Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)

7:03:00 am Yana Yani 17 Comments

Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI) | Bercakap tentang rawatan radioaktif iodin (ROI) untuk pesakit hipertiroid, mungkin ramai yang tak tahu. Even pesakit sendiri kurang didedahkan dengan rawatan ini. Rawatan ini bukan sesuatu yang baru, malah YY dah ketahui sejak dari mula disahkan menghidap penyakit ni kira-kira 19 tahun yang lalu. Tapi masa tu YY tidak disarankan buat ROI.

Untuk maklumat YY sudah dua kali menjalani rawatan ROI berdasarkan dos tertentu. Kali pertama dulu YY agak curious dan takut.

Setelah melalui pengalaman pertama sekitar September tahun lalu, maka yang kedua ini tidak begitu sukar sebab dah tahu rasa dia dan apakah langkah keselamatan yang perlu diambil. So hari ni YY nak bercerita pengalaman YY secara peribadi sebelum dan selepas menjalani rawatan ROI ni untuk penyakit hipertiroid walau cerita dah basi (^_^)

Rawatan ROI secara ilmiahnya bertujuan untuk mengurangkan keaktifan kalenjar tiroid dan merupakan rawatan paling selamat walau kedengaran bahaya. Ia merupakan rawatan yang paling meluas digunakan di beberapa buah negara sebagai rawatan penyembuh untuk penyakit ni selain dari ubatan dan surgery.

Berbanding dengan surgery, ROI merupakan rawatan paling murah dan effective. Di sekitar Klang Valley, hanya Hospital Kuala Lumpur yang menyediakan rawatan tersebut. Seminggu sebelum menjalani rawatan ROI korang perlu pantang beberapa benda. Pertama sekali ubatan jenis anti tiroid seperti Carbimazole dan Propylthiouracil (PTU).

Keduanya makanan dari hasil hidupan laut samaada basah atau kering seperti ikan, udang, sotong dan ikan bilis. Sebolehnya berpantang bagi menjamin keberkesanan dos ROI yang diberikan. Korang juga tidak dibenarkan mengambil sebarang supplement berasaskan hidupan laut seperti gamat dan spirulina sepanjang tempoh berpantang tu.

Surat peringatan seperti di bawah kebiasaannya akan diberikan.

Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)

Bagi yang pertama kali melalui rawatan, perasan berdebar tu pastinya terasa kerana kita tidak tak pasti bagaimana rawatan dijalankan dan juga soalan paling penting, apakah rasa ROI? Percayalah yang ROI tiada rasa langsung! Ianya seolah minum air kosong cumanya dalam bekas yang berbeza dan ada prosedur yang perlu dipatuhi.

Di Hospital Kuala Lumpur, ada sudut penerangan untuk cara meminum iodin seperti gambar di bawah di dalam bilik yang khusus. Bila nama dipanggil, bawa bertenang dan ikut arahan.

Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)

Sebelum korang ke bilik untuk minum ROI, korang akan dibekalkan dengan MC selama lapan hari. Ubatan di Farmasi juga perlu diambil sebelum rawatan.

Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)

Lepas rawatan aje, korang kena terus balik. Tak boleh menyinggah mana-mana. Bertapalah di dalam rumah dalam jarak tertentu dengan orang disekeliling. Jarak selamat yang disarankan oleh doktor adalah 6 meter. Dalam tempoh tu tak boleh menggunakan peralatan yang sama dengan orang lain seperti pinggan dan cawan.

Baju juga perlu dibasuh berasingan. Perlu kerap mandi dan minum air sebab ROI tu akan keluar melalui air kencing dan peluh. Bila ke tandas, kena flush dua kali ye. Orang yang perlu dijauhi sepanjang tempoh ini adalah kanak-kanak dan ibu mengandung. Ingat, radioaktif boleh membantutkan sel pertumbuhan walau dos yang diberikan selamat, langkah keselamatan tetap perlu diambil.

Sekiranya korang ada masalah atau ingin mengetahui in details rawatan ROI boleh hubungi YY . YY bukan penasihat perubatan, tapi hanya berkongsi pengalaman peribadi. Kalau ada masalah yang memerlukan professional consultation, sila berjumpa dengan doktor. Again, YY hanya berkongsi pengalaman peribadi.

YY rasa itu aje bebelan YY berkenaan ROI ni. Nanti YY akan cerita sama ada rawatan ini berjaya atau tidak. Ia juga antara faktor kenapa YY asyik menghilang semenjak dua ni (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum.

