Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin
Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin | Sejak YY bercerita tentang minum Radioaktif Iodin (ROI) untuk rawatan Hipertiroid, YY menerima banyak email pertanyaan yang inginkan maklumat lanjut mengenai rawatan ini. Kebanyakkan di antara mereka kurang jelas terutama dari segi persediaan selepas minum ROI. Soalan popular, apa yang boleh dan tak boleh dibuat sepanjang tempoh pengasingan.Atas niat ingin membantu mereka yang senasib, YY cuba rumuskan kesemua persoalan yang diajukan dalam entry ini berdasarkan pengalaman peribadi YY sendiri.
Apakah rawatan atau terapi Radioaktif Iodin (ROI)?
Rawatan ROI secara ilmiahnya bertujuan untuk mengurangkan keaktifan atau memusnahkan sel kelenjar tiroid dengan menyerap bahan tersebut melalui kapilari darah. Ia juga merupakan rawatan yang paling meluas digunakan di beberapa buah negara kerana kos rawatan yang murah dan effective selain dari penggunaan ubat-ubatan dan surgery.
Rawatan ini juga digunakan sebagai agen pemusnah sel kanser tiroid.
Apakah persediaan sebelum rawatan Radioaktif Iodin (ROI)?
Untuk pesakit Hipertioroid, seminggu sebelum menjalani rawatan ROI pesakit perlu berpantang. Antaranya ubat-ubatan jenis anti tiroid seperti Carbimazole dan Propylthiouracil (PTU). Makanan dari hasil hidupan laut samaada basah atau kering seperti ikan, udang, sotong dan ikan bilis juga perlu dielakkan bagi menjamin keberkesanan dos ROI yang diberikan.
Elakkan juga mengambil sebarang supplement berasaskan hidupan laut seperti gamat dan spirulina sepanjang tempoh berpantang tu.
Bagaimana rawatan Radioaktif Iodin (ROI) dilakukan?
Tiada sebarang peralatan perubatan yang digunakan semasa rawatan ROI. Disebabkan itu pesakit perlu minum cecair atau menelan pil ROI dengan pemantauan Pakar Perubatan Nuklear di hospital yang terlibat mengikut prosedur yang ditetapkan.
Jangan bimbang mengenai rasa cecair atau pil ROI kerana ianya tasteless.
Apakah langkah persediaan selepas rawatan Radioaktif Iodin (ROI)?
Kebersihan dan jarak adalah kunci utama dalam langkah persediaan selepas rawatan ROI. Berikut adalah antara yang perlu dititik beratkan.
1. Duduk sejauh mungkin dengan pemandu kereta selepas selesai rawatan ROI. Jangan gunakan kenderaan awam dan elakkan memandu sendiri.
3. Kalau boleh khaskan satu bilik air dan tandas untuk kegunaan pesakit sahaja. Ia bertujuan mengelakkan perkongsian barangan seperti berus gigi, ubat gigi, tuala dan sebagainya.
4. Sekiranya berkongsi bilik air atau tandas, pastikan pengasingan barangan peribadi dan sentiasa menjirus air yang banyak selepas menggunakan bilik air atau tandas.
5. Asingkan semua peralatan untuk makan seperti pinggan mangkuk, cawan, sudu dan sebagainya.
6. Gunakan tong sampah khusus untuk sebarang sisa makanan atau sampah lain.
7. Jangan berkongsi sebarang peralatan dengan orang lain termasuk mesin basuh, peti sejuk, oven, peralatan memasak dan sebagainya.
8. Boleh duduk satu tempat yang sama dengan ahli keluarga pada jarak antara empat sehingga enam meter. Tapi jangan terlalu lama pada satu-satu masa.
9. Perlu banyak minum air dan kerap mandi. Menurut doktor yang pernah merawat YY, ROI akan hilang melalui peluh dan air kencing.
Entri lain yang berkaitan:
1. Radioaktif Iodin: Selamat Ke?
2. Apakah Rasa Radioaktif Iodin?
3. Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)
4. Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin
Adakah peralatan yang digunakan sepanjang tempoh pengasingan perlu dibuang?
Tidak perlu. ROI mempunyai tempoh luput iaitu hanya selama lapan hari. Semua barang yang digunakan sepanjang tempoh pengasingan boleh digunakan seperti biasa selepas itu.
Maklumat lain
1. Pesakit wanita tidak dibenarkan mengandung selama lebih kurang setahun selepas rawatan bagi mengelakkan masalah kepada kandungan.
