Bukan Pak Menteri Aje Ikat Perut (^_^)

7:10:00 am Yana Yani 28 Comments

Baru-baru ni kecoh cerita pasal Pak Menteri yang terpaksa ikat perut disebabkan pendapatan bulanan mereka yang agak sedikit berbanding tanggungjawab yang digalas.

Kesian diorang ye. Sampai terpaksa ikat perut untuk rakyat. Kalau dah Pak Menteri pun kena ikat perut, kita yang rakyat biasa pun kenalah ikat perut juga kan. Tak patut biar diorang je.

Cuma kita ni ikat perut bukan macam dioranglah. Maksudnya idaklah sampai tak makan langsung! Cam diorang tu extreme sangat! Tak mampu kita rakyat ni buat lagu tu juga.

Maklumlah kita senang sikit kan? Caranya senang aje. Kita bawa bekal! Ye, tak salah korang baca tu! Bawa bekalan sendiri dari rumah!

Bila sebut bekal ni, tak semestinya benda tu hak yang korang masak sendiri. Boleh hak yang beli juga, contohnya macam nasi lemak yang biasanya murah sikit dari makan tengahari.

Suruh peniaga nasi lemak tu asingkan sambal dengan timun aje. Boleh tahan sampai tengahari. Bosan nasi lemak, boleh tapau mee goreng.

Roti canai pun boleh! Tapi opis korang kena ada microwave lah! Tak sedap makan roti canai sejuk. Lagipun boleh tanggal gigi korang! Paling senang beli roti kosong buat sandwiches.

YY sendirinya dah lama bawa bekal ke tempat kerja ni. Time anak dara pun dah praktikkan benda yang sama. Bezanya idaklah serajin Lieya Latif deco sana-sini bekal dia.

Dulu buat juga, tapi Encik suami perli. Dia kata buat cantik-cantik pun, bila dimakan, keluar jadi buruk juga! Sape nak faham, fahamlah kan. Tapi sejak tu memang tak pernah deco bekal!

YY pun masak pada waktu pagi cuma idaklah pagi sangat sebab nak sediakan breakfast. YY cukup mementingkan breakfast. Lunch tak makan pun tak apa, janji breakfast!

Lagipun ada anak dara yang menolong. Tu yang senang sikit (^_^)


YY pastikan Encik suami dan anak-anak breakfast sebab ianya penting bagi memulakan hari diorang. Lagi satu kalau sape nak diet tapi dia skip breakfast, kurang cerdik namanya.

Anyway kalau YY rajin sikit pagi tu, YY buatlah bihun goreng ke, pisang goreng ke, nasi goreng ke. Maksudnya menu yang simple. Tak payah bangun pagi sangat tapi still sempat masak!


Tapi biasanya memang roti aje YY bawa. Bezanya dilainkan sikit rasa pada roti tu. Hari-hari bawa roti sapu jem aje, bosan juga kan? Cubalah guna kreativiti memasing nak buat camne kan.

Cam YY ada hari sapu jem aje, ada time yang buat sandwich sardine, tapi ni kalau malamnya YY masak sardine. Pagi tu YY adjust sikit sardine tu untuk dibuat sandwich.

Kena berfikir di luar kotak! Tapi kebiasaannya roti telur aje YY bawa. Sebab mudah sangat nak buatnya! Tinggal sifat kerajinan tu aje pada level mana.


Kadang tu malam YY sengaja masak lauk lebih sebab YY nak jadikan ianya bekal untuk keesokkan harinya. Bangun pagi YY just panaskan aje lauk tu, lepas tu tapau! Senang!

Boleh tahan sampai tengahari. Cuma YY tak bawa nasi, YY kadang beli nasi sebab tak suka nasi sejuk. Cuma lately YY makan lauk aje sebab nak sama-sama menyahut cabaran ikat perut.

Tapi seriously makan nasi memang antara faktor penyebab badan cepat naik. Nak elak badan cepat naik, makan nasi sekali aje sehari. Insya ALLAH, kuruslah! (^_^)


Bekal pun bukan untuk YY aje, Afif dan Aisyah pun YY sediakan bekal. Even Encik suami pun cukup rajin bawa bekal. Pendek kata muka kami sekeluarga ni memang tak lari dari bekal.

Afif bawa bekal pergi sekolah, manakala Aisyah pula bawa pergi rumah Wan a.k.a Mak YY. YY dan Encik suami pula bawa ke tempat kerja.

See, tak susahkan nak ikat perut? Senang aje! YY faham susah untuk "orang senang" seperti kita untuk ikat perut. Tapi lama-lama ianya akan jadi kebiasaan.

