Jiwa Seni Anak Bujang (^_^)

7:09:00 am Yana Yani 61 Comments

Bagi yang sudah mengikuti Diari Seorang Mama (DSM) sejak dari awal pasti menyedari yang anak bujang YY, Afif cukup gemar melukis selain dari Ultraman mahupun dinosaur.

YY perhatikan melukis merupakan salah satu cara untuk dia mengekprestasikan perasan dia. Sama ada dia sedang marah ataupun sebaliknya.

Walaupun lukisan dia belum mampu menandingi Aki (Abah YY) , tapi darah atau jiwa seni tu tetap mengalir dalam diri Afif.

Kalau tengok lukisan dia, YY kadang senyum sendiri sebab setiap lukisan yang dilukis oleh Afif mempunyai cerita yang tersendiri.


YY pula jenis yang cukup suka melayan anak-anak bila melibatkan benda seperti ni. Entah kenapa bila melayan mereka bercerita buat YY teringat keseronokkan zaman kanak-kanak.

Macam baru-baru ni selepas habis menduduki peperiksaan akhir tahun, Afif banyak menghabiskan masa dengan melukis. Bila dia duduk senyap aje dalam bilik, dia pasti sedang melukis.

Bila YY hampiri, YY perasan dia sedang melukis dua biji rumah dengan dua keadaan atau situasi yang berbeza. Situasi pertama menurut cerita Afif adalah sebuah keluarga bahagia.


YY cukup tertarik dengar gambar seorang lelaki yang cuba menghadiahkan sekuntum bunga pada seorang perempuan. "Perempuan ni sape? Awek dia ke?" tanya YY.

"Ini isteri dialah Mama. Manalah boleh bagi bunga pada orang yang bukan isteri dia" jawab Afif sambil terus melukis.

"Ooooo" jawab YY. Terasa macam terkena batang hidung pula bila dia kata gitu. Hehe!


YY beralih pula pada lukisan yang dilukis di sebelah muka surat. Lelaki dan perempuan di muka surat sebelah ni digambarkan seperti tidak gembira.

Tapi mereka ada kereta dan rumah yang besar berbeza dengan pasangan sebelum ni.

"Ni kenapa pula? Dia bertukar jadi hantu ke?" tanya YY yang sebenarnya sengaja bertanya begitu walau boleh tangkap sedikit apa yang cuba disampaikan.

"Siang mana ada hantu!" kata Afif selamba.

"Adeh, kena lagi aku ni!" jawab YY dalam hati. "Mama tengok rupa dia buruk, Mama ingat hantu" jawab YY cuba "cover line" (^_^)

"Ini keluarga tak bahagia, hari-hari diorang gaduh aje" jawab Afif sambil mencari pensil warna untuk mewarnakan lukisan yang dia dah lukis.

Bahagia pada pandangan Afif adalah apabila pasangan atau keluarga itu mampu bermain dan ketawa bersama. Berbeza dengan yang tak bahagia.

Bila ditanya keluarga dia dalam kategori mana, dia jawab BAHAGIA (^_^)


"Oooo! Habis keluarga bahagia dengan tak bahagia ni tak ada anak ke?" tanya YY lagi cuba memanjangkan perbualan.

"ALLAH belum nak bagi" jawab dia selamba.

Arghhh! Kena lagi! Terasa macam nak hantuk kepala sendiri dekat dinding pula. Awatlah dah bijak sangat mulut budak Afif ni berbicara. Dulu tak macam ni pun.

Ni kalau tanya lagi, mahu YY asyik kena aje! Baik tamatkan di situ. Hehe!

Sempat jugalah tengok keliling bilik dia yang agak teratur untuk budak seusia dia. Bilik ni YY dan Encik suami jarang masuk campur. Dia kemas ikut citarasa dia.

Ultraman dan dinosaur memang favourite all times dia. Maka tak hairanlah benda-benda tu ada hampir di setiap sudut meja tulis. Tak boleh nak letak semua dalam blog ni. Banyak sangat!

Yang pasti Ultraman dan dinosaur tidak duduk di level yang sama (^_^)

Dia juga ada letak macam-macam benda yang boleh dikategorikan sebagai "sampah" contohnya macam bekas atau kotak kosong. Tapi kerana menghormati "hak" anak, kami biarkan.

