Perlunya Peralatan Asas Menjahit (^_^)
Setiap isi rumah memerlukan peralatan asas untuk menjahit tak kira apa sahaja status korang. Malahan sebahagian kawan YY mempunyai peralatan tersebut dalam handbag diorang.Pernah terjadi, kawan YY jahitan pada kain dia tertetas. Sekembali dia dari toilet, YY perasan tetasan tu dah tak ada. Apa dia ni main magic ke? Kejab ada, kejab tak ada.
Bila ditanya dia hanya menunjukkan satu beg kecil yang mengandungi peralatan asas menjahit. Tapi dia ni jenis manusia critical thinking. Kalau YY tak terfikir begitu. Hehe!
Anyway, apa dia peralatan asas menjahit? Mudah dan murah. Malahan tak perlukan ruang yang besar untuk menyimpan. Korang hanya perlu ada gunting, benang dan jarum. Itu sahaja!
Yang lelain tu hanya peralatan tambahan lain untuk memudahkan kerja menjahit korang. Tak usah risau kalau tak tahu menjahit. The moment korang pegang aje jarum, confirm pandai jahit! Hehe!
Dulu YY dah ada complete set jahitan. Tapi bila berpindah rumah, entah ke mana dia lari. Terpaksa beli baru. Sekarang YY dah ada set yang boleh dikategorikan lengkap jugalah (^_^)
Ni kalau nak dibandingkan dengan Mak Mentua YY, memang jauh panggang dari api. Mana tak nya, YY punya Mak Mentua seorang tukang jahit.
Dari sekecil-kecil bahan sehingga ke besar-besar bahan dia ada. In fact dia ada satu bilik khas untuk menjahit. Tapi setakat ni belum ada seorang pun anak atau menantu yang mengikut jejak dia.
What a waste! Nak buat camne, masing-masing tak minat (^_^)
Kami anak-beranak pun dah jenuh merasa baju yang dia buat. Baju sekolah agama Afif pun dia yang beria nak buat walau sedia maklum kami dah belikan.
Sudahnya Afif ada baju sekolah agama lima pasang!
Berbalik kepada perlunya peralatan menjahit ni, kita tak tahu pada waktu bila kita perlukan dia. Akan ada situasi seperti kawan YY tadi, butang tertanggal dan sebagainya.
Sebab tu sangat perlu bebenda ni dalam rumah kita.
Contoh paling mudah lencana sekolah Afif dah tak pakai lekat macam zaman YY sekolah dulu. Semuanya perlu dijahit bagi mengelakkan lencana tertanggal.
Ni kalau upah orang, YY dengar cerita ada yang charge sehingga RM10 untuk satu lencana! Mahal sungguh! Baik jahit sendiri walau tak sesempurna mana.
Janji lekat dah lah kan (^_^)
Ilmu menjahit pernah dipelajari ketika Tingkatan Tiga dulu. Kalau tak silap subjek Ekonomi Rumah Tangga. Belajar masak, belajar menjahit, macam-macam lagilah. Tapi seronok!
Walau tak ingat secara terperinci apa yang dipelajari, tapi boleh jugalah rasa bangga dengan diri sendiri sebab mampu menjahit walau hanya asas.
Ni mesti nak tunjuk kehebatan dia sebagai anak tukang jahit. Okay! Tak apa! Since dia kata dia lagi pandai menjahit, YY suruh dia buktikan kehebatan dia.
Dia tanpa teragak-agak menyahut cabaran YY. Eksyen!
Tengoklah gambar dekat atas betapa khusyuknya dia menjahit. Tak pandang langsung kiri kanan. Fokus dok menjahit lencana pada baju anak bujang dia.
Tak lama lepas tu dia berikan baju Afif yang dah siap dijahit lencananya. Tengok aje jahitan MyChintaHati, YY tak boleh nak elak dok ketawa terguling-guling.
Dia pula tetap senyum bangga walau bini dia dah macam orang kena sampuk bila tengok jahitan dia. Malahan dia tetap mengatakan jahitan dia lebih cantik berbanding YY.
Macam ni dia kata jahitan dia hebat? Cis!
Hebat lagi jahitan YY sebab dah sama macam jahit guna mesin!
Silalah puji juga korang wei! Hehe!
