Sesekali Makan Di Luar (^_^)
Sejak berpindah rumah ni, kami sekeluarga sebenarnya dah terlalu jarang makan di luar. Boleh dikatakan sekarang, setiap hari YY masak.Suka ke tak suka ke, terpaksa juga buat. Lagipun ini adalah salah satu cara untuk kami melakukan penjimatan dalam keadaan ekonomi keluarga kami yang agak merundum kebelakangan ni.
YY ni sebenarnya kalau bab masak, memang fail! Kalau boleh nak makanan tu terhidang aje! Memang nikmat betul hidup! Hehe!
Tapi demi anak-anak dan Encik suami, YY gagahkan juga. Satu benda yang buat YY mampu atasi perasan malas tu adalah apabila memikirkan ganjaran yang YY bakal perolehi (^_^)
Kan besar pahala apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan perasan ikhlas (^_^)
Minggu lepas selepas mengambil Afif dan Aisyah dari rumah Mak, Encik suami tiba-tiba melalui jalan yang berbeza dari kebiasaan.
"Kita nak pergi mana ni Papa?" tanya Afif kepada Encik suami apabila dia perasan Encik suami melalui jalan yang berbeza dari kebiasaan.
"Jalan-jalan" jawab Encik suami ringkas.
YY pun tak syak apa-apa, lagipun kawasan perumahan kami tu sedang dilakukan aktiviti fogging buat julung kalinya. Mungkin ada jiran kami yang terkena denggi.
Kurang pasti sebab balik kerja terus kelam kabut uruskan rumah. Weekend pula jarang ada di rumah. Tak berapa kenal sangat lagi masyarakat sekeliling. Lagipun rumah banyak lagi kosong.
Tak lama selepas berkata begitu, Encik suami berhenti di sebuah restoran yang pernah satu ketika dulu kami kerap kunjungi. Restoran Seroja nama dia.
"Turun. Jom kita makan!" kata dia mengarahkan semua orang di dalam kereta turun.
"Yeah! Afif pun memang lapar ni" sorok Afif kegembiraan di dalam kereta.
Kedai ni adalah milik seorang lelaki yang berasal dari Kelantan yang kami gelar Awe. Rasa makanan dekat sini boleh tahan juga. Kalau tak, tak akanlah ada artis makan dekat sini kan?
YY pernah nampak rap artis, Reza dan pelakon Sharifah Sofea. Alah hak yang berlakon cerita Nur Kasih tu! Jadi second wife pada Remy Ishak. Ingat dak?
Lepas dah sekian lama "bercuti", kami ke sini semula. Tak banyak berubah.
Anak-anak YY tiap kali ke kedai makan, mereka memang suka sangat dok order bali suam atau ais. Memang tak pernah order air lain. Tak tahu pasal apa.
Kalau kami suami isteri pula, muka teh ais! Pergilah sampai ke ceruk mana pun, tetap dok cari teh ais. Hehe! Rasanya air lain tak boleh masuk ke tekak kami.
Makan pula YY dok pilih nasi goreng kampung. Biasa YY suka makan nasi goreng ayam, tapi dekat kedai ni nasi goreng kampung dia sedap sikit.
YY teringat YY tak lama dulu pernah duduk dekat zon kuning atau pra-kritikal di bahagian kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah akibat disyaki diserang tiroid storm.
Tekak terigin nak makan, Encik suami bungkuskan nasi goreng kampung dari kedai ni lah.
Disebabkan YY duduk agak terlindung, maka tak ada siapa yang perasan YY sedang makan. Teringat perbualan seorang houseman dengan seorang staff nurse.
"Macam bau belacan kan?" kata houseman tu.
"Doktor jangan macam-macam boleh tak malam-malam buta ni? Saya sorang malam ni tau!" kata staff nurse tu disambut dengan gelak oleh houseman terbabit.
Encik suami pula dia suka makan paprik ayam dengan telur dadar. Sambal belacan tu dia tak kasi YY sentuh, kejam betul!
Masa nak order Afif tanya pada YY, "Mama yang ada telur atas dia tu, nasi apa ye?"
"Nasi goreng pataya" jawab YY ringkas.
