "berjuang" agak lama juga sebelum semua yang di atas berjaya dimiliki. Hehe! Sebenarnya aku dah jadi ahli kelab Anmum sejak mengandungkan Afif.

Time tu dah start collect hujung sudu untuk dapatkan points. Sebenarnya aku memang suka-suka benda macam ni. Part paling best bila dapat redeem something bila points dah cukup! 

Aku agak curious bila tak dapat apa-apa news dari Anmum. Aku pernah hubungi careline dia untuk renew membership aku, tapi time tu customer service kata ada problem dengan sistem.

Tapi bila colleague aku beritahu yang dia dapat buku redemption Anmum walaupun dia bukan user, aku agak tak puas hati. Loyal user tak dapat apa-apa! Ini tidak adil!

So aku call careline untuk ke sekian kalinya. Kali pun customer service beritahu sistem ada problem, lepas tu janji nak call aku balik. Sampai ke sudah aku tunggu, tak call juga!

Aku yang call dia orang balik semata-mata nak buat redemption sebab hadiah penebusan kali ni lagi menarik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kalau tak, tak usah mimpi!

Tak tahu berapa puluh kali aku kena call sampai customer service yang last answer call aku kena marah! Tapi disebabkan sifat profesional dia, akhirnya settle "kes" aku.

Jujurnya aku akan tetap akan menggunakan Anmum walaupun agak kurang berpuas hati dengan pengurusan kelab. Apapun lately aku ada nampak improvement pada Anmum Club berbanding sebelum ni.

So keep up the good works Anmum Club! I will be your supporter as long as you provide good products and services which is valuable to your loyal customer, especially those like me!

P/S - Sekarang tengah setia menanti barang yang aku redeem baru-baru ni. Bilalah agaknya nak sampai. Hopefully tak akan melalui lagi moment sebelum ni! (^_^)

1 comment:

  1. follower 12
    http://coretanhatikathy.blogspot.com

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...