Tapi sebenarnya kalau dinilai dengan teliti memang sama buruk aje jahitan kami. Tapi YY punya cantik sikitlah. Sikit aje! Hehe!
So apakah moral yang korang boleh perolehi dari cerita ni? Yang pertama, peralatan dan pengetahuan asas menjahit memang perlu sepertimananya perlunya kita menulis.
Yang kedua, selagi ada orang tua, pelajari dan kaut segala ilmu dari mereka sebaik mungkin sebab sayang kalau ilmu itu hilang begitu sahaja. Dah tak ada pengganti!
Moral yang ketiga dan terakhir untuk cerita hari ini adalah, jangan bagi laki korang menjahit kalau korang tak nak kena sawan gelak. Hehe!
Itu ajelah bebelan merapu meraban YY untuk hari ni. Terima kasih kerana membaca. Till we meet again korang! Assalamualaikum (^_^)
tahun ni boleh hantar tempah baju raya tak? hahaha..
ReplyDeletemmg kagum tgk orang yg reti menjahit ni. sangat jeles.. nak belajar kemahiran,tak ada rezeki/masa lagi..
tu perli ke apa....hehe
Deletebaju sendiri pun tak terjahit, nak buatkan
memang jadi kain buruklah jawabnya...hehe
kalau tengok MIL buat, cam senang aje
kejab aje nampak dia potong kain, jahit, lepas tu dah jadi baju
Cantik plak jahitan tangan YY. Lagi cantik drpd jahitan tangan saya yg dh selalu menjahit ni. Amboi suami YY boleh gelakkan YY ye. Pdhal jahitan YY lg kemas drpd jahitan dia. Tapi kira okay la dia nak juga membantu.
Deleteyeke? eh ramai yang puji ni
Deletemulalah semua nak kembang ni...hehe
dia dengki dekat saya, tu pasal gelakkan, konon dia hebat
tulah kan, lain kali kalau malas menjahit, suh dia ajelah
kata dia lagi hebat kan =)
hahaha..la kak perli apanya..betul la..sya kalau raya kalau ada beli kain hantar kat nyonya cina ja kak..sya nak cr baju memang cerewet sikit..hohoho.. untung jga MIL buat banya2 bagi kat anak menantu..untung tau..!
Deletekalau dah cerewet lagilah seram akak dibuatnya...hehe
DeleteMIL akak pun dah stop ambil tempahan
dia banyak buat untuk kegunaan diri sendiri dan anak cucu aje
lagipun insya ALLAH tahun ni dia dapat tunaikan haji =)
alhamdulillah memang beruntung dapat MIL gitu
baju dalam almari tu memang penuh sebab dia...hehe
Hihi...xnk kalah ye...memang perlu ada di setiap rumah...kalau apa2, xyahla nk anta orang je...jimat pon jimat...
ReplyDeletehehe..tulah pasalnya
Deletememasing nak tunjuk hebat =)
tulah, basic pun jadilah
betul tu yy.
ReplyDeletemak saya walaupon bkn tukang jahit tapi jahitannya kemas.mmg org dulu dulu walau suri rumah segala macam pandai buat kan. mak saya jahit sarung bantal pon guna tangan j.cntik kemas terletak j.
saya pernah bljar mnjhit langsir, skali mak suruh buka semula x kemas katanya.
kalau dri mula x kemas kalau dibiarkan nti lama lama terbiasa.
kena blk kg lama lama la kalau nk bljar.hihi.dlu masa zmn sklah saya x amik ert tp kmt.huhu
tp hajat dihati mcm teringin nk blajar jga.snng blh jhit bju kurung sndiri kan.skrg tempah pon mahal dah. dh la beli kain pon mahal. huahua
saya setujulah cik su, sebab mak saya pun menjahit
Deletetapi dia pun bukan tukang jahit, menjahit hanya pada masa lapang
saya tak pandai sebenarnya, hanya basic sahaja
tapi kalau saya bersungguh, mungkin boleh juga =)
betul, tempah memang mahal esp dekat bandar
Kak YY, mak Nur dulu pun tukang jahit juga, tapi lepas mak tak berapa sihat, doktor nasihatkan supaya mak tak menjahit guna mesin lagi..sekarang ni di rumah Nur pula ada semua alatan menjahit tu..mudah sebenarnya bila kita ada kit alatan jahitan macam gambar Kak YY tu. Hal-hal kecemasan di luar jangkaan akan mudah diuruskan..
