Biar Betul! (^_^)

11:52:00 pm Yana Yani 2 Comments

Hari ni sibuk betul rasanya. Tak menang tangan nak settle kan kerja rumah yang bertimbun.

Pagi tadi breakfast rumah Mak (memang tu lah hobi aku sejak dari dulu, mentang-mentanglah rumah Mak dekat!) Lepas tu pergi kedia beli bahan-bahan untuk masak tengahari.

Lepas tu basuh kain baju kotor. Biasanya memang akan penuh ampaian sebab stok seminggu punya baju kotor! Hari ni pula ada tiga bakul penuh baju sampai tak muat ampaian!

So aku panggil Afif minta tolong dia ambilkan hanger.

"Afif, tolong Mama kejab sayang!" aku memanggil dari luar rumah.

"Apa dia Mama?" tanya Afif sambil berlari ke arah aku.

"Tolong Mama ambilkan hanger dalam bilik sayang. Ambil lima ye!" kata aku.

"Lima?" tanya Afif.

"Ye! Macam mana kira lima? Satu, dua, tiga, empat, lima!" kata aku sambil menunjukkan cara mengira lima menggunakan jari. 

"Okay Mama!" kata Afif sambil berlari ke dalam rumah.

Tak lama kemudian dia datang sambil membawa hanger dalam keadaan bersusah payah. Hanya tiga batang hanger sahaja yang dia ambil.

"Dia tersangkut lah Mama. Macam mana ni?" tanya Afif.

"Mama kan suruh ambil lima, ni tiga aje!" kata aku tanpa menghiraukan pertanyaan Afif dan mengambil hanger yang dihulurkan.

"Nanti!" jawab dia ringkas.

"Ambil lagi dua ye!" kata aku bila lihat dia berlari lagi ke dalam rumah.

Tak lama kemudian dia datang lagi, kali ni dia datang tapi dengan empat batang hanger!

"Eh banyaknya!" kata aku.

"Lah! Mama kan kata nak dua! Tadi lima, ni dua!" jawab dia.

Aku terdiam sekejab dengan jawapan yang dia berikan. Biar betul ni, Afif dah pandai mengira ke? Macam tak percaya pula! Aku cuba mencongak balik. Lima campur dua, betul! Dia bawa tujuh batang hanger seperti apa yang aku arahkan!

Mungkin kerana mengalami kesukaran (hanger tersangkut antara satu sama lain) menyebabkan dia hanya membawa tiga hanger sahaja pada permulaan. Bila aku kata lagi dua, dia ingatkan aku menambah dari bilangan yang pertama. Bijak! 

Mungkin Afif tak perasan yang dia sebenarnya telah menyelesaikan matematik mudah! Aku bab matematik ni memang hi hi bye bye! Nak menangis aku rasa kalau sesiapa suruh aku mencongak sebab aku memang slow bila membabitkan angka dan pengiraan.

Terasa bangga pula bila anak sekecil Afif a.k.a zuriat aku sendiri mampu mengira dengan pantas. Err, bakal economist ke? Tak pun accountant

"Mama ada bird!" kata Afif dan serta merta mematahkan lamunan aku.

"Ha'a lah!" kata aku. Tak lama kemudian burung yang Afif sibuk perhatikan pergerakannya terbang laju ke udara.

"Dah bird dah balik rumah dia! Pergi masuk dalam, panas ni! Terima kasih tolong Mama tadi!" kata aku.

"Sama-sama Mama!" kata Afif terus melangkah ke dalam rumah. Dia kemudian aku lihat leka bermain seorang diri di ruang tamu.

2 comments:

  1. seronak bila lihat perkembangan anak di depan kita.. kan..kan..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasalnya! Macam tak percaya aje dia dah besar. Kejab aje rasaya masa berlalu =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...