Dua Tahun Sebagai Blogger (^_^)

7:19:00 am Yana Yani 33 Comments

Pejam celik, rupanya aku dah dua tahun dalam dunia blogging ni. Banyak benda yang aku belajar dalam tempoh tu. Ada benda baik dan ada juga sebaliknya.

Akaun untuk blogspot ni aku dah ada sejak tahun 2008 tapi aku hanya mula menggunakannya sekitar Julai 2012. Itupun hasil bantuan Fiza Ismail sebab aku tak tahu langsung cara nak menggunakannya.

Jujurnya aku suka menulis. Masa zaman sekolah dulu selalu dapat markah tinggi dalam penulisan sehingga ada seorang cikgu mengatakan bahawa aku mempunyai peluang yang cerah dalam bidang penulisan.

As time goes by, aku tinggalkan dunia penulisan. Sibuk melayari zaman remaja yang penuh dengan warna. Aku kembali semula dengan hanya menulis dalam journal milik peribadi aku sendiri. 

Semua cerita aku tulis dalam journal tu. Segala suka dan duka. In fact ada juga beberapa ahli politik yang aku kutuk dalam journal tu. Hehe!

Kini aku meneruskan minat aku. Bezanya sekarang aku menulis di dalam blog. Menjadi tatapan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Malahan cerita juga perlu bertapis.

Aku menulis hanya kerana minat dan kenangan untuk masa hadapan. Tak lebih dan tak kurang. Mungkin kedengaran cliché, tapi itu sememangnya hakikat. Populariti bukan matlamat aku.

Cerita yang aku tulis pada tahun pertama hanya di baca oleh aku seorang. Kadangkala ada juga komen dari Lekat Lekit dan Zura Lee yang merupakan antara follower terawal blog aku ni.

Hanya selepas mengalami Kathy R'bain aku mula dikenali dalam kelompok kecil blogger. Semuanya disebabkan review yang Kak Kathy. 

Jujurnya, aku terhutang budi dengan Kak Kathy.

Hari ni, blog Diari Seorang Mama (yang aku tidak akan sama sekali katakan ianya picisan sebab ianya begitu priceless) adalah seperti yang korang lihat sekarang.

Mungkin tiada banyak perubahan. Cuma aku sedang belajar income yang boleh perolehi dalam bidang ni. Kalau nampak ada yang tak betul, maklumkan sebab aku masih belajar.


Terima kasih juga buat korang yang menyokong samaada dengan meninggalkan jejak atau tidak. Blog ni pasti hilang serinya tanpa kunjungan korang. Terima kasih!

Untuk 20 nama yang tersenarai di bawah, ada something yang aku ingin berikan. Mereka ni adalah yang rajin meninggalkan jejak sejak dua tahun yang lalu.

Kecil sahaja nilai pemberian yang bakal mereka terima. Apa dia? Biarlah rahsia, tapi ianya adalah sebagai satu simbol penghargaan yang ikhlas dari aku. 

Yang pasti, definately not model kereta Axia ye BM (^_^) 

Mereka yang dimaksudkan adalah seperti yang tersenarai di bawah:
  1. Kathy R'bain - Diari Resipi
  2. Mimi Azirah - Corat Coret Pink Ummi
  3. Muhammad Khairuddin Lim - Kaki Travel: From Malaysia to the Worl with Khairuddin 
  4. Hainom OKje - Hainom OKje
  5. Khir Khalid - Khir Khalid
  6. Bin Muhammad - Relaks Minda
  7. Mrs. Secretary @ Farah - Blog Mrs. Secretary
  8. Tetamu Istimewa @ Cikgu Helmi - Tetamu Istimewa
  9. Nurul - Diary Nurul
  10. Suria Lekatlekitgurl - Lekat Lekit Story
  11. Lieya Latif - Kembara Chynta Kami
  12. Izan Mama Mia - Mia Duniaku
  13. Norhasniza Khalid - Mamaniza.com
  14. Mar Mansor - Janji Kita
  15. Nora Karim - Diolag Uda
  16. Vee Sandi - Cetusan Minda
  17. Aryan Azra - Cerita Tentang Kita
  18. Aku Penghibur @ Acik - Jom Senyum Bersama Aku Penghibur
  19. Maria Firdz - Truly Love
  20. Bunda a.k.a KN - Teratak Bunda
Once again, terima kasih. Insya ALLAH kalau panjang umur dan dikurniakan kesihatan yang baik, aku akan lakukan benda yang sama untuk tahun ketiga pula.

Anyway small gift tu dalam proses penghantaran ye. Kalau siapa yang tersenarai dah dapat, sila maklumkan pada aku ye. Sebab pakai normal post dan mungkin agak lambat sampai.

Rasanya itu ajelah bebelan aku sempena second anniversary blog ni yang sebenarnya pada bulan Julai yang lalu. Till we meet again, Assalamualaikum.