ReplyDeletep/s: ok la tu suami Kak YY boleh menjahit..heheheh...^___^
yeke. kesian mar nur ye
DeleteMIL akak pun atk sihat dah. dia pun dah berhenti ambil tempahan
hanya menjahit baju anak, cucu aje. itupun dia yang nak buat
tak ada sape suruh pun
betullah tu, memang perlu sebenarnya
cam nur cakaplah kan, tak tahu bila kita akan perlukannya
p/s-hehe...dia saje nak berlagak aje tu
mak saya pon tukang jahit..memang ada tempat khas untuk mesin2 & ruang untuk dia menjahit..
ReplyDeletetapi anak dia ni tak pandai menjahit sangat..pemalas pon iye..setakat jahit langsir tu boleh la.
peralatan menjahit memang perlu..yela nak jahit sikit2
cam mak saya menjahit juga, dia tak mabil tempahan cam MIL
Deletedia buat suka-suka aje
tapi anak dia saya nampak adalah dua tiga orang yang mengikut
saya ni hanya terpaksa aje...hehe
tapi kena juga tahu walau asas kan, senang sikit
Haha.. aduh, ingat cik abg nak jahit guna mesin jahit mak dia.. hahaa.. saya tengah belajar menjahit.. baru dapat siapkan 3 baju.. kelas tak habis2 lagi(sebab tak pergi dah).. huhu.. kelas weekend ja, weekend tu semua benda nak wat.. best tau klu dpt buat baju sendiri.. perempuan ni kena tahu asas menjahit.
ReplyDeletehttp://syidamenulis.blogspot.com/
yeke? hebatlah QA
Deletememang banggalah kalau dapat jahit baju sendiri
bukan semua mampu lakukannya
bab menjahit, bukan perempuan aje, lelaki pun perlu
senang sikit, tak perlulah bergantung pada anak or bini =)
mesin jahit MIL memang tak ada sape berani sentuh
kan ada yang kena TELAN...hehe
yelah.. orang perempuan even tak mampu jahit sepasang baju pun kena tahu jugak jahit seluar baju koyak kan? tapi rasanya skill menjahit simple2 ni kebanyakkan perempuan ada.. kat rumah benda macam tu memang wajib ada... apapun sweet cik asben YY jahit kekekeke
ReplyDeletebetullah suria
Deleteitulah yang saya cuba sampaikan
bebenda ni perlu sebenarnya
hehe...dia sengaja nak berlagak dengan bini dia =)
kena belajar jahit2...jahitan penting untuk sebuah keluarga....
ReplyDeletebetullah MKL
Deletewalau tak tahu menjahit sepasang baju
at least jahitan asas tahu, senang kalau kes-kes kecemasan =)
Betul tue yana.. kita nie sekurang2nya memang kena tahu basic menjahit.. farah pun skills menjahit tak berapa terror tapi boleh la setakat nak jahit yang simple2.. =D
ReplyDeletepsst:- Yana...jom lah join Farah sertai Bengkel Dutch Lady! more details kat blog na.. >_<
kan farah, at least kita boleh gunakan
Deletebila melibatkan kes-kes kecemasan...hehe
p/s-terima kaish jemput farah, tengok tarikh clash lah! sori
Okje mmg tak minat menjahit tp setakat jahit lencana, jahit kain batik, kain pelikat tu bolehlah.... betul kata awak YY , walau yg tak pandai menjahit tu kalau dah pegang jarum, insyaallah automatik boleh.....
ReplyDeleteCantik jahitan MIL tu YY tu nampaknya
saya pun tak minat OKje
Deletekalau minta memang dah lama belajar dengan MIL
tapi at least benda basic pasal menjahit ni saya tahulah,
ni pun lebih kepada terpaksa...hehe
MIL saya memang biasa ambil tempahan
tu yang cantik aje, maklumlah...expert =)
Dulu hubby saya memang ada satu beg kecil yang isi peralatan jahit... Dia lagi pandai jahit dari saya... huhuhu
ReplyDeleteSaya baru jer duk usha nak beli mesin jahit satu.... senang nak jahit langsir sebab rasanya kos upah jahit langsir lagi mahal dari harga mesin jahit (pengalaman saya sebelum ni... itu lah, pandai sgt buat rumah byk tingkap,,. huhuhu).