2. Ibu yang menyusu juga tidak boleh menyusukan anak sepanjang tempoh pengasingan. Dapatkan nasihat doktor samaada boleh meneruskan penyusuaan selepas tempoh pengasingan.
3. Sekiranya terdapat perubahan pada badan yang agak luar biasa selepas pengambilan ROI, segera dapatkan rawatan di hospital berhampiran.
----------------------------------
YY harap dengan perkongsian ini dapat membantu pesakit mahupun keluarga pesakit menghadapi persediaan selepas minum atau menelan Radioaktif Iodin (ROI).
Perkongsian ini hanya berdasarkan pengalaman peribadi YY dan sekiranya bercanggah dengan mana-mana nasihat doktor, pesakit dinasihatkan untuk mengikut apa yang dinasihatkan oleh doktor. Sekiranya masih kurang jelas dengan perkongsian ini, sila hubungi YY dengan klik [Contact Me]. YY sangat berbesar hati sekiranya dapat membantu.
Yang pasti, tak usah bimbang sekiranya disyorkan membuat rawatan ini. Lakukan untuk kebaikan diri sendiri dan orang tersayang. Semoga sembuh dari penyakit ini.
Perkongsian ini hanya berdasarkan pengalaman peribadi YY dan sekiranya bercanggah dengan mana-mana nasihat doktor, pesakit dinasihatkan untuk mengikut apa yang dinasihatkan oleh doktor. Sekiranya masih kurang jelas dengan perkongsian ini, sila hubungi YY dengan klik [Contact Me]. YY sangat berbesar hati sekiranya dapat membantu.
Yang pasti, tak usah bimbang sekiranya disyorkan membuat rawatan ini. Lakukan untuk kebaikan diri sendiri dan orang tersayang. Semoga sembuh dari penyakit ini.
1. Radioaktif Iodin: Selamat Ke?
2. Apakah Rasa Radioaktif Iodin?
3. Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)
4. Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin
nice sharing
ReplyDeletebaru tahu
tenkiu yy berkongsi
tak ada masalah cik su =)
DeleteBagus maklumat nie ... Semoga bermanfaat buat semua ...
ReplyDeletesaya harap gitu juga
DeleteMaklumat yang brguna untuk rakan kita yang tercari maklumat tentangnya..
ReplyDeleteinsya allah. moga bermanfaat buat yang memerlukan
Deleteanak saudara abg ipar juga minum radioaktif utk musnahkan sel kanser tekak ... semoga tabah dan dipermudahkan ...
ReplyDeletekalau kanser kena lama sikit kan
Deleteprosedur pun lain, tak boleh duduk rumah
ada penah seorang pembaca cite kat saya
Info yang sangat lengkap dan amat membantu kepada mereka yang memerlukan.
ReplyDeleteSemoga YY juga terus tabah menghadapi ujian ini ya...
p/s: Terima kasih di atas sokongan dan semoga ukhuwah berpanjangan. Blog ini telah tersenarai di My Bloglist. :)
tak pasti lengkap ke tak BM
Deletesaya cuma tulis berdasarkan apa yang saya alami dulu je
insya allah saya mampu harungi berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan
p/s-terima kaish juga buat BM ye =)
penerangan yg lengkap sgt yana.... mmg byk membantu utk sape2 yg mencari info pasal bende nieh...lieya sendiri selama ni tau dari org jek tapi bile bace balik semuanye baru laa paham....
ReplyDeleteso skrang yana punye sakit mcm mane...dah ok ke....
saya harap macam tulah lieya
Deletehanya yang pernah melaluinya akan tahu kesengsaraan tu
yang parah biasanya seorang ibulah. susah nak jauh dengan anak-anak
alhamdulillah lieya. ok sikit lepas buat dos kedua aritu
perkongsian menarik, thanks share kak YY..siksa jugak ye.kalau saya mesti jemu giler..
ReplyDeletebukan takat jemu aje sal
Deleteseksa kerinduaan!
nak menjalani tempoh pengasingan tu yang terasa agak mencabar, nak pulak kalau anak2 yang masih kecil dan masih tidak faham...
ReplyDeleteapapun tahniah untuk yana kerana berjaya melaluinya, semoga sakit yana ini akan sembuh sepenuhnya inshaAllah..
moga dengan perkongsian yana ini akan memberi manfaat buat mereka yang memerlukan.
tulah pasalnya kak
Deletememang cabaran betul. lagi payah melaksanakannya dari menyebutnya
susah sangat terutama mama macam saya
dah lah tak pernah berjauhan dengan anak-anak
tak tahu camne nak describe perasaan time tu. depress sungguh
aaminn. saya juga harap saya tak perlu lalui lagi benda tu
Yang tak tahan bab kena asingkan itu ini. Tapi yelah, demi nak sihat kan. Ada kenalan akak selepas jalani rawatan ni, habis bengkak area lehernya. Sakit. Kesian tengok. :)
ReplyDeletetulah pasalnya kak. pengasingan tu memang seksa sungguh!