Entri lain yang berkaitan:
1. Radioaktif Iodin: Selamat Ke?
2. Apakah Rasa Radioaktif Iodin?
3. Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)
4. Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin

17 comments:

  1. First time berkesempatan melawat blog YY..
    Thanks for the info about ROI.. seriously tak pernah tahu pun sebelum ni.. ilmu baru dapat hari ini..
    But still, lepas dengar pengalaman YY ni rasa cuak juga ye kalau terpaksa melalui ROI ni..
    Susah jugak tu kalau terpaksa ada distance dengan anak2..huhu..
    Semoga YY cepat sembuh.. :)

    ReplyDelete
  2. perlu berjauhan dengan anak-anak itu yg susah,nak pulak kena memahamkan mereka pulak...aisyah dan afif ok ke masa yana perlu berjauhan dengan mereka tu? sekadar bertanya

    Akak doakan moga yana diberi kesembuhan dari penyakit yang yana hidapi ni ye...

    ReplyDelete
  3. first time dengar pasal rawatan ni..mungkin menakutkan sebab perkataan radioaktif tu.pelik jugak nape kena MC sampai 8 hari, rupanya sebab nak kena jauhkan diri dari orang lain.thanks share kak YY!great info..

    ReplyDelete
  4. First time juga saya dengar tentang rawatan ni. Agak seriau jugalah baca pantang larang dia.. Bab makanan tu mungkin agak mudah utk dipatuhi tapi bab praktikal (menjauhkan diri dari persekitaran tu).. Saya harap yg terbaik utk kak Yana menyusul selepas ini.. InshaAllah. Pada saya, bukan calang2 orang dapat berkorban macam ini..

    ReplyDelete
  5. kena berjauhan dgn org sekeliling.. mesti aisy ngan afif rindukan mama nya nanti.. Sis YY cepat sihat ye..

    ReplyDelete
  6. Info yang berguna sis. Tapi kathy sedih jgk bl mmbacanya. Tmbah g bl mengenangkan budak kecik berdua tu..

    ReplyDelete
  7. a great sharing YY.
    aida ada 2 ofismet yg ada hyperthiroid ni. kira mcm anak buah kat ofis la.
    mcm2 kesukaran. more to jadi moody...
    tapi kita faham...

    ReplyDelete
  8. Rasa macam minum air aje yerk tapi pantang-larang tu banyak sungguh. Memang kena cekallahkan. Tak boleh nak bayangkan kena mengasingkan diri daripada orang terutama insan-insan tersayang, tapi nak buat macamana YY kalau itu mampu menjadikan kesihatan lebih baik. Kenalah tempuh juga demi kepentingan insan tersayangkan.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah... Kuatnya dugaan YY kan... Bab minum tu ok kot.. Tapi kena pantang larang tu yg perlukan ketahanan emosi... Insha Allah.. Allah tahu YY kuat kan.. Sbb tu Dia uji YY... Moga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  10. Sy kalau pergi klinik dulu pun Mak atau Aboh yg bercakap dgn MA. Bila MA tanya, sepatah sepatah jea sy jwb. Mesti dia ingat oku. Huhuh, Sampai tanya. Sekolah ke anak encik ni. Pasif.

    Mak nak pergi dkt Aboh nak ckp lambat lg masuk bilik doktor pun sy rasa nak menangis. Takut betul pergi klinik.

    Inikan pulak akak yg terpaksa berjauhan dgn anak-anak untuk lapan hari.

    Semoga cepat sembuh kak :))

    ReplyDelete
  11. Tak lama lagi auni pun ada ROI. Macam-macam rasa ada. Susahnya pantang ROI ni rupanya T_T

    ReplyDelete
  12. maaf bertanya sebelum minum tu kan pantang makan...so makan apa je ye time tu..masih blur..

    ReplyDelete
  13. Salam dear YY, kalau kita sedang kuarantin Rai ( RAI HYPER ) betulkah semua produk tenusu dan juga susu macam susu omega tu kota tak boleh ambil. Contohnya, kita xboleh makan spaghetti carbonara sbb ada mentega n susu?

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. maaf, saya kurang pasti mengenai tu. saya share hanya berdasarkan pengalaman saya. setahu saya hanya dari makanan laut. boleh contact mereka yang ahli untuk pengesahan

      Delete
  15. Hi YY, maaf saya nak bertanya seandainya YY tahu jawapannya. Macam ayah saya kena minum iodin ni, adakah berisiko utk oranglain yg berdekatan dgn saya? Adakah kesan radioaktif tu boleh berjangkit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minum Radioaktif bukan macam virus boleh berjangkit. Salah faham ni. Radioaktif iodin ni salah satu rawatan untuk penyakit hipertiroid. Cuma dalam tempoh kuarantin tu aje perlu jauhkan diri. Kesannya saya dah terangkan dalam tulisan saya di atas. Tu pun bukan tak boleh jumpa. Boleh duduk sama dalam ruangan yang sama. Jarakkan aje. Macam cara nak elakkan covid. Lebih kurang.

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...