Ya, saya pun rasa jahitan YY lagi cantik... Serius, sikit lagi nak sama dengan mesin jahit... Jenis teliti sgt YY ni...
yeke? hebatlah hubby akak ye
Deletesaya ni tak ada keinginan nak belajar menjahit
lebih kepada terpaksa aje...hehe
jahit langsir kalau betul-betul belajar lagi untung tau
dia punya keuntungan lagi mahal dari jahit baju
MIL sayalah yang kata
hehe...tu puji ke perli tu...hehe
Batul lah kak.. Memang kena ada, untuk kecemasan, kan. Kena cari satu set ni.
ReplyDeleteuntung akak ada mak mentua pandai menjahit, akak belajarlah dengan mak mentua akak, mana tahu nanti leh buka butik sendiri. =)
tulah, sebab tu akak kata benda ni kena ada
Deleteat least kita tahu hak yang basic
senang sikit dak
akak tak minatlah faarihin
kalau akak minat, dah lama dah akak belajar =)
OKe lettewww cintahati nak tunjuk skill menjahit jugak...
ReplyDeletetapi ternyata YY lebih hebat...
hehe...tulah pasalnya cikgu
Deletesahaja nak eksyen lebih dengan isteri dia
of course bab ni dia tak boleh challenge saya...hehe
Jahitan sis cantiklah..serius cakap..
ReplyDeletehehe...akak ni bikin malu saya aje =)
Deleteelaki pn kene blajar menjahit cmni..
ReplyDeleteperlu! untuk kelangsungan kehidupan...hehe
Deletemesin jahit kat rumah akak ada...tp tak pernah digunakan hehe..
ReplyDeleteok juga tu kak
Deletekiranya bolehlah kata kat orang kita ada mesin jahit
tak payahlah cite tak penah gunakan tu..hehe
peralatan asas jahit tu mmg ada je... tapi moral tak bg suami jahit tu blh pakai bg sy... hehe... suami sy jahit lagi cntik dan kemas... dan dia senidir pndai jahit baju... hehe... bini dia mmg x pas bab2 jahit ni... hehe...
ReplyDeleteyeke? untunglah cikgu maria ni
Deletesemua suami dia pandai buat =)
saya ni pun malas juga, tapi nak buat camne, terpaksa =)
kalau saya tak ada diana
ReplyDeletekalau jadi benda camtu memang tunggu balik rumahlah jawabnya..hehe
saya pun tak pandai, tapi tak ada keinginan untuk belajar pun
lagilah teruk dak...hehe
rumah sy standby benang kaler hitam...lpas nih nak kena cari kaler putih pulak
ReplyDeletesaya sekarang dah ada macam color
Deleteentah bila nak guna...hehe
Ya! Peralatan asas menjahit memang mesti ada dalam rumah! Wajib tu!
ReplyDeleteUntunglah dapat MIL yg pandai menjahit... cucu2nya yg paling bahagia, disamping mak bapanya yang tersenyum ajer. Bertuah YY!
kan BM, memang perlu ada untuk kes kecemasan
Deletealhamdulillah memang beruntung
tapi kami idaklah sampai mengambil kesempatan okay
tempah baju pun bukan dekat dia, oramg lain
kecuali dia nak buatkan, tu lain cite...hehe
YY, jangan bagi MyChintaHati YY tu tau ya komen saya ni :) Buruk gila jahitan dia. Huahaha....
ReplyDeleteTakdalah, sebenarnya okeylah tu boleh juga dia menjahit. Sebenarnya lagi elok daripada jahitan saya. Saya ni buta menjahit okey. Kalau setakat peralatan menjahit tu, memang complete saya ada. Tin jahit macam YY ni, saya punya lagi jauh complete. Yang spare pun dalam handbag ada, kat locker pejabat pun ada. Cuma cubalah tanya bila masa saya gunakan? Jawapannya tak pernah pun! Saya memang jahit butang baju pun fail. Sekarang ni dah rabun dekat, lagilah nak cucuk jarum kat benang pun makan masa suku abad! Tapikan saya teringin nak beli mesin jahit canggih, buat hiasan kat rumah :)
Erkkk.. saya dah tiga tahun hantar lencana dan name tag ke kedai jahit. Mereka charge RM5 satu baju. Kalau saya jahit sendiri, saya takut si Bubbly Abang malu nak ngaku itu jahitan tercantik Mommynya. Kesian anak-anak saya dapat Mak kaki bangku. Eh, apa ke kaitannya....
