Alasan Afif (^_^)

11:04:00 pm Yana Yani 2 Comments

Minggu ni entah angin ribut apa yang melanda Afif sampai dia tak mahu ke sekolah. Masuk hari ni baru dua hari aje dia pergi sekolah. Lagi tiga hari sebelum ni tak pergi pun.

Yang peliknya dia cukup pandai bagi macam-macam alasan semata-mata tak mahu ke sekolah. Kadang-kadang alasan dia bagi tu rasa macam kelakar pun ada juga.

Sejak dia mula masuk sekolah ni, memang dia agak rajin bagi alasan especially bila tiba time nak kena pergi sekolah. Tapi sebenarnya ikut mood dia.

Kalau mood tengah rajin, aku pula yang dia bebelkan sebab lambat hantar dia ke sekolah. Kalau dia malas, cakaplah apa pun dia tetap tak mahu pergi sekolah.

Macam contoh semalam, aku kata kalau dia tak mahu pergi sekolah aku tak akan beli apa-apa mainan pada dia. Dia boleh jawab, "Tak apa, Abang dah banyak mainan dah!"

Aku terpaksa tukar strategi semata-mata nak suruh dia pergi sekolah. Nak paksa, aku tak sampai hati lagipun dia baru lima tahun, belum genap pun lagi!

Bila aku kata dia tak boleh tengok komputer, tak boleh main games dan tak boleh tengok Ultraman, baru dia nak ke sekolah hari ni. Kalau tak, mungkin hari ni pun dia tak ke sekolah.

Dekat bawah ni adalah antara beberapa alasan yang diguna pakai oleh Afif untuk tak nak ke sekolah:-
  1. Sekolah dah nak roboh
  2. Mengantuk, nak tidur
  3. Mata sakit, tak boleh buka
  4. Demam
  5. Tekak sakit, ada kahak
  6. Badan sakit, tak boleh bertahan
  7. Pinggang sakit, ada kahak kot
  8. Kaki sakit, tak boleh jalan
  9. Perut sakit, ada baby kot
  10. Kerja sekolah tak siap, nanti Cikgu marah
  11. Kesian Aisy/Wan tak ada kawan
  12. Kepala rasa macam nak meletup
  13. Nanti cerita Ultraman/Upin Ipin habis
  14. Nanti mainan Afif, Aisy usik
Dan banyak lagi! Kalau nak list semua memang tak larat. Tapi tu lah Afif Haziq Fiqrullah!


Dah sampai kategori pening dah aku ni melayan karenah putera dan puteri yang bermacam ragam. Apapun, despite dari semua ni. They are my strength!

2 comments:

  1. Hahaha... memang epik semua alasan si Afif bagi! Padan muka emaknya terkedu ^_^ Boleh bayangkanlah YY siap singsing lengan, panas hati dengar alasan. Tapi nak marah tak sampai hati pulak! Dah anak beri alasan macam tu kita pun dari nak marah boleh jadi tak tahan gelak!

    Anak-anak bujang saya manja aje lebih. Kalau tak nak sekolah mulalah pura-pura tak boleh bangun tidur. Tapi yang kecil ni lain sikit, macam-macam auta dia akan beritahu dan kalau kita tak layan, mulalah meleleh air mata sedihlah orang tak percayakan kata-kata dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya tau
      dia lepas demam teruk tu yang dia buat perangai
      sebelum tu dia okay aje
      tapi alasan dia tak nak pergi sekolah memang buat geram aje tau
      setiap hari tau MD dia gitu masa 5 tahun
      tapi masuk 6 tahun dia dah okay, dia dah seronok
      sampailah sekarang ni

      masa dia buat alasan tu, geram juga
      tapi kalau kita keras, dia keras juga
      lagipun pikir dia kecik lagi time tu

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...