Pengaruh Upin Ipin dan Ultraman

7:38:00 am Yana Yani 51 Comments

Afif antara berjuta-juta kanak-kanak yang meminati siri adiwira Ultraman. Dia boleh berhenti buat apa sahaja hanya kerana ingin menonton siri Ultraman kegemaran dia.

Tak dinafikan Ultraman masih lagi relevan hingga ke hari ini walau pencipta watak Ultraman iaitu Eiji Tsuburaya telah meninggal dunia pada tahun 1970.

Untuk makluman, siri Ultraman sudah mula muncul di saluran TV Jepun sekitar tahun 1966 dan ia masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini.

Afif juga sangat meminati siri animasi tempatan Upin Ipin hasil ciptaan Les Copaque.

Siri animasi Upin Ipin ini pada awalnya diwujudkan untuk mendidik kanak-kanak untuk menghayati bulan Ramadhan sekitar tahun 2007 sebelum ia semakin popular sehingga ke hari ini.

Apa yang menarik apabila dua siri kegemaran Afif itu digabungkan dalam siri Ultraman Ribut hasil kerjasama Les Copaque dan Tsuburaya, pemilik jenama Ultraman.

Malahan Ultraman Ribut merupakan Ultraman yang direka khusus dan telah ditayangkan bermula pada tarikh 14, 15, dan 16 November 2014 yang lalu.

Mesej dalam siri Ultraman Ribut yang cuba menyampaikan mengenai pencemaran alam sekitar amat menarik malahan ianya memberi pengaruh secara tak langsung kepada Afif dan Aisyah.

Nak dijadikan cerita setelah penat Menjelajah Pasar Karat Shah Alam, kami menghabiskan masa di rumah parent in law YY. Afif dan Aisyah suka di sini sebab mereka BEBAS.

Orang kampung kebiasaanya cara pelupusan sampah diorang adalah dengan membakar berbanding dengan di bandar di mana ada pihak tertentu ditugaskan mengutip sampah.

Bila melihat Nenek yang mula membakar sampah, Afif mula melahirkan kerisauan. "Nenek, jangan bakar sampahlah! Nanti ada raksasa datang serang kita!"

Sudah tentu kata-kata itu hanya disambut ketawa oleh Nenek dia (^_^)


Jenuh jugalah lepas tu YY nakjelaskan kepada dia kenapa Nenek dia bakar sampah. Salah jelaskan nanti, boleh tersepit YY dengan soalan bertubi-tubi Afif.

Despite timbul rasa tak wajar dengan cara Nenek dia, Afif dan Rayyan tetap ada rasa keterujaan apabila melihat api yang membakar timbunan daun kering yang telah dikumpulkan.


Aisyah pula hanya jadi pemerhati kerana dia terlalu takut melihat api yang sedang rakus membakar kesemua daun kering yang mereka telah kumpulkan pada awalnya.


Apa yang YY cuba sampaikan, siri animasi walau dari negara sekalipun mungkin membawa pengaruh yang elok dan sebaliknya kepada anak-anak kita. Tanggungjawab kita adalah memantau.

Tapi kita juga jangan lupa despite memantau semua yang boleh ditonton di TV, kita lupa bahawa contoh paling nyata memberi pengaruh dalam kehidupan anak-anak adalah diri kita sendiri.

Mak YY selalu kata bahawa anak-anak kita adalah cermin kepada diri kita.

Janganlah kita menjadi seperti ketam cuba mengajar anak-anaknya berjalan lurus sedangkan hakikat sebenarnya, dia sendiri berjalan senget (^_^)

P/S - Besok kita sudah ketemu Ramadhan yang sekian lama dinanti. YY nak ambil kesempatan ini untuk ucapakan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK (^_^)

51 comments:

  1. heheheh...daya imaginasi budak2 mmg tinggi...bila tgk citer kt tv mmg kena pantau..takut ada pengaruh yg xbaik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun budak deanna
      pemantauan tu perlu sebab budak usia gini memang mengikut aje =)

      Delete
    2. Jgn kan budak2..terlebih budak pon senang pengaruh dgn tv kn...hahaahhaah

      Delete
    3. hehe...pepandai aje kamu kan

      Delete
  2. singgah pagi
    selamat berpuasa

    ReplyDelete
  3. Salam Yana, Ramadhan kareem
    Anak saya pun minat Ultraman, siap kenal ni ultraman baik, ni ultraman jahat, ni ayah dia, ni mama dia..habis segala keturunan kenal ..hehheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nurul
      samalah anak saya pun. habis semua keturunan ultraman dia kenal =)
      budak kan, tapi saya pun tengok juga...hehe
      salam ramadhan ye =)

      Delete
  4. risau yg baik disalah erti.. budak2 sekarang bijak dia lain macam.. afif ni mmg bijak budak nya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya
      dia orang punya imaginasi agak tinggi
      kena selalu guide

      Delete
    2. bila baca sharing ibu2 ni kan, org2 bujang ni pun tercelik mata.. anak2 I nanti camna lah kan..

      Delete
    3. hehe...nanti dah ada sendiri
      baru dapat jawapannya =)

      Delete
  5. Salam,
    Selamat menyambut ramadhan...
    Ada watak lagi masked rider.. Haha..
    Upin ipin golongan dewasa tgk pun syiok juga citer tu bnyk pengajaran..