33 comments:

  1. assalamualaikum.. tahniah tuk awak, dan untuk diri mama juga.. syukur dah 2 tahun bergelar blogger.. tahniah sekali lagi.. teruskan menulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam mama
      terima kasih kerana menyokong, sejujurnya saya amat menghargai

      Delete
  2. wah..tahniah buat semua... =)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, kak. Lama tak singgah sini. Maaf ya. Oh, terima kasih atas penghargaan ini. Moga kita terus bersahabat. Kita akan terus menyokong antara satu sama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam cikgu =)
      tak mengapa, akak faham kesibukkan insan pendidik seperti cikgu
      terima kasih buat cikgu ye

      Delete
  4. Jangan asyik mention nama kathy sgt sis.. Kathy tak buat apa pun. Sis di kenali sebab gaya penulisan sis yang santai dan best. Semua tu berkat usaha sis sendiri. Sebab tu kathy wajib terjah blog sis. Best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tu kan hakikat, saya tak sembunyikan kebenaran =)
      akak memang banyak membantu saya
      tak mungkin orang tiba-tiba singgah ke sini
      semua sebab akak
      minta maaf saya tak dapat nak janji tidak akan lagi menyebut nama akak
      akak memang banyak membantu saya

      Delete
    2. Blog kathy dah 2 tahun lebih sis..

      Delete
  5. Happy 2nd anniversary blog Diari Seorang Mama... moga lebih banyak perkongsian pada masa2 akan dtg.... tahniah juga buat mereka yg sudi meninggalkan komen... hehe termasuk diri sendiri... moga persahabatan berkekalan... amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak nora!
      terharu baca komen ni,
      ye, moga persahabatan alam maya ni berkekalan

      Delete
  6. Alhamdulillah Yana... tahniah. Tersenarai juga saya ye hehee.. Tahniah juga kpd rakan2 yg lain. Semoga terus sukses Yana.. aamiin.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mestilah, antara orang penting ni
      apapun terima kasih pada en khir juga ye

      Delete
  7. Happy 2nd Anniversary utk blog yana.. eheh,, blog farah tersenarai la.. makacih dear...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk farah juga atas sokongan selama ni =)

      Delete
  8. Tahniah yana... semoga sukses untuk hari mendatang... :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah... Tahniah..
    Keep blogging..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, memang saya bercadang begitu
      apapun terima kasih ye

      Delete
  10. Syukur...dah dua tahun berblogging dan masih aktif! Semoga ianya kekal berterusan... Benar, anda punya bakat dalam penulisan, teruskan... Selamat ulang tahun ya!

    p/s: usia blog kita hampir seusia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, tak sangka sebenarnya
      terharu mendengar komen BM ni, tak sangka ada yang perasan
      ni yang bertambah semangat unruk berkarya, cehwah!

      p/s: saya tahu tu, BM punya blog muda sikit dari saya =)

      Delete
  11. Tahniah, Yana. Dah dua tahun rupanya. Muda blog saya setahunlah kalau gitu. Saya pun start bulan Julai juga. Sebenarnya saya ni kalau diberi pilihan memang suka terjah blog mak-mak yang suka meleret bercerita. Seronok membaca. Sama macam tukang komen ni hah, suka je corner baring bila menulis. Orang suka ke tidak, belakang kira. Janji otak kosong balik lepas tulis story mory dalam blog.

    Semoga berkekalan lama hendaknya blog Yana ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..samalah kita MD
      terasa dekat tau kalau baca komen mak-mak orang ni
      macam-macam cerita tu yang buat rasa seronok baca
      saya suka komen MD ni tau, antara yang sentiasa ditunggu

      Delete
  12. Tahniah YY kerana bertahan sampai sekarang....
    Betul kata awak...tanpa mereka yg mengomen dan menyokong siapalah kitakan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih pada okje juga
      betullah kan okje, tanpa mereka sapa kita ye dak

      Delete
  13. saya juga bermula pada July 2012 . Tak teringat langsung sebenarnya . Bila dah byk kali tukar link dan blog , tarikh special dah tak ingat dah. tahniah , yana . semoga lebih produktif lepas ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? samalah kita ye
      blog ni setakat suka-suka aje =)

      Delete
  14. TAhniah kepada mereka..barulah makin ramai yg minat nk tinggalkan komen apabila kunjungan di hargai..akak pun nk masuk dalam list utk next anniversary lah hihihih

    ReplyDelete
  15. Selamat ulang tahun kedua blog Yana...hadiah bunda dah terima...terima kasih...

    ReplyDelete
  16. terima kasih kerana beri pada acik.. comel !! siap ada suarat lagi... selamat ulang tahun ke 2 blog ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat dah ye, alhamdulillah
      glad acik suka =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...