Deleteside effect rawatan berbeza tiap individu
sebab tu kena banyak consult dengan doktor
Okhe suka sikap tabah awak tu YY....
ReplyDeleteTerus kuatkan semangat ye YY. Moga semangat kental awak ni akan menjadi contoh kpd pesakit lain YY...
ketabahan tu terpaksa dilakukan OKje
Deletesaya rasa sape sahaja ditempat saya akan buat benda sama
kalau kita tak tabah, lagi teruk kesannya pada kita
dan juga orang keliling
takut pula baca entri ni Yana... walaupun saya tak de sakit tu... cuma saya tak dapat bayangkan macam mana dalam tempoh 8hari pengasingan tu... saya kalau tak cium/gomol si Alisya tu satu hari tak sah... saya pulak yang terganggu emosi baca entri ni...
ReplyDeleteApa pun, saya doakan Yana dan semua yang mengidap sakit ni agar segera sembuh... Moga Allah akan permudahkan urusan anda semua...
tulah kesengsaraan yang saya terpaksa alami kak
Deletesaya juga tak penah berjauhan dengan anak-anak
time keja aje tak jumpa diorang, tapi most of the time memang
selalu berkepit dengan diorang
masa pertama kali tempoh pengasingan, saya macam tertekan juga
nak recover kan semangat tu...lama juga
kena pula kali kedua...bertambah kecewa. tak tahu camne nak gambarkan
tapi alhamdulillah, saya dah beransur pulih
Saya mengikuti juga perkembangan YY dalam dua-dua situasi yang dilalui. Maklumlah masa tu dah kenal mesra-mesra gitu. Setakat membaca memang rasa siksa, kalau terpaksa melaluinya lagilah tersiksa jiwa raga. Lagi-lagi kalau terpaksa berpisah dengan orang-orang tersayang walaupun 8 hari aje.
ReplyDeleteBy the way, apa ceritanya sekarang YY? Dah sembuh sepenuhnya?
kenal mesra-mesra ye? hehe
Deletebukan terpisah, terasing. bayangkan boleh nampak
tapi kita tak boleh peluk dan cium dia
saya tak tahu camne nak gambarkan betapa teruk emosi
saya tergangggu waktu.
alhamdulillah. sekarang much better. follow up appointment aje
Perkongsian pengalaman yang bermanfaat until mereka yang juga mengalaminya.. Aiza doakan semoga yana sembuh sepenuhnya..
ReplyDeletepenyakit ni nak kata sembuh sepenuhnya tu
Deletemungkin payah aiza
sebab memang camne pun, seumur hidup makan ubat
berunting sangat kalau sembuh sepenuhnya
Huhu.. Kuatnya YY hadapi penyakit ni... MF ingat sakit MF dah teruk, rupanya ada lagi yang lebih teruk... Moga cepat sembuh...
ReplyDeletesaya ada jumpa lagi teruk cikgu MF
Deletekalau nak dibandingkan dari saya
benda ni semua yang kadang buat kita tabah
oh, first time dengar pasal radioaktif ni.
ReplyDeletebanyak juga pantang larang dia sebenarnya. :O
radioaktif first time dengar?
Deletecamne dengan radiasi? benda yang sama tu
benda ni bahaya..in fact ada dekat mana-mana
telefon, tv, laptop...apa lagi...tapi pendedahan dia agak minimal
baru ttg perihal ni,,,
ReplyDeletebtw tq for sharing..moga mnfaat buat semua..
rawatan ni sebenarnya dah lama
Deletecuma sekarang ianya digunakan meluas di malaysia
Betul-betul berinformasi maklumat yg diberikan Kak Yani.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh :))
manalah tahu boleh digunakan bagi yang memerlukan =)
Deleteapapun terima kasih ye yunk =)
Saya ada hypertyhroid. Tak teruk. Tapi saya tak boleh tolerate dngan ubat ptu(pahit sangat) & alergi dngan carbimazol. Patut ke saya teruskan dngan roi ke saya patut lebih usaha tolerate dngan ptu.. Doktor suruh saya buat keputusan sendiri saya pun tak tau la.
ReplyDeleteKena warded ke semasa roi. Berapa lama.? Kos nya berapa ikn.?
Terima kasih