    Blogwalking sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, ye salam ramadhan
      tu dulu punya giter, gaban, masked rider, bla...bla...
      saya dulu pun layan cite tu
      sekarang ni dah kurang sikit, tua dah kot...hehe

      Delete
  6. Dulu saya pun paling terpengaruh dgn citer ultraman ni hehee..

    Selamat menyambut Ramadan al mubarak buat YY sekeluarga.. semoga Ramadan tahun ini beroleh keberkatan yg lebih besar dari tahun2 sebelumnya... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...samalah saya pun KK

      selamat menyambut ramadhan KK
      amin ya rabbal alamin

      Delete
  7. anak saya tengok upin ipin episod utraman ribut dia lebih tertarik dengan perkataan tak guna.. dia asyik cakap benda tu bila dia meradang & marah.. explain pun kat dia.. dia tak berapa faham lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lala kecil lagi, memang payahlah nak bagi dia paham
      insya allah lelama dia faham tu
      sama macam aisyah kalau dibandingkan dengan abang dia
      cuma aisyah ni jenis kurang bercakap, tapi tangan kaki akti f=)

      Delete
  8. salam ramadhan yana...

    anak-anak akak pun sukakan ultramen dan upin ipin ni... dan pengaruhnya pun sama macam afif la..hehehe ada je ayat2 upin ipn yg digunakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan kak!

      kalau dah namanya budak, mesti tertengok punya cite gini =)
      tulah kan, tak tiru banyak, sikit mesti ada =)

      Delete
  9. saya suka sgt kastria baja hitam kot..
    nama cerita tu,sebab hero dia hancem hihi..
    dulu2 lah..masa zaman bdk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ingat cite tu
      memang hero dia sangat handsome dulu
      tapi sekarang dah tua tau! hehe

      Delete
  10. Mmg kartun byk beri pengaruh pd anak-anak.. Sebb tu kartun pun kena tapis..

    ReplyDelete
  11. Selamat menyambut Ramadan, YY :)

    ReplyDelete
  12. anak-anak saya ni memula tengok juga
    lepas tu lelama, join juga
    nama pun budak =)

    ReplyDelete
  13. Selamat menyambut Ramadan...anak boy diana pun cukup teruja dgn siri ultromen Dan upin ipin....yg dia tahu 'fire' sana 'fire' sini....hi...hi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak kan diana, lagilah lelaki
      takpelah, nanti dia sihat n aktif tu
      cuma kena pantau aje

      Delete
  14. hehehe.. kelakar je dorang ni..
    bestlah suasana kampung tu.. teringat zaman sekolah dulu.. bestnya dok kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bebudak kan
      tulah, mujur ada kampung
      boleh juga bebas berbanding duduk dekat rumah sendiri

      Delete
  15. Zarif pun layan upin dan ipin... pastu kita tak ada chance lah nak alih channel lain...nanti ada orang mengamuk pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...budak kan bunda
      saya pun layan juga cite tu =)

      Delete
  16. Salam Ramadhan buat sis sekeluarga ye?

    ReplyDelete
  17. nanti raksaksa datang ? hahahaaa ... saya selalu gak usik anak buah dgn ayat tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya
      pengaruh upin ipin ler tu

      Delete
  18. selamat menyambut Ramadhan.

    anak-anak IbuNoey pun suka tengok Ultraman dan Upin Ipin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat menyambut ramadhan
      samalah dengan anak-anak saya pun =)

      Delete
  19. izzat suka tgk upin ipin.
    and rasa nyer yg ultraman ni pun dia da tgk...
    pengaruh yg baik, okla.
    jgn di amik nyer pengaruh yg x baik, kan?
    anak2 zaman sekarang kecerdikan diorang melampau.
    pengaruh media...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu aida
      ada banyak pengaruh tak baik dalam kartun ni sebenarnya
      kita kena banyak pantau rancang yang ditonton

      Delete
  20. hihi
    pengaruh sungguh kan
    bab raksasa datang tu yg tak menahan.

    selamat berpuasa buat yy sekeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bebudak cik su
      selamat berpuasa buat ciksu dan keluarga juga ye

      Delete
  21. skrg ni parent mudah sgt beli gadjet utk anak2...risau mereka leka nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak belikan mereka gajet JM
      memang amat memantau benda gini

      Delete
  22. Anak saya yang kecil tu minat Upin Ipin tapi apa yang saya nampak, banyak perkara positif yang dipelajari. Sikit-sikit yang tak baik tu ada juga tapi kira tutup mata ajelah sebab sejak kenal Upin Ipin ni macam-macam perubahan yang baik si Adik Cute ni tunjukkan pada kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju MD. memang kalau dilihat, rancangan upin-ipin ni
      ada banyak kebaikannya. afif dan aisyah juga banyak belajar
      dari siri kartun tu

      Delete
  23. Suka kata2 mak akak, anak2 adalah cerminan kepada ibubapa. Macam mana kita mendidik anak, kita tengok hasilnya nanti. Sama konsep dengan tanaman. Elok kita jaga tanaman kita, bagi baja selalu, siram selalu, insyaAllah baiklah hasil yang kita dapat. Elok cara kita didik anak, insyaAllah solehlah anak2 kita nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali ana!
      apapun kita sebagai parent adalah contoh terbaik buat anak-anak
      nak anak jadi elok, kita pun kena jadi elok =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...