Setiap bekas atau kotak kosong tu ada cerita tersendiri. Hilang satu aje pun, dia akan bising sebab dia cukup cermat menjaga barang.


Masa pandang sekitar bilik, YY perasan lukisan yang seperti Chipmunk.

Tapi YY pasti dia tak pernah tengok kartun Chipmunk. YY agak pasti dia melukis Numb Chuck. Nak tanya tak ada keberanian. Hehe!

Cuba korang tengok, sama tak dengan Numb Chucks punya character?

Image from C21media.net

Dekat belakang pintu bilik pun cukup banyak lukisan yang dia lukis dan yang dia ambil dari keratan akhbar. Ada gambar orang tengah memancing dan juga gambar kereta kebal.

Gambar kereta kebal, roket, kereta, kapal terbang dan yang sewaktu dengannya memang tak asing dalam lukisan budak berjantina lelaki. Tak terkecuali Afif

By the way, tahu tak apa tujuan beg tu digantung di tombol pintu? Mula dulu YY juga kurang pasti, tapi bila ditanya dia jawab itu adalah tong sampah "bergerak" ciptaan dia.

Sebab apa ada perkataan "bergerak"? Dia kata senang dia nak bawa ke mana aje dalam setiap sudut bilik ni. Tong sampah sedia ada dia kata tak cukup convenience untuk dia (^_^)


Yang pasti anak bujang YY memang amat meminati lukisan. Cuma perlukan sedikit galakan untuk menggilap bakat dia ke level seterusnya.

Siapa tahu dengan minat tu mampu memberikan pendapatan untuk dia satu hari kelak (^_^)


P/S - Hujung minggu ni kami merancang ke Melaka, Ada sesiapa sahabat blogger yang berada di Melaka? Boleh jumpa (^_^)

61 comments:

  1. penuh dengan lukisan dia.
    ini memang betul2 minat dah ni.
    kak, ce tengok bulu mata keluarga bahagia tu.
    terus teringat kat che ta.haha. lentik sangat.

    "ALLAH belum nak bagi"
    bijak betul jawapan afif.
    orang yang dah berusia pun tak mampu fikir macam afif.
    asyik duk tanya soalan sensitif je.
    tak reti2 nak fikir rezeki setiap orang tak sama.



    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...akak perasan mata melentik tu
      tak tahu camne dia dapat idea nak buat gitu
      tapi kira bijak juga dia lukis untuk menggambarkan perbezaan jantina

      akak tak sangka juga dia nak kata gitu
      tapi kami memang dok selalu kata gitu apabila melibatkan
      pertanyaan yang menjurus ke arah seperti itu

      Delete
  2. Pandai dia jawab, kadang2 fikiran & imaginasi kanak2 ni jauh lebih tinggi berbanding orang dewasa seperti kita kan kak yana. InshaAllah sikit masa lagi mungkin dia berjaya juga melukis dgn sebaiknya.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu
      cara mereka berfikir sebenarnya lebih "bersih" dari kita
      kalau minat, tak mustahil dia mampu menjadi lukisan sebagai satu kerjaya =)

      Delete
  3. ada bakat melukis ye abang ni.. unty je tak reti melukis, orang lidi je tahu..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...mana tahu masa depannya nanti dia akan berjaya sbg pelukis...

    ReplyDelete
  5. pandai afif melukis..teruskan usaha..saya pon suka melukis dari kecil..hasil lukisan kerap ditambal di belakang kelas dulu..tettt..(cam bangga pulak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kalau saya dulu karangan
      afif ni melukis dan mewarna
      kalau minat tu, teruskan aje
      as a parent, saya bagi galakkan je

      Delete
  6. ketiga2 anak KA ada bakat melukis, yg ini menurun dari abahnyer kot tapi plg berbakat dan dok prktis x henti2 semestinyer adik ler walau cita2 nak jd kapten tentera laut hehehe.. sokong aje minat anak2kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak saya juga begitu KA
      cuma setakat ni paling jelas kelihatan adalah afif
      afif juga bercita nak jadi kapten...hehe
      betullah tu, kita sokong sahaja tanpe perlu berikan tekanan

      Delete
  7. Wah ..bijak afif ni..pandai melukis dan pandai patahkan hujah mama dia.. Hehehe..aunty doakan afif berjaya walau apa jua afif ceburi dan minati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...zaman sekarang semua budak pandai berkata-kata =)
      aminnnn

