Warisan (^_^)
Lirik Warisan (Anak Kecil Main Api)
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di Nusantara
----------------------------------------
Lagu di atas kalau dihayati sepenuhnya boleh buat kita mengalirkan air mata. Tolak ketepi perbezaan fahaman politik. Fahami dan renunglah sebagai seorang bangsa Melayu!
Jujurnya aku muak dengan permainan politik semasa. Orang sini kata dia betul, orang sana kata dia lebih baik, entah yang mana satu yang betul!
Yang menyedihkan, kita ni sebangsa dan seagama. Hanya kerana perbezaan fahaman politik menyebabkan kita bermusuhan!
Kenapa kita tidak mengambil contoh dari negara lain contohnya Syria, Libya dan Mesir. Negara mereka kucar kacir hanya disebabkan perbezaan fahaman politik!
Mungkin negara kita akan mengalami fasa yang sama (Nauzubillah) sekiranya kita tidak bersatu padu, salah menyalah, tuduh menuduh, yang menjadi mangsa siapa? Kita! Rakyat!
Bak kata pepatah gajah dengan gajah bergaduh, kancil yang di tengah mati tersepit! (Aiceh, macam Karam Singh pula!)
Pilihanraya akan berlaku tidak lama lagi. Sudah daftar sebagai pengundi?
Tahukah kita bahawa lebih daripada 2.5 juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pengundi? 18.9% adalah Bumiputera, 10.2% Cina dan 22.5% India (Berdasarkan Bancian Penduduk Malaysia 2010) - Sumber Dah Ikhwan
Jelas masyarakat Melayu masih lalai dan lena dibuai mimpi sementara masyarakat Cina sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi piliharaya akan datang.
Jangan hanya pandai bercakap tapi tidak melaksanakannya. Kalau bukan untuk kita, fikirkan anak cucu kita. Masa depan mereka terletak di tangan kita sendiri. Jangan sudah terkena baru nak terngadah!
Sedarlah wahai Melayu!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