Rezeki Di Hari Jadi Anis (^_^)
Hari Jumaat balik aje dari kerja YY dok sekejab lepak dengan MyChintaHati berborak tentang macam-macam hal termasuk isu-isu semasa. Lagaknya dah macam pemimpin negara (^_^)Masa tengah borak tu, macam terdengar bunyi ringtone telefon YY. So YY pun pergilah mencari telefon YY tu. Barulah perasan ada lebih kurang empat missed calls dan satu SMS.
Rupanya adik YY, Annur dan Angah nak buat surprise pada Anis. Diorang nak gunakan rumah YY nak buat surprise tu. YY of course tak ada hal sebab bukan YY keluar duit. Hehe!
Lagilah bila diorang dok sebut nak beli KFC dan Pizza Hut, memang on ajelah! (^_^)
Sampai masa yang dijanjikan, Annur dan Angah sampai dengan bawa semua menu untuk surprise tu. Banyak betul diorang beli, macam nak buat kenduri aje!
Apapun syukur Alhamdulillah. Dapat juga kami merasa menu yang sedap ni. Ni lah yang dinamakan rezeki di hari jadi Anis (^_^)
Tak lama lepas tu sampailah birthday girl dengan Mak tercinta. Abah tak berapa sihat, dia tak nak join. Adik-adik yang lain, Syafie dan Dayah pula duduk jauh.
Moment Anis ala-ala princess terkejut tu memang comel dan priceless
Aisyah pula sibuk juga nak potong kek. Siap menjerit bila dilarang, Terpaksalah suruh dia potong sama dengan Acu dia. Bikin spoil aje dak Aisyah ni tau!
Part paling best bila Anis suap kek dalam mulut Mak. Time ni Mak dok cerita pengalaman dia 13 tahun yang lalu di mana buat pertama kalinya dia merasai Cesarean.
YY masa tu berusia 19 tahun ketika Anis dilahirkan. YY sendiri tak lupa betapa teruknya keadaan Mak pada waktu tu. Tengok keadaan Mak buat YY sampai sekarang takut nak Cesarean.
Masa mengandungkan Aisyah, YY pernah disahkan mengalami Placenta Previa type 3. Hari-hari menangis bila doktor kata YY tak boleh bersalin secara normal. Takut punya pasal!
Tapi kuasa ALLAH, Aisyah beralih kedudukan. YY selamat melahirkan dia secara normal (^_^)
Eh, jauh pula YY merapu (^_^)
Moh berbalik kepada cerita surprise birthday party untuk Anis yang menyambut birthday buat julung kalinya sebagai seorang remaja. Bukan kategori kanak-kanak lagi. Tua dah okay!
Along korang aje yang sentiasa muda dan jelita! Hehe!
Anyway, orang yang bertanggungjawab mengeluarkan perbelanjaan pada hari tu adalah Annur. Manusia sorang ni kalau ada duit memang tak lokek mengeluarkan belanja untuk family.
Sekarang ni dia tengah mengikuti internship program dengan sebuah syarikat di Seksyen 7 Shah Alam. Gaji time internship ni idaklah banyak sangat, tapi tengoklah apa dia belanja aritu.
Mudahan bertambahlah rezeki dia sebab sentiasa mendahulukan family (^_^)
Angah pula hak yang duduk sebelah Anis tu adalah mastermind. Kalau tak kerana kereta dia, tak akan mungkin kami semua merasa semua menu malam tu.
Terima kasihlah buat Angah dan Annur kerana effort memasing kami kekenyangan. Buat Syafie dan Dayah, korang tengok ajelah ye! Kitorang makan sedap malam tu!
Erkkk! Alhamdulillah (^_^)
Anyway dalam cerita ni pun ada moral dia tau. Moral dia adalah ikatan kekeluargaan atau paling tepat adik-beradik akan kita bawa sampai ke mati. Tak akan putus langsung!
Daripada apa yang YY perhatikan, ikatan adik-beradik tu mudah putus kerana EGO. Yang tua rasa dia sentiasa betul dan perlu dihormati, yang muda pun tak nak mengalah. EGO!
Penyelesaian dia senang aje, rendahkan keegoaan masing-masing. Insya ALLAH kemesraan yang pernah kita bina sejak dari kecil akan sentiasa berkekalan.
So sayangilah adik-beradik korang! (^_^)
Alright, that's it! Semoga berjumpa lagi. Assalamualaikum (^_^)
Terliur pandang kek tu je..hehe
ReplyDeletealahai cian nyer
Deletekalau dekat dah hulur dah, sebab memang banyak =)
Selamat Hari Lahir Anis...moga membesar jadi muslimah yang solehah dan sejati ..insyaallah...
ReplyDeleteterima kasih cikgu =)
Deleteaminnn...mudahan
kami juga mendoakan benda yang sama =)
ya Allahh...mcm ni la kan adik beradik. tahniahh YY dan siblings. serta parent yg berjaya didik anak2 jadi anak yg mengutamakan family =)
ReplyDeletepokok pangkal dalam semua perkara adalah diri kita sendiri
Deleteinsya ALLAH tak mustahil semua tu =)
adik-beradik memang satu hubungan yang cukup
sukar digambarkan dengan perkataan =)
bestnye ada org belanja...adik bongsu tu bru 13tahun ke? jenis tggi ye? nampak mcm matang je hehe
ReplyDeletealhamdulillah rezeki kami aritu
Deleteyup, dia memang cukup 13 tahun
birthday pertama untuk tahun 2015 dalam keluarga kami =)
adik beradik saya memang semua tinggi, kecuali saya...wahaha =)
jauh jarak dengan adik YY.. sempat merasa jaga adik kecik
ReplyDeletememang jauh suria!
