Abahku Yang Tersayang! (^_^)

10:55:00 pm Yana Yani 6 Comments

Rutin hujung minggu kami adalah ke rumah ibubapa Encik Suami di Kampung Sungai Serdang, Kapar, Selangor. Afif adalah manusia paling seronok sebab dekat kampung aje lah yang dia boleh "bebas"

Biasanya kalau tiba waktu petang kami semua akan berada di bahagian belakang rumah sambil menghirup udara petang lepas tu berbual kosong. Layan pula saluran radio Klasik Nasional.

Untuk pengetahuan Abah mentua aku memang suka dengar saluran radio tersebut hinggakan Afif pun dah boleh menghafal sesetangah lagu dari saluran radio tersebut.

Tiba-tiba lagu yang berkumandang di saluran radio tersebut mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak aku dulu.

Bait-bait lagu yang dinyanyikan buat aku terus teringat kepada insan yang sering menyanyikan lagu tu kepada aku suatu masa dulu. Insan yang aku maksudkan adalah Abahku yang tersayang!


Aku dibesarkan dengan lagu-lagu era 60an dan 70an. Kebanyakkan lagu pada era tersebut aku mampu mengingati alunan muziknya kerana Abah sering menyanyi lagu-lagu tersebut.

So bila terdengar lagu tu, terasa tersentuh sangat hati. Mungkin lagu yang dinyanyikan tu beserta harapan yang menggunung kepada aku sebagai seorang anak sulung.

Aku tak berapa tahu siapa menyanyi dan tajuk lagu tersebut. Bila Google baru jumpa. Lagu tersebut bertajuk Anakku Yang Pertama nyanyian Dato' M Daud Kilau.

Tapi ada satu lagi lagu yang aku masih tak dapat cari. Kalau tak silap tajuk lagu tersebut, Intan Liyana. Next time kalau jumpa aku akan update.

Apapun lagu tersebut membuktikan kasih sayang Abah kepada anak-anaknya walau hanya mampu dilafazkan dalam bentuk nyanyian. Abah, you are the BEST!

So dekat bawah ni adalah lirik lagu tersebut dan MTV yang aku nak share.

Lirik Lagu Anakku Yang Pertama

Kini aku gembira
Yang ku tunggu dah tiba
Anakku lahir sudah
Hai anakku yang pertama

Sungguh cantik rupanya
Lirik wajah ibunya
Betapa bahagia
Hai dengan kehadirannya

Kan kujadikan raja
Di dalam rumahtangga
Kucurahkan semua
Hanya untukmu saja

Buah hati wahai permata
Besarlah kau segera
Anakku yang pertama
Riang tiada terkira
Bila ku memandangnya
Hai anakku yang pertama

6 comments:

  1. Replies
    1. Abah saya memang gitu cik lekit oii...sampai ke la ni pun dia masih lagi dengan hobby dia tu =)

      Delete
  2. Abah yang penyayang siap nyanyi2 lagi ea? hehe.. lagu2 lama memang org tua yang lahir tahun 40an keatas suka. abah aida pun suka pasang radio kuat2 lagi. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dia nyanyi tu kepada kita, tu yang buat kita terasa disayangi sangat aida oii =)

      Delete
  3. teringat plk kat arwah ayah...huwaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita doakan moga dia tergolong dalam golongan orang yang beriman eh...doa anak yang solehah bekal orang tua kita dekat sana =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...