Tak percaya cuba buat. Tak usah fikir bab malu dan sebagainya. Sendiri yang nak makan, sendirilah cari initiative. Insya ALLAH lepas ni bukan Pak Menteri aje ikat perut, kita pun ikat perut!

Till we meet again, Assalamualaikum! (^_^)

P/S - This entry might be sound sarcastic, but it means differently if we read in a different ways.

28 comments:

  1. saya masih terfikir-fikir
    macam mana gaya menteri kena ikat perut
    sebab bini banyak ke apa..wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya tak ada jawapan untuk soalan tu

      Delete
  2. Setuju! Kakak memang jenis malas melangkah keluar dari pejabat dari dulu masa anak dara sampailah dah tua ni YY. Jadi bawa bekal amat sinonim dgn keluarga kakak. Sampai anak kakak yg di U dan asrama sanggup tapau sarapan utk bawa bekal. Kat office kakak ni hari-hari kakak masak nasi jgn tak tahu. Kakak dah sedia rice cooker comel. Cuma lauk dan sayur kakak bawa bekal dari rumah... Tiap hari bekal kakak siap dgn buah sekali YY. Kalau dah biasa tak ada masalah sebab dah berpuluh tahun macam jadi rutin dah...

    Kakak rasa YY akan jadi macam kakaklah sampai bila-bila sebab dah biasa.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sep kak! samalah kita
      saya memang tiap hari bawa bekal tapi lebih untuk breakfast
      sebab tak sempat saya nak breakfast kat rumah, lepaskan bebudak dengan en suami aje
      lunch saya biasanya jarang makan, malam balik kerja baru masak =)
      betullah tu kan kak, kalau dah biasa idaklah susah mana pun
      tinggal nak buat dengan tak aje, lagipun ini salah satu cara nak berjimat =)

      hehe...tulah kan, benda dah terbiasa tu susah nak ditinggalkan =)

      Delete
  3. saya suka sandwich sardin..yummy..yela kan kalo nak jimat boleh bawak bekal..kalo saya ni jenis malas masak..pagi2 tapau yang murah2..kalo makan lunch pun tak sampai rm5..penjimatan di situ..malam memang masak..kalo rasa nak bawak bekal, saya masak lebih..esok pagi hangatkan je..saya pagi2 memang malas..tu pasal lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu mar, salah satu cara nak berjimat adalah bawa bekal
      saya pun idaklah rajin mana masak
      kalau tengok menu pun memang nampak sangat kemalasan tu...hehe
      ni pun bukan bangun pagi sangat, lagipun saya masuk kerja pukul 9pg
      sempat sangat nak prepare apa yang patut =)

      kadang tu saya pun tapau nasi lemak, jimat banyak dari beli time lunch =)

      Delete
  4. Apa nak malu kalau bawa bekal ke pejabat, YY? Saya ni kalau sempat memang bawa bekal. Malaslah nak keluar. Nak cari parking lagi. Lepas tu port makan pun dah bertahun tempat yang sama. Dah tak syiok lagi walaupun sedap. Harga pun mahal gak kat keliling area KLCC ni. Nasib baik kat section saya ni ada microwave hasil bos main golf tak henti-henti. Bolehlah buat panaskan bekal...

    Rajin YY bangun pagi. Eh, pukul berapa YY start masak? Si Aisy awalnya dah bangun nak membantu ibu di dapur? Memang rajin budak Aisy ni tau. Sesuai sangat ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ramai yang saya jumpa malu kalau suruh bawa bekal
      padahal perut sendiri yang nak makan, orang camtu wujud mungkin MD aje taj jumpa =)
      opis saya tak ada microwave, apa yang ada tu ajelah saya makan
      cuma bezanya saya tak makan lunch, saya makan breakfast aje =)

      bukanlah pagi sangat ni MD, 6:30pg ni. sempat solat sempat masak
      dalam pukul 7:15pg dah boleh hidang, 7:45pg dah kena keluar sebab afif masuk 8pg
      saya masuk kerja pukul 9pg, sempatlah breakfast dulu sebelum memulakan kerja =)
      aisyah tu bangun cai susu, nampak mama masak, dia pun kata nak tolong
      hehe...part akhir tu agak kelakar =)

      Delete
  5. Bagusnya.. Jimat kan.. Sy msih x blh nk praktikkan tak tahu kenapa... Sbb tak lalu nk mkn msakn sndiri... Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jimatlah sikit dari segi bab makananlah
      tak payah keluar banyak sangat belanja
      hehe...hak tu tak boleh tolong =)

      Delete
  6. Suami saya dan anak pun selalu jugak bawak bekal..lagi2 anak saya memang tak makan kat kantin sekolah..wajib bawak bekal..jimat banyak dah kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus sebenarnya gitu kan diana
      kita boleh berjimat sikit lagipun terjamin sikit kebersihan dak =)

