Yang Dinanti!
Sekejab betul masa berlalu, pejam celik hari ini Dayana Hanna Aisy telah genap 1 tahun! Selamat Hari Jadi sayang!Malahan ada beberapa nurse yang sudah mengenali Mama kerana kerap sangat masuk wad.
Mama masih ingat seorang nurse kata, "Oh akak lagi ye. Jangan risau akak belum pecah rekod lagi. Ada seorang ibu tu 9 kali masuk sini sama kes macam akak"
Tapi apa yang mengecewakan, ramai mulut-mulut jahat mengatakan Mama hanya mengikut dan melayan perasaan mabuk tu. Mulut memang senang bercakap!
Tapi Alhamdulilah, Papa begitu memahami. Dalam tempoh 4 tahun usia perkahwinan kami, Mama rasa hanya pada masa itulah Mama betul-betul mengenali Papa.
Bayangkan masa tu Mama langsung tak boleh uruskan diri sendiri apatah lagi orang lain. Rumah, Mama biar aje dia tunggang terbalik. Mama terbaring aje! Tapi Papa langsung tak berbunyi.
Rumah yang bersepah dia kemas, pinggang mangkuk tak bercuci dia basuh, kain baju dia basuh dan jemur, makan minum dia dan Abang, dia uruskan sendiri. Pendek kata semua dilakukan tanpa banyak bicara.
Masuk bulan ke-empat kehamilan, Mama dah mula rasa sihat. Dah mula makan banyak, badan pun yang mula-mula susut makin naik (sampai lah sekarang!)
Minggu 32 kehamilan, Mama dimasukkan ke wad buat kali ke-6! Menurut doktor, uri Mama ke bawah atau Placenta Previa type 3 di mana ia menutupi lubang vagina.
Doktor takut berlakunya bleeding kerana ianya boleh membahayakan nyawa kita berdua. Malahan doktor mengatakan mungkin Mama terpaksa melalui proses caeser.
Alhamdulillah masuk minggu ke 35 doktor mengasahkan Aisy boleh dilahirkan secara normal kerana kepala Aisy telah betul-betul berada di laluan yang sepatutnya.
Pada petang 1 Disember 2011, tanda-tanda untuk Aisy keluar telah kelihatan. Tapi Mama masih sempat meneruskan masak roti sardin!
Pada pukul 1.17 pagi hari Jumaat, 2 Disember 2011 bersamaan 6 Muharram 1433H, Aisy selamat dilahirkan secara normal!
Alhamdulillah Mama memanjat kesyukuran kerana sudah mempunyai sapasang anak!
Kehadiran Aisy telah melengkap keluarga kita! Mama, Papa, Abang, Aki, Wan, Atuk dan Nenek memang telah lama menanti kedatangan Aisy.
Mama harap, suatu hari nanti Aisy dapat baca entry ni dan ketahuilah bahawa Mama terlalu menyanyangi Aisy dan Abang. Percayalah tiada sesiapa di dunia ini yang boleh menyanyangi kamu berdua seperti Mama.
Apapun, sekali lagi Mama ingin ucapkan Selamat Hari Jadi sayang! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat dan lindungang Allah SWT. Amin!
Jadi anak yang solehah ye sayang! (^_^)
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