The End! (^_^)
Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara di atas muka bumi Allah Yang Maha Kuasa ni. Cepat betul masa berlalu, sedar tak sedar dah menjengah ke tahun yang seterusnya.Bertambah lagi usia dan diharapkan dengan pertambahan usia akan bertambah mematangkan diri ini yang masih lagi jahil dalam segenap sudut. Terutama dalam mendekatkan diri kepada Dia yang satu!
Okay, pengakhiran 2012 disambut dengan memenuhi segala undangan kenduri kendara. Tapi sebenarnya ada satu jemputan aje yang kami pergi. Hehe!
Di pejabat pula aku agak sibuk menyelesaikan segala backlog. Hari tu aku memang agak sibuk hingga tak sempat nak makan minum. Kanan kiri pun tak toleh. Rasanya macam aku fokus habis dekat kerja hari tu.
Balik kerja pula, Encik suami suruh goreng cempedak. Lepas tu aku bercadang nak siapkan makan malam sebab tak terfikir untuk keluar ke mana-mana.
Bila tengok aku kelam kabut nak masak, Encik suami pun kata, "Eh tak payah masak Yang. Kejab lagi kita nak keluar!"
"Nak ke mana?" tanya aku yang serta merta menghentikan aktiviti memasak.
"Tak tahulah. Kita ikut Ajib nanti!" kata dia.
Ajib merupakan kawan sekampung Encik suami. Mereka membesar bersama dan sangat akrab. Keakraban mereka masih lagi kekal hingga ke hari ini.
Malahan aku juga berkawan baik dengan isteri Ajib (yang aku panggil Ujie) dan amat menyanyangi anak mereka, Iman seperti anak aku sendiri.
Perjalanan malam tu terasa sangat jauh sebab jalan terlalu sesak! Kebanyakan kereta aku lihat menuju ke Shah Alam. Tak pasti ke mana arah mereka, sama ada ke i-City atau ke ceramah Ustaz Azhar Idrus.
Tapi kereta memang tak bergerak langsung terutama mereka yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Shah Alam. Rasa kalau nak minum teh tarik dengan makan roti canai dulu pun boleh!
Disebabkan jalan yang terlalu sesak, Ajib mengajak kami ke fun fair yang terletak bersebelahan dengan Stadium Melawati, Shah Alam.
Frankly speaking, aku tak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana fun fair seumur hidup aku. Mak dan Abah cukup tegas dengan pendirian mereka mengenai fun fair.
Tapi disebabkan aku ikut orang, kaki ni terpaksa menurut aje walaupun hati memberontak tak mahu pergi. Aku habis dekat RM20 dan Afif hanya dapat main 4 jenis games aje! Cekik darah sungguh!
Rasanya itu mungkin yang pertama dan terakhir sebab Afif takut dengan suasana fun fair! Especially bila dia dengar jeritan "hantu" di rumah hantu tak jauh dari tempat dia bermain.
Bila tengok anak-anak tak selesa dengan keadaan, aku ajak Encik suami balik. Lagipun aku takut Afif bangun lambat sebab dia kena menghadiri Hari Suai Kenal.
Kami sampai rumah dekat pukul 2 pagi sebab jalan terlalu sesak walaupun Pak Polis setia mengawal lalu lintas. Sampai rumah terasa letih betul, terus cari bantal.
Sekarang ni pun aku terasa letih sungguh dan berhasrat nak cari bantal! Hehe! Esok aje lah kita sambung cerita Hari Suai Kenal Afif, okay?
Tunngggguuu! (^_^)
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