      Delete
  7. akak memang dah biasa ikat perut ni, bawa bekal pun selalu..al-maklum la perbelanjaan kena bajet2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita kak, sep sikit =)
      saya pun memang set target untuk perbelanjaan makanan ni
      tu yang bawa bekal, tak kisahlah apapun bekal yang dibawa
      janji kenyang =)

      Delete
  8. my kakak bangun seawal 5 pagi buat bekal . my anak buah x malu bawa bekal ke sekolah . duit poket mrk guna utk beli ayam goreng atau apa saja lauk tambahan yg mrk suka . selebihnya mrk simpan nak beli henfon katanya . maklumlah my kakak ni membesarkan anak 6 org ... sila jgn tersedak yer ... heh heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak adalah bangun seawal tu,
      biasa pukul 6:30pagi dah cukup masa tuk sediakan semuanya
      bagus juga kalau dipandang dari sudut lain, mengajar anak-anak berjimat
      enam orang anak tak adalah ramai mana, tapi mungkin ramai pada zaman ni
      makcik saya ada 14 orang anak dan semuanya berjaya =)

      Delete
  9. kita pulak ikat perut dengan recycle makanan tak abis.. memang sejak jadi mak orang ni otak jadi kreatif sikit bab2 nak recycle lauk yang tak abis ni.. Yelah.. 'orang senang' macam kita je paham apa itu kesusahan.. kan? kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kadang saya buat gitu juga
      telur malam tadi masak, besoknya jadikan sambal...hehe
      betullah kan, "orang senang" cam kita je yang paham..hehe

      Delete
  10. Menteri kita ikat perut sampai buncit boroi juga kathy nengoknyer....oppppss...!!! Sama kita sis..klu nk buat sandwich sardin mlm tu kathy dah masak inti sardinnya tu...lagi mudah gitu..tapi rajin la sis siapkan bekal. Kathy pun respek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...salah kut cara ikatan tu =)
      kalau dalam zaman sekarang ni, nak tak nak kena juga buat bekal
      maklumlah, "senang" sangat...hehe

      Delete
  11. Part breakfast tu, setuju sgt dgn YY...
    Sebab tu kami pagi2 hari memang makan nasi putih... Panaskan aje lauk yang ada... Anak2 pun memang dah biasa makan nasi waktu pagi... Kadang2 ada juga mereka minta nak sarapan dengan cereal+fresh milk, tapi takut mereka pula lapar kat sekolah sbb anak2 cuma bawa bekal roti jer pegi sekolah... Tu pun kadang2 tak sempat makan bekal sebab ralit main.... Tu yang saya wajibkan telan nasi semasa sarapan.... hihihi

    Part nasi tu pun setuju 200% jugak... Saya pun boleh perasan yg badan mudah naik kalau banyak makan nasi... Jadi kena makan nasi sikit aje lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cam saya jarang makan benda berat bila pagi
      cuma memang galakkan family members breakfast
      sekarang ni diorang dah terbiasa, lunch lambat masak diorang tak kisah
      cuma part bekal tu kebiasaannya diorang makan time lunch lah
      saya aje yang makan tuk breakfast sebab tak sempat
      tapi lunch saya tak makan, bukan sebab diet, sebab kenyang...hehe

      nasi dia ada karbohidrat yang buat kita cepat naik badan =)

      Delete
  12. Fuhh tengok time2 hujan skrng ni jadi bertambah2 selera pulak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ni confirm pandang gambar aje ni =)

      Delete
  13. Saya tak nampak celah mana pak menteri ikat perut..
    Kereta mereka saja dah sekian..
    Elaun-elaun dorang saja dah sekian..
    Banyak lah sekian sekian ni..
    Celah mana dorang ikat perut?
    Eh jap, saya bukan persoalkan cuma pak menteri sekarang suka bagi statement2 yang kurang bijak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. opps, tidaklah berani nak komen
      kami cuma tau diorang "susah" aje
      kita aje yang "senang" sebab tu kita p kerja naik bas!
      beso dari mereka! senang sungguh kita ni, alhamdulillah =)

      Delete
  14. Pak menteri ikat perut sbb.xbleh nak berbelanja lebih...mcm golongan pertengahan mcm kita nih sedar diri nak berbelanja.ukur baju pd bdn sndri kan...ermmm kalo diorg patut dinaikkan gaji sbb ikat perut rakyat yg bekerja pun kenalah dinaikkan gaji sbb dah lama ikat perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya suka komen ni
      pendek dan bernas!
      betul juga kan, gaji banyak gitu kata tak cukup lagi
      kalau dibanding kita, mewah mereka tu

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...