"Ha! Yang tu lah! Tak nak cili dengan sayur tau" kata dia kepada orang yang mengambil order.
Untuk potion yang agak besar ni, Afif dan Aisyah perlu berkongsi. Kalau tak memang tak akan habis. Itu pun kena juga tapau sebab tetap tak habis.
Lepas dah masing-masing kekenyangan, kami bergegas pulang sebab Encik suami bekerja malam tu. Aisyah sampai aje dekat rumah terus beradu.
Afif pula sempat juga belek mainan dia. Tapi bila dia nampak Mama dia pun dah menunjukkan tanda-tanda nak tidur, dia pun tidur (^_^)
Malam tu lepas Encik suami keluar bekerja, kami semua tidur. Agak awal dari biasa. Maklumlah masing-masing dah kekenyangan (^_^)
Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk hari ni. Moga berjumpa di lain entry, Assalamualaikum (^_^)
Bihah dah follow blog ini
ReplyDeletekalau sudi folloow balik dan singgah sellalu
http://bicarabihah.blogspot.com/
terima kasih
terima kasih bihah =)
Deletegood moning
ReplyDeletesinggah pagi
hari ini baru masuk keja
sory x sempat nk komen
good morning hanum =)
Deletetak mengapa, terima kasih singgah sini ye
comelnye aisyah tu tido hehe...muka lebih kurang je dgn abg.
ReplyDeletehehe...jari mesti kat mulut kalu tidur =)
Deletesesekali bercuti masak memang syok..hehe..kalo tiap ari makan luar..poket boleh kempis..huhu..
ReplyDeletehehe...sesekali bolehlah
Deletekalau selalu memang confirm kempis poket!
Kesian kat houseman dan staff nurse yang ketakutan kotnya ada hantu tengah 'mengtekadarah' belacan! Hihihi...
ReplyDeleteSayakan kalau pergi restoran Melayu dan tetiba tekak Melayu fully recover, mesti nak minta nasi goreng ikan masin tak pun nasi goreng belacan. Authentic sungguh citarasa tau ^_^
Anak-anak saya kalau makan luar je yang besar nak apple juice, dan yang kecil nak milo ais. Lepas tu, Mommy dan Daddylah yang berusaha untuk habiskan air anak-anak.
hehe..tulah pasalnya
Deleteboleh diorang lansung tak perasan saya tengah pelahap
mungkin sebab zon tu untuk pra-kritikal
tak mungkin ada yang makan kecuali saya...hehe
semua menu yang MD sebut tu, saya tak pernah makan
biasa saya order apa yang saya biasa makan je =)
Kakak tengok Aisyah makan siap ada nasi tertinggal di dagu tu dpt rasakan alangkah nikmatnya:) Kenyang sampai rumah terus lena.. senang tak banyak kerenah.
ReplyDeletesedap sangatlah tu sampai gitu =)
Deletetulah, jarang sebenarnya dia begitu
Sama. Anak kecik Kak Azie yg nama Chak tu penggemar tegar Nasi Goreng Patayya!
ReplyDeletehehe...boleh kawan dengan afif lah si chak tu =)
Deletecomey nya aisyah tdo.
ReplyDeletehaha. dekat mana kak restoran seroja tu?
sy kalau g kedai mesti nak cari owner kelantan. makanan ala thai gitu kadang2. baru kena dengan tekak. hee
hehe...dekat dengan jalan haji sirat
Deletetak jauh dengan perumahan mak akak di taman klang utama =)
tapi boleh tahan abe ni masak tau =)
waalaikumsalam yana...
ReplyDeletebetul tu sesekali makan diluar ok la,kalau selalu tak boleh la,kena save bajet.
akak pun macam tu la
hehe..sekali sekala tak apalah dak
Deletegawat sekarang ni =)
Kathy pn sk teh ais..tak pun teh o ais. Hehe..mkn kat luar sll order ns grg kampung atau ikan masin..sape kata sis failed bab masak..semua nmpak ok aje.
ReplyDeletesaya memang aimed teh ais aje kak
Deletetak penah order ayer lain...hehe
nampak memang okay kak, cuba akak rasa
mau kembang tekak akak dibuatnya...hehe
Eh..pujian ank² boleh percaya tau?kalau dah afif kata sedap memang confirm sedapnyer tu.aunty kathy percaya cakap afif dan aisyah.