      Delete
  8. Afif memang minat melukis dan ada bakat tu... penuh belakang pintu ngan lukisan... kena bagi sokongan, nanti mana tahu boleh jadi seorang pelukis yang terkenal...
    Waa, hujung minggu ni nak bercuti2 ye... bestnya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak nurul, memang dia minat melukis
      saya pun memang menyokong penuh hobi dia ni
      plan nya begitulah, semoga dipermudahkan =)

      Delete
  9. bijak afif menjawab..bagus, melukis pun pandai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...budak usia gitukan
      ada aje diorang nak menjawab balik...hehe

      Delete
  10. rajinnya... sama la macam anak2. saya..
    Salam perkenalan dari mamajue.. saya follower ke 116... tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia minat melukis =)
      terima kasih ye, nanti saya membalas kunjungan =)

      Delete
  11. Budak-budak imaginasi tinggi. Kalau tak berani, jangan provoke. Hahaha. Baguslah dah tahu apa minatnya si Afif ni. Saya dan HD tak minat melukis tapi Abang tu kalau tengok-tengok ada juga minat dan bakat ke situ. Semua lukisannya saya simpan dalam file. Bak kata HD, mana tau anak kita jadi pelukis terkenal satu hari nanti, habislah orang dok nak beli hasil lukisannya masa zaman kecil2 dulu. Kaya makpak. Huhuhu....

    Yang sebenarnya kita ni makpak sokong aje apa minat anak. Kalau baik teruskan, kalau tak baik, kenalah pujuk-pujuk pilih cita-cita lain ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang tak beranilah sebab tu tak tanya further question =)
      mungkin ada darah seni mengalir dari mana-mana atau dia memang minat
      betullah kan, kita kena bagi galakan aje
      lagipun tak salah, skop melukis sekarang bukan setakat melukis aje
      besar skop dia =)

      Delete
  12. Alhamdulillah... sangat bijak dan sangat minat untuk dia melukis.. insyaallah... bukan setakat tulis-tulis kosong.. tapi pelukis pelan bangunan bila wawasan 2020 nanti siapa tahu kan...
    part ada ultrament tu.. .sama macam anak saya...haha...dorng suka sangat yang ni kan...

    salam ukhwah dan salam kenal dari mommylina

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn...
      suka komen ni =)
      budak lelaki memang kebiasannya suka ultraman
      anyway salam kenal =)

      Delete
  13. ye la yana...anak bujang yana ni sgt2 berbakat dlm lukisan...kene gilap ni yana.... sebab dah nampak talent die....umur mcm nidah pandai lukis mcm2...so mmg yana n husben kene bagi galakan n dorongan.....

    penoh lukisan kat dinding heheheeh tak lame lagi leh bukak galeri sendiri ni yana heheheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, kena polish! hehe
      penuh kat pintu aje, kat dinding kena bebel dengan papa dia
      papa dia tak suka penuh sangat =)
      tapi dari segi lukisan memang kami fully support

      Delete
  14. YY jgn under estimate hero yg semakin cerdik tu. Dia jawab spontaneous aje YY dah terkelip-kelip serba salah nak senyum ke apa haha... Tapi kakak rasa mungkin betul juga hero YY ni mewarisi genetic atok dia yg pandai melukis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak penah under estimate pun kak, tahu dia punya kebolehan
      tapi bab jawapan memang buat saya pening =)
      dia panggil aki, atuk pula belah papa dia
      kalau kak zakie cakap camni kat dia, kak zakie pula yang kena nanti

      Delete
  15. numb chuck.. fav karton anak sedara acik.. hehee pandai melukis

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kadang akak layan juga kartun tu =)
      dia baru berjinak-jinak

      Delete
  16. In shaa Allah jika diberi galakkan pasti suatu hari nanti jadi seorang pelukis terkenal.