hehe...dia memang dah tahu jahitan dia buruk sebab saya
Deletedah gelakkan dia cam orang kena sampuk aritu...hehe
tapi okay juga walau buruk pun jahitan dia
senang kalau saya rasa malas nanti, saya suh dia aje yang jahit
sambil bagi ayat manis, puji berlebih sampai dia kembang tak ingat...hehe
murah tempat kak ton ye, sini saya dengar RM10
tapi saya boleh jahit sendiri, saya tetap jahit jugalah
kalau orang rabun tua tu, tak boleh kata apalah, terpaksalah jawabnya =)
eh belilah mesin tu, nanti boleh bagi dekat saya...hehe
Ok, moral of the story semua dah dapat setelah akak terkekeh-kekeh gelak baca entri YY ni. Hehe yg pasti bakat tukang jahit memang tidak diwarisi oleh husband YY. Tang fokus tu je ada DNA tukang jahit ;)
ReplyDeletehehe...definitely dia tak mewarisi bakal mak dia
Deletetapi part fokus tu yang buat saya gelak guling-guling untuk ke sekian kalinya =)
Nampaknya memang kena ada satu set alatan menjahit ya.. saya ni malas bab jahit2 , rasa rugi pulak hantar jahit nametag anak ke kedai.. mhal tu kena caj.. benda tak susah pun.
ReplyDeleteSuami YY tu tak nak tunjuk bakat lagi tu.. ai.. orang lelaki biasa kalau bertekad buat sesuatu memang menjadi kemas bendanya tu
perlu cikgu AN! tak payah banyak
Deletesikit aje diperlukan pun, simpan aje. nanti pasti ada kegunaanya
hehe...selama ni memang tak pernah tahu dia boleh menjahit
sekali dia tunjuk, baru tahu walau gelak tak ingat dunia...hehe
Boleh dikatakan setiap perempuan terutama ibu2 mmg perlukan peralatan asas menjahit ni.. tapi saya tak pernah sentuh pun sbb isteri saya tak bagi huhu.. takut bersepah katanya.. :D
ReplyDeletebetullah tu sebab diorang yang biasa gunakan =)
Deletekalau saya tak ada hal, janji tahu simpan =)
Saya pun dulu pandai jahit tapi sekarang ni dah lupa dah..lama tak menjahit.
ReplyDeletehehe...tak mungkin lupa
Deletenanti pegang jarum confirm ingat balik =)
Parents, abang2, nenek, pakcik, makcik semua pro menjahit. Sy je kurang mahir. Boleh jahit sikit2 tapi kurang minat.kihkih.
ReplyDeletesetakat sebagai pengetahuan asas ok aje farhana
Deletekita bukan perlu jahit sehelai baju =)
nanti dah berkeluarga senang =)
lya kalo bab menjahit mmg lemoh semangat sokmo..
ReplyDeletetime nk jahit lencana bru2 ni pon lebih drp 5x jahit & tetas semula..stresss sgt.. haha
hehe...saya pun sama
Deletetapi saya fikir tak ada orang nak tolong kecuali diri sendiri
tu yang paksa diri buat juga walau tak kemas =)
saya juga ada peralatan asas menjahit yg lengkap . maklumlah , bila beli baju terutama baju kurung , mesti ada yg kena pendekkan sana dan sini ... ok lah tu yana bagi cinta hati yg jarang guna mesin jahit . nasib baik dia senyum je wpun isterinya dah gelak sakan ...
ReplyDeletehehe...kami memang sentiasa bergurau senda gitu vee
Deletenama pun suami isteri dak =)
tapi peralatan asas jahit memang perlu
kita tak tahu bila kita akan perlukan dia terutama dalam kes kecemasan =)
betul tu..selagi orang tua masih ada,kutiplah ilmu yg ada sebanyak mungkin jgn jadi macam akak adik beradik, tak sempat nak amik ilmu buat lemang dari arwah ayah & mak..sudahnya tiap kali raya memang tak berlemang la kitorang sob3
ReplyDeletealahai, sedihnya cite akak
Deletetulah kan kak, benda camni kena ambil tahu
kalau tak, tak ada pelapis. kite sndiri yang rugi