Deletedulu bawa dia perfi jalan, orang ingat anak...hehe
Semoga murah rezeki....
ReplyDeleteaminnn =)
Deletehepy besday..
ReplyDeleteterima kasih =)
DeleteHappy belated birthday buat Anis :)
ReplyDeleteKecik lagi adik bongsu awak...hihi..apa apa pun, pengalaman Caesar mak awak dulu, mmg boleh dijadikan iktibar...Paling ramai komplen sakit belakang/sakit dkt tempat kena cucuk utk epidural tu,hatta setelah bertahun tahun Caesar! :) Wife saya sendiri, Caesar 3 kali! Terus ikat masa last Caesar 2013 tu...hahaha..tutup kilang dah kami.
Ikatan adik beradik tu, mmg kita kena jaga sampai kita tua..sebab selain mak ayah, dgn adik beradik lah kita paling rapat, sepatutnya ( berbanding dgn rakan rakan)
terima kasih doktor khairul =)
Deletesaya pun lambat reply komen doktor ni..hehe
mak saya time tu bius belum jalan sepenuhnya bila doktor toreh perut dia
dia kata dia menjerit sebab kena kerat hidu-hidup
bila sedar dia kena ada dalam pemerhatian hampir seminggu sebab trauma
tu yg saya takut sesangat jadi pada saya =)
betullah kan doktor, hubungan darah memang di bawa sampai ke mati
Selamat hari lahir anis..
ReplyDeleteSeronok dapat berkumpul adik-beradik
terima kasih mama
Deletememang seronok walau bukan semua yang berkumpul
Wah..memang rezeki ni. Puas makan...untung anis dpt fmly macam ni..
ReplyDeleteP/s: ayah sis dah sihat ke?
alhamdulillah kak, memang puaslah malam tu dapat makan
Deletekita semua beruntung mempunyai family =)
p/s - abah saya lelah, tak nak pergi hospital
susah hati betul
Biasanya... yang datang sambut hari jadi lagi seronok dan bertuah kerana dapat makan free...hehe
ReplyDeleteIkatan kekeluargaan akan lebih erat jika ada buat sambutan begini, itulah positifnya dan bukan hanya meniru gaya barat semata2.
yup! betul sangat tu BM =)
Deletemakan free tu yang plaing best sekali...hehe
betullah tu, ikatan kekeluargaan tu yang paling penting
cuma dalam hal ni kami tak terfikir mengikut budaya barat sebab memang biasa dah
celebrate birthday ahli keluarga camni =)
Sy suka baca something yang ada moral.hehehe. rasa macam berbaloi luang masa baca benda tu sebab kita akan dapat something. Btw, happy belated birthday anis.
ReplyDeleteP/s: muka adik beradik akak semua copy paste. Sama je semua. Dengan mak sekali. :)
hehe...konon azab akak tahun ni nak buat cerita yang mempunyai moral...hehe
Deleteterima kasih ye farhana
p/s-yeke? awat akak tak nampak sama huh...hehe
akak smua perempuan ke adik beradik..?
ReplyDeletemudanya yg bongsu..! dlu ingatkan lepasan spm..lol..
ada duit,kaum kerabat didahulukan,yg lain tu dikemudiankan..
akak ada sorang lelaki, lain semua perempuan dari 6 orang =)
Deletememang, jarak dia dengan kakak atas dia pun jauh
rezeki kami dapat adik lambat =)
betullah tu kan nana, apapun ahli keluarga perlu didahulukan
Wahh meriah... seronok. Tengok bab KFC tu boleh tahan lagi, bila tengok kek tu terselera pulah hehee.. Happy belated birthday buat Anis.. :) :)
ReplyDeletehehe...KK jauh, idak hulur dah
Deleteterima kasih ye
Selamat Hari Jadi buat Anis....mmg seronok kalau dapat berkumpul ginikan YY.... Adik adik pulak sporting, tak yah le susah payah kak Long nak masak hihi....
ReplyDeleteBaguslah adik beradik yg rapat gini....kadang tu sebab depa lum kawen , tu yg buat tambah senang nak berkumpul adik beradik tu
memang seronok OKje...lagipun rumah saya ni mmg port
Deletediorang biasa lepak...
ada betul juga tu OKje, nanti dah kawin memasing ikut laki diorang dak
Happy belated birthday buat Anis.. wah..seronokla dia dapat sambutan hari lahir dengan gembira bersama2 ahli keluarga. Untung ada akak yang pemurah.. amin.
ReplyDeleteterima kasih cikgu AN
Deletetu yang buat sambutan tu seronok aje time tu
Alhamdulilah... Simple dan meriah...
ReplyDeletehehe...alhamdulillah cikgu maria
Deleteselamat menyabut ulang tahun anis ... tuan rumah dapat mkn free ... best tu ... heheheee
ReplyDeletehehe..tu yang best sangat tu vee
Deletemakan free...hehe
alhamdulillah..rezeki..
ReplyDeleteblh mkn sedap2.. hehe
hehe..syukur alhamdulillah lya
Deleterezeki kami aritu =)
alhamdulillah rezeki dan alhamdulillah juga punya adik beradik yg akrab..mcm akak ni pun syukur sangat2 walapon mak & ayah dah takde hubungan adik beradik tetap rapat..
ReplyDeletekeakraban ni pun kadang disebabkan didikan
Deletedari kecik dah diajar, insya ALLAH sampai ke besolah akrab =)