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah YY dapat anak baik macam ni, mesti YY pandai didik kan.. berhikmah sungguh..

    btw, nak jemput singgah segmen kami. first time buat, sudi-sudilah support ye :D

    http://afifahaddnan.blogspot.com/2014/11/segmen-blogwalking-bersama-afifahaddnan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...terasa kembang hidung membaca komen ni
      insya ALLAH, ada masa kang join lah ye
      terima kasih jemput =)

      Delete
  18. Kuat juga imiginasi dia nih.. Bgus.. Teruskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kata, orang jiwa seni memang kuat imaginasi

      Delete
  19. cian mama yana . terkena jer ... heheheeee . selalunya org yg suka melukis ni mrk ada karakter sendiri . mrk x suka habiskan masa mcm tu jer dan pasti mmg x suka brgnya kena usik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya vee
      nasiblah kan, sebab mama dia kurang bijak nak menjawab
      tapi saya sokong tu, orang jiwa seni agak sensitif sikit =)

      Delete
  20. Idah suka anak2 yang pandai dan suka melukis nie... biasanya mereka nie kreatif dan sensitif... anak2 idah ikut mak dia kerastangan... hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab sensitif saya setuju sebab afif akan menangis
      kalau barang dia hilang atau koyak =)

      Delete
  21. Afif memang berbakat... Bakal ikut jejak atuknya yg pandai melukis.... Teruskan beri galakan pada dia...
    Saya perhatikan, anak teruna kita punya minat yg sama... Suka dinosaur dan minat melukis...
    Pagi tadi anak2 senyap jer bila saya suruh turun sarapan.... Ingatkan tiga2 ralit menonton TV, rupanya tiga2 sibuk melukis.. Jadi pagi2 budak2 tu dah dapat tazkirah free.... hobi melukis tu bagus, tapi kepentingan masa pun kena jaga jugak... kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan atuk, tapi aki dia
      kalau cakap atuk, dia akan cakap atuk lain, aki tu lain...hehe
      yeke? anak teruna saya pun suka sangat dinosaur
      tapi dia melukis ada masa-masa je, dinosaur dengan ultraman paling kerap dia main =)

      Delete
  22. Budak2 sekarang ni cerdik2 betul kak. Semoga akak terus gilap bakat anak bujang akak ni haaa. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mulut terlebih cerdik =)
      memang sekarang support minat dia

      Delete
  23. wah, saya nak puji dua perkara yang buat saya kagum dengan anak YY ni. minat dan bakat melukisnya satu, yang kedua tu jenis pengemas dan matang.. eh ke jadi 4 perkara yang layak dipuji tu.. hihi.. legalah anak macam ni kan... pandailak adakan tong sampah di pintu bilik untuk masukkan sampah yang ada.. mmg kagumla dengan anak YY ni..

    kena sokong minat dia ni..nanti makin berkembanglah bakat yang ada tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakat melukis dan pengemas tu saya setuju
      tapi matang mungkin belum lagi
      pasal tong sampah tu, saya pun tak tahu asalnya
      atas initiative sendiri dia buat tong sampah gitu =)

      insya ALLAH selahi bernyawa akan sentiasa sokong =)

      Delete
  24. Bagusnya afif suka melukis. Sambil melukis sambil berimaginasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...orang kata kata pelukis memang perlu berimaginasi =)

      Delete
  25. tu bukan dinding diana, tapi belakang frame gambar
    yang kami belum sempat nak sangkut lagi...hehe
    tapi dia memang sayang sangat lukisan dia

    ReplyDelete
  26. Wahh bagus tu.. bakat terpendam yg boleh diasah terus. Biarkan Afif terus melukis.. jngn dipendam bakatnya. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami setakat ni memberi dia galakan aje =)

      Delete
  27. Tekunnya dia drawing.
    Banyak betul hasil kreatif kat pintu.
    Dah lukis pandai dia kaler pulak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk usia gini mungkin itulah minat dia
      lagipun itu cara dia meluahkan perasan dia

      Delete
  28. Waduh waduh waduh... pandainya dia menjawab... boleh jadi lohyer besok besar nihhhh

    ReplyDelete
  29. Bijaknya dia berkata-kata. Kretif lagi. Insyaallah besar nanti jadi insan yang berjaya. Seronok tengok anak membesar bijak camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH mudah-mudahan =)
      siapalah tak bangga dengan kebolehan anak sendiri

      Delete
  30. waa..banyaknya..; lya sndiri suka simpan koleksi lukisan anak2 ni..
    mmg kita rsa sesuatu sgt tgk lukisan ank kan.. kat situ mcm2 terjemahan imiginasi anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan semua tu lya
      ada yang tak ada dalam gambar...hrhr
      betullah, lukisan bebudak ni ada macam-macam based on imaginasi diorang

      Delete
  31. ni mesti ada darah seni dari atuk nye kan

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...