Deletehehe...agaknyalah kot
Deletelagipun mungkin dah terbiasa makan dari kecil
Sedap dan kenyang sangatlah tu. ..sampaitertidur....si aisyah tu.. hehehe
ReplyDeletekenyang satu hal tu
Deletekalau tunggu saya masak, belum tidur lagi =)
sedapnya air barli. saya pon suka XD
ReplyDeletehehe. kelakar part staf nurse tu. akak makan nyorok2.
akak suka juga
Deletetapi biasa kalau p kedai, order teh ais
tekak sakit camne pun, teh ais kasi satu!
hehe...akak tak tahu camne diorang tak perasan akak tengah makan
Tukar angin...
ReplyDeletePandai en Suami buat surprise.... sekali sekala belanja anak isteri makan kat luar.... Teringat masa kecil2 dulu....Memang suka sgt kalau mak ayah bawa makan kat luar.... Tapi jarang2 sgt sbb adik beradik ramai...
ReplyDeleteBagus Aisyah dah Afif suka minum air barli.... bagus juga dari mereka order yg ntah apa2 dari menu mcm anak2 saya selalu buat.... suka tunjuk gambar jer kat menu.... Tup2 yg sampai tak sama dgn gambar tak menu... mula lah mereka frust... Kita dah beritahu, tapi tak percaya.... huhuhu
Memang kelakar part perbualan dalam ward tu.... Boleh pula mereka tak perasan... keh keh keh..
tulah, tak jangka juga sebenarnya
Deletetapi dah buat gitu memang syukur alhamdulillah =)
kami ni kan NB, kalau dah makan tu, makan tu ajelah
tak akan order benda lain...hehe
tekak tu macam tak boleh terima kalau makan benda lain
hehe...saya pun pelik tau, mungkin sebab saya ni terlindung
ye la..sesekali nk jugak mkn kat luar kan..
ReplyDeletelya pon skarang ni merajinkan diri msk mlm2 utk bawak bekal esok..nk berjimat jugak,. jgn tkejut klo dtg kemaman.. makanan kat sini t'sgt mahal. huhu.. klo keluar breakfast wajib sedia rm10.. xpe x sedap pon masakan kita..klo mask penuh ikhlas n kasih syg msti akn jd sedap.. lya mlm2 je duk google la resepi. huhu
tulah kan, sekali sekala tekak perlu beralih angin
Deletemakan masakan sendiri pun rasa muak juga...hehe
saya pun dulu ada hari yang tak masak, tapi sekarang setiap hari masak!
saya percaya bab harga tu
tak jauh beza kemaman dengan klang,
breakfast untuk seorang memang dah sah-sah melayang rm10
surprise terancang macam ni memang best. hehe.. ^_^
ReplyDeleteuntung2 encik suami buat lagi.
tapi kurang fahamlah cerita nurse dgn houseman tu?
terr...
tak tahulah terancang ke idak, yang pasti seronok
Deleteberbunga hati bini dia yang keletihan ni...hehe
kalau ko tak paham, akak pun tak paham...hehe
saya rasa saya dah faham pas baca komen2 yg kat atas ni.. rupanya depa ingat ada hantu tengah melantak belacan la ye.. miahahaha.. mana ada hantu belacan dlm dunia ni..
Deleteorang tengah makan belacan senyap2 adalah.. hehe.. ^_^
diorang kan dekat kawasan yang biasanya makhluk lain
Deletesuka singgah, tak mustahil mereka pernah nampak atau dengar
malam tu pula. tetiba ada bau belacan
padahal dekat zon pra kritikal, bau diorang tak meremang
mana diorang nak tahu akak tengah makan sebab orang lain separuh nazak =)
rasa seronok dan puas hati,kan...jika bawa anak2 keluar makan..dia org makan dgn penuh berselera..
ReplyDeletebetullah kak
Deletebila tiba bab ni, kita lebih seronok tengok anak-anak seronok
amboi boleh tahan selera budak2 ni banyak yg diorder tu !
ReplyDeletediorang order sikit je
Deleteyang order lebih tu papa diorang...hehe
saya tak lah diana, teramat kurang berbanding dahulu
ReplyDeletekeluar berjalan, tapi tak makan dekat luar sebab ada lauk kat rumah =)
biasa keluar setakat ronda-ronda aje
Rindunya nk mkn kat luar... Lama dh kami. Mkn kt luar sbnrnya..
ReplyDeletesaya pun setelah sekian lama
Deletebaru ni lah cikgu ada rezeki makan di luar =)
air bali bagus utk kesihatan . selalunya bebudak tak suka . klu saya lak mesti nak cari air yg saya x blh minum kat umah . nasi padprik antara kegemaran saya bila mkn kat luar ... kat sini fogging mmg kerap tapi main sembur dari luar je . x de nya nak pi belakang umah ...
ReplyDeleteanak saya suka sangat air barli ni
Deletekadang tu berebut sebab air barli aje =)
saya pula pelik, benda selalu makan tu lah yang nak order juga...wahaha
sini baru tulah first time fogging, tak pasti belakang dia buat ke idak
Berselera tengok budak2 tu makan... :) pastinya bahagia dapat makan sekeluarga kan...
ReplyDeletekena pada tekak diorang, tu yang nampak berselera je =)
Deletesemestinya idah, bukan selalu kan =)
saya pun baru balik dri makan luar. Air takde kt rumah. terpaksa makan luar. wuwuwu.
ReplyDeletehehe...oraitlah tu
Deletekalau akak pun akan guna alasan yang sama =)
nak kena terjah entry lama2 YY ni, baru dpt tahu YY ni kerja apa. sukalah saya tengok cara penulisan YY, cukup menjaga kemurniaan bahasa... memang nampak jenis beringat dna kemas, patutla Afif pun ikut perangai suka mengemas.. mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi, ye dok?
ReplyDeletekalau ahli keluarga kita makan dengan gembira, memang suka nak ulang makan kat kedai tu kan? kalau tak sekali cukup la, jangan harap nak jejak kaki lagi kat sana..
entry lama saya tak pernah cite saya keja apa lah AN
Deleteterharu sungguh saya dengan komen yang saya anggap pujian ni, lain kali puji lagi ye
jujurnya saya minta menulis, mungkin sebab tu lah kot =)
betullah AN, selagi tak jemu emmang dok ulang kedai tu aje
empunya kedai sampai dah kenal...hehe
comel j aishah hisap jari..
ReplyDeletesaya pon suka nasi paprik dgn sambal belacan.dkt kl ni stu kedai j menepati citarasa saya.rosdet tomyam.tp tu la last mengandung x dpt makan.kedai ttup dri sblm raya sampai lps sy bersalin..
paprik dia sedap.sambal belcan kaw..berapi makan.hahha
suami saya suka paprik dengan sambal belacan
Deletetapi kalau kat rumah buat, belum menepati citarasa dia =)
awat kedai dia tutup?
Fuhh.. tiba2 timbul selera tengok telur dadar tu.. Baru tengok telur dadar je, yg lain2 toksah cakap laa.. :D
ReplyDeletehehe...tengok telur dadar pun dah berselera ye KK =)
DeleteSaya pun dah tanda2 nak tidur ni.
ReplyDeleteKalau esok cuti, xpelah.
Ni ada kursus.
pergilah tidur doktor
Deletenanti halusinasi pula =)
Saya pun malas masak jugak, hehehe. Tapi sebab anak-anak dan suami kena lawan sikap malas tu. Nasib baik anak-anak saya tak cerewet bab makan. Asalkan ada kuah dengan telur dadar pun dah cukup.
ReplyDeleteSekali-sekala keluar makan reward kiranya reward untuk kita yang hari-hari masak kat rumah ni. Nak jugak rasa masakan orang lain.
saya tak berbakat dalam bidang masakan ni sebenarnya =)
Deleteanak-anak saya juga tak susah penuhi tekak mereka
yang susah papa diorang yang agak selective
hehe...betullah tu kan =)
bagi sis JM better mkn di rumah lagi jimat dan kita tahu tahap kebersihan nya. makan di luar tu boleh lah kan sesekali nk tukar selera :-)
ReplyDeletebukan selalu [un makan luar JM
Deletekekadang aje sekarang =)