Excited! (^_^)

9:06:00 pm Yana Yani 0 Comments

Semalam tak sempat nak update blog ni. Lagipun aku tak berapa sihat lately. Tadi pergi jumpa doktor kena injection, dia bagi cuti 2 hari. Well nantilah aku cerita pasal ni. Kita cerita pasal benda lain dulu.

Anyway, malam tadi lepas beli barang keperluan dapur di pasar malam berdekatan rumah, Encik suami mengajak kami ke Aeon Bukit Raja sebab nak beli barang-barang keperluan sekolah Afif.

Tahun depan (berapa hari aje lagi ni), Afif akan melangkah ke tadika pada usia 5 tahun. Wah! cepat betul masa berlalu. Dah besar anak Mama!

Sampai aje Aeon terus cari barang-barang yang diperlukan sebab masa tu jam dah menunjukkan pukul 9:30 malam. Queue pun boleh tahan panjang juga.

Aku lupa nak bawa kamera semalam so tak dapatlah tunjukkan betapa excited nya Afif beli barang-barang sekolah dia. Sebenarnya yang lagi excited Mama dan Papa dia!

Sebab first time beli barang keperluan anak untuk sekolah, sakit jantung juga tengok harga barang-barang dia. Encik suami pun macam orang kaya aje ajak shopping dekat Aeon ni.

Afif pula bila nampak barangan Boboi Boy, bukan main lagi dia! "Papa, Afif nak Boboi Boy!"


Dia memang antara peminat siri animasi tersebut selain dari Upin dan Ipin.

Sekarang ni pun dia tengok sibuk kumpul karakter Boboi Boy yang ada jual dekat kedai Mesra Petronas. Kalau korang ada Kad Mesra, harga dia lebih kurang RM13.90 setiap satu (kalau tak silap)

Tapi kalau tak ada, harga dia RM19.90 setiap satu. Setakat ni Afif dah ada 4 karakter, tinggal lagi dua belum dapat beli lagi. Tunggu Mama "kaya" sikit Afif ye!


Berbalik ke cerita tadi, untuk barang-barang simple macam beg sekolah, set pensil, kotak pensil dan botol air, Encik suami dah habis hampir RM100! Wah! Baru tadika ni!

Hampir RM1000 juga kami dah habiskan untuk kemasukan Afif ke tadika tahun depan. Semua tu untuk yuran sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain lagi. Bermodal sungguh nak menyekolahkan anak ni rupanya!

Tak apa! Bakal arkitek ni besok! Hehe! Amin!

Lepas tu Encik suami bawa kita orang ke Poh Kong yang terletak di dalam bangunan yang sama, kononnya nak tindik telinga Aisy.

"Ni budak boleh kasi tindik ke? Berapa?" tanya Encik suami dengan confident.

"Boleh. Tak ada mahal maa. RM15 saje!" jawab Cina kedai tu sambil mengeluarkan peralatan untuk menindik.

"You terus pakai emas ke?" tanya Encik suami lagi.

"Ayo! Mana boleh terus pakai emas! Kita bagi silver dulu. Nanti lepas seminggu you lagi datang kasi tukar" jelas Cina tu panjang lebar.

"Mali, kasi dia duduk sini!" tambah dia lagi sambil menanda telinga Aisy setelah mendapat persetujuan Encik suami.

Tiba-tiba Encik suami bersuara, "Tak payah  tindik lah! Kesian dia kecil lagi!" kata Encik suami dengan wajah yang agak cuak.

"Ni anak yang takut ke Papa yang takut?" tanya aku.

"Dia punya Papa takut woo!" kata Cina tu disusuli ketawa besar. "Tak apa, kasi dia besar sikit dulu lagi senang tindik" tambah Cina kedai tu lagi dengan senyuman.

Adeh Papa ni! Hancur harapan! Mama dah excited nak tengok Aisy bertindik. Dia pula yang takut. Aisy relax aje!


Ish Papa ni! Muka aje "ganas" tapi takut bila tengok anak sakit. Entah bilalah Aisy dapat kena tindik agaknya!